Friday, December 31, 2021

Hari Terakhir 2021

HELLO. Hari Jumaat 31.12.2021. Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2021. Sejak  kemunculan Covid-19 ni, aku rasa sekejap je masa berlalu. Sepanjang dua tahun ni takde apa yang interesting pun dalam hidup aku. Paling ketara ialah pertambahan berat badan. Sepanjang PKP, suami aku kerja kat rumah aku makan nasi tiga kali sehari wei..... Melambung-lambung berat aku naikπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Memang kerja makann je aku dengan suami aku. Walaupun bukan makan mewah, tapi sebab aktiviti fizikal pun kurang. Memang bermaharajalela la lelemaks dalam badan aku ni. Takda apa yang aku boleh banggakan sepanjang dua tahun ni. Tapi aku masih bersyukur sebab aku masih bernafas dimuka bumi ni, walaupun tak yang lebih dalam hidup aku, tapi dalam masa yang sama takde pulak aku rasa kekurangan. Apapun aku tetap bersyukur dengan hidup aku yang biasa-biasa ni. #beshebesheje 😝

Memandangkan aku berada di tempat baru menjelang tahun 2022, aku target untuk cuba sesuatu yang baru. Sebab tahun 2020-2021  aku rasa kehidupan aku agak suram sikit, mungkin aku akan cuba untuk enjoy life lebih sikit kot. Walaupun tiga bulan lepas aku protes bila suami aku nak berpindah ke Penang, tapi lepas tiga bulan kat sini aku rasa mungkin ni peluang aku untuk buat sesuatu yang baru macam mulakan BLOG ni 😁. Jadi aku boleh katakan blog ni azam aku tahun 2022 lah kan.... Since aku takde benda nak buat sangat dekat Penang ni, aku rasa berblog ni boleh la kot membantu aku mengisi masa lapang.  Aku tau takde orang nak baca pun blog aku ni, tapi aku rasa blog ni boleh jadi journal aku sepanjang tinggal dekat Penang. Buat kenangan kan.... 😎 Poyo sangat la nak buat kenagan konon. Silap-silap berhabuk blog ni tahun depan πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Takpe, aku tetap berazam untuk mulakan tahun baru besok dengan semangat yang baru. Tempat baru, semangat baru, .blog pun baru. Bak kata omputeh, aku nak mulakan semula hidup aku dengan 'fresh new start'. Aku harap, menjelang hujung tahun 2022 aku boleh baca balik kenangan indah atau buruk dari blog ni. Semoga aku consistent menulis blog lepas niπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Disini aku nak ucapkan selamat tahun baru 2022. Semoga tahun 2022 membawa lebih keceriaan kepada kita semua. 😁 Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu. 

Thursday, December 30, 2021

Bangun Pagi

Hello. Bangun pagi.... gosok gigi.... cuci muka... dan mandi.... Pakai baju... Sarapan pagi..... BUKAN macam tu rutin aku pagi-pagi hari 😜 Aku biasanya celik je mata solat subuh dulu. Selesai solat, aku terus pergi dapur blender jus buah untuk suami aku. Dia minum jus dua kali sehari, jadi pagi-pagi aku blender dua portion terus. Segelas dia bawak minum dekat ofis, segelas lagi aku simpan dalam fridge untuk dia minum waktu malam. Selesai je aku blend jus buah suami aku, dia pun dah siap untuk ke pejabat. Suami aku mula kerja pukul 8 pagi, jadi paling lambat pukul 7.30 pagi tu dia dah kena gerak dari rumah la. Selesai je peluk cium bye bye suamiπŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„, aku kunci pintu je terus pergi dapur blend jus buah untuk aku pulak. Jus ni selalu aku minum tengah hari dan malam. Sama jugak macam suami aku punya jus, aku akan blend dua portion terus dan simpan je dalam peti sejuk. Sebab aku malas nak basuh blender banyak kali, jadi aku blend je semua pepagi hari 😜 Nampak pemalas, tapi bagi aku kurang la sikit kerja basuh kat sinki😁😁😁😁😁 

Selesai blender jus, aku terus buat sarapan. Aku ni sejenis tak boleh skip breakfast, nanti boleh badmood aku satu hari πŸ˜† Suami aku memang kenal sangat  perangai aku. Dapat roti sekeping dengan air kosong pun takpe, janji aku makan waktu pagi. Aku breakfast pun simple-simple je. Kalau suami aku ada baru aku masak typical malay breakfast, kadang aku buat cekodok ke, goreng mi ke, takpun suami aku belikan nasi lemak. Kadang-kadang kitaorg breakfast kat gerai. Sebab hujung minggu je kitaorg breakfast sama. Hari kerja, aku breakfast sorang je la. Kucing-kucing aku sesubuh hari lagi dah makan kibble. Pagi ni macam biasa menu breakfast aku roti dengan air nescafe. Sejak dah makin lanjut usia ni, aku memang suka minum kopi pepagi hari. Kalau tak lemau aku nak buat kerja rumah πŸ˜…

nyum nyum..... pagi-pagi aku selalu breakfast kat balkoni sambil kelebet phone or skodeng aktiviti orang ramai kat tepi pantaiπŸ˜… kadang-kadang pepagi hari dah nampak orang main jetski, naik bot atau main parasailing kat pantai.

Menu pagi ni air nescafe, dua biji telur separuh masak, roti bakar dua keping dengan jus buah setengah cawan. Biasa kalau ada jus lebih dari dua gelas, aku minum je la waktu sarapan. Kalau takde lebih, aku potong la buah sikit. Tapi buah ni bukan menu wajib untuk aku sarapan. Kalau aku malas potong atau stok buah dah habis, takde la aku makan buah pepagi. Mesti korang terpikir kenapa aku blend jus dua kali setiap pagi. Why not aku buat empat gelas je terus untuk aku dan suami, kan senang sekali jalan je blender tu kan.....😎 Well, resipi jus kitaorg tak sama. Aku suka letak ubi bit dalam jus aku, suami aku pulak tak suka rasa ubi bit tu. Sebab tu aku blend asing-asing. 

 
kenyang perut senang hati.... barulah bertenaga nak kemas rumah kan😁

Selesai je sarapan, makanya mula la tugas aku sebagai suri rumah. Selalunya lima hari seminggu macam ni je la rutin aku pagi-pagi. Kalau hujung minggu akan bergantung kepada keadaan sebab suami aku ada. Tengok la apa aktiviti dia plan untuk hujung minggu tu. Hari kerja, rutin aku blend jus, masak sarapan untuk diri sendiri kemudian kemas rumah. Tu jela.... Kemas rumah kejap je sebab kitaorg berdua je kan, rumah pun kecik je. Selesai kemas baru aku mandi πŸ˜†. Aku tak suka dah mandi lepas tu peluh-peluh balik. Baik aku selesaikan semua kerja rumah sebalum mandi.

Sejak aku pindah ke Pulau Pinang ni, agak bosan jugak la rutin aku. Nak kena tambah aktiviti sikit, mungkin aku patut cari kerja. Tengoklah macam mana. Aku ni jenis tak tidur siang hari, tak tengok tv sangat pun. Kalau tengok pun kejap-kejap je, kecuali ada cerita yang aku minat. Tu pun aku tak tengok banyak episod sekali gus, tapi lama la sikit aku tengok tv dari biasa. Semoga aktiviti berblog ni dapat mengurangkan kebosanan aku di waktu terluang😝. Okaylah.... setakat ni je cerita rutin aku di pagi hari. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.




 

Wednesday, December 29, 2021

POST COVID-19 PANDEMIC LIFESTYLE ; MALAYSIA DECEMBER 2021

HELLO. Hari ni aku nak sembang pasal kehidupan selapas kemunculan pendamik Covid-19 di Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, pendamik Covid-19 ni belum lagi terhapus sepenuhnya πŸ˜“ Tapi boleh dikatakan kerisauan berkenaan virus Covid-19 boleh dikatakan semakin reda, cuma langkah berjaga-jaga tu masih perlu diamalkan. Seingat aku kekecohan berkenaan Covid-19 mula mendapat perhatian rakyat Malaysia sekitar bulan Disember 2019. Kalau lebih awal daripada tu aku kurang pasti, sebab aku ni jenis ketinggalan jugak dalam hal-hal semasaπŸ˜… Masa tu, mula kecoh di sosial media dengan video-video dari China orang tiba-tiba jatuh pengsan di tempat-tempat awam. Aku rasa masa tu ramai yang chill dan tak peduli sangat. Ada yang kata itu semua fake. Ada kata konspirasi. Apapun seingat aku, semuanya mula 'take-off' daripada situ. 

imej dari :
Infectious Diseases of Poverty | Containment and case management of COVID-19 pandemic (biomedcentral.com)

Masuk bulan Januari 2020, isu Covid-19 dah jadi isu panas dekat Malaysia. Ramai yang gesa kerajaan untuk tutup atau sekat pintu masuk Antarabangsa Malaysia. Tapi ramai jugak yang tak setuju sebab ia boleh memberikesan pada ekonomi negara. Dalam pada masa yang sama pun suasana politik Malaysia pun kurang setabil. Kalau tak silap aku, kes pertama dikesan di Malaysia pada bulan Januari ni la. HUha sana HUha sini, kes pun makin hari makin meningkat dalam bulan Mac 2020 Malaysia pun mulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dari situ aku rasa majoriti kehidupan rakyat Malaysia mula terkesan. Bukan rakyat Malaysia sahaja, majoriti populasi manusia kat dunia ni terkesan. Sepanjang 2020-2021 ni memang banyak berlaku KEHILANGAN. Hilang perkerjaan, hilang tempat tinggal, hilang kebebasan, dan paling menyedihkan sekali kehilangan orang yang tersayang 😭 Aku bersyukur sangat aku tak kehilangan suami. Yup, suami aku pun antara yang dijangkiti tapi alhamdulillah dia antara yang tak kritikal dan sembuh tanpa sebarang kesan sampingan. Aku sendiri pun alhamdulillah walaupun suami aku positif, keputusan swab-test aku negatif. Kalau dua-dua positif aku tak tau nak cakap apa. Sebab walaupun  suami aku bukan kategori kritikal, suami aku memang lemau macam kain buruk wei.... Makan tak lalu. Badan kejap panas kejap sejuk. Kepala asyik pening. Badan asyik kebas sana sini. Kesian sangat tengok dia😒 Nasib baik dia takda sesak nafas. Alhamdulillah juga sebab takde ahli keluarga terdekat aku yang meninggal sebab Covid-19. 

facemask kegemaran aku. orang lain dah pakai macam-macam fasyen facemask, aku tetap la dengan jenis tipikal ni je  πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
imej dari:
4 Ply Disposable Surgical Face Mask - High Fluid Resistant, ASTM Level III - PrimeHub

Fast foward ke Disember 2021, aku boleh katakan kehidupan sekarang dah semakin tenang sikit. Kebanyakan syarikat dah beroperasi seperti biasa. Dan takde sekatan perjalan antara daerah, negeri dan negara. Ramai yang tengah bercuti dan melacong sekarang. Yelah, dekat dua tahun semua tak boleh kemana-mana. Aku sendiri pun burn tiket melancong tahun 2020πŸ˜…Nak balik jumpa makbapak sendiri pun payah 😒 Dua tahun wei aku raya berdua je dengan suami aku. Sekarang ni nak kemana-mana pun dah bebas. Tapi takde la 100% normal macam sebelum tahun 2019. Aku rasa benda paling jelas nombor satu adalah pelitup muka / facemask; dah jadi macam keperluan. Benda ni dah kene masuk dalam shopping list. Setakat yang aku perhatikan, majoriti penduduk Malaysia masih lagi memakai  facemask bila keluar dari rumah dan ke tempat awam. Pegi buang sampah pun aku poyo pakai facemask sampai ke hari ni πŸ˜†sebab dah jadi kebiasaan kan. Ada macam-macam rekaan facemask di pasaran sekarang, dah macam sebahagian dari trend fasyen pun ye jugak. Aku masih tipikal, pakai yang jenis surgical mask. Biasa la wei, suri rumah bukan keluar sangat pun. Kalau aku keluar pun kejap-kejap je dengan suami aku beli barang dapur ataupun makan kat restoren. Kalau aku kerja, mungkin aku terpengaruh la jugak kot nak beli facemask yang lawa-lawa tu πŸ˜‹

imej dari:
https//:www.infosihat.gov.my

Nombor dua, ujian swab Covid-19 berkala. Yang ni, orang yang berkerja la paling terasa. Aku suri rumah ni suami aku tak wajibkan ambil ujian Covid-19 😜 berkala. Tapi setakat yang aku perhatikan majoriti pejabat-pejabat di Malaysia ni wajibkan ujian Covid-19 berkala. Mungkin ni sebahagian daripada syarat dari kerajaan untuk mana-mana pejabat yang nak beroperasi dipremis masing-masing, itu aku kurang pasti. Sebab aku tidak berkerja. Tapi kalau pejabat suami aku setiap dua minggu kena buat swab test Covid-19. Jadi setiap dua minggu suami aku kena jolok hidung dan tekak dia. Sebab dah selalu sangat, suami aku pun relax je bila kena swab. Dulu punya la penakut, sakit kene jolok hidung. Ada syarikat yang test guna test kit air liur tu je. Tapi syarikat suami aku guna swab test, jadi suami aku redha je la...  Tiap-tiap bulan ada je sorang dua yang result positif, tapi bukan kes teruk la. Makanya bila ada yang positif, pejabat tutup dan kena la tutup ofis seminggu. Maka seminggu la juga laki aku kerja kat rumah. Bagi aku, bagus bila ujian berkala ni. Kes pun makin terkawal. Waktu suami aku positif Covid-19 tahun 2020, satu pejabat berpuluh-puluh orang positif serentak. Kalau tak silap aku, waktu tu lepas PKP 1.0. Kesian, ramai jugak kawan-kawan sepejabat suami aku yang kritikal. Tapi alhamdulillah tak ada yang meninggal. Yang ni pejabat yang suami aku kerja sebelum kami pindah ke Pulau Pinang. Satu lagi, sebelum balik ziarah sedara mara tu elok buat test covid. Guna yang jenis test kit pun ok. Yela, kalau boleh kita pun tak nak bahayakan orang lain kan. Terutama orang yang kita nak ziarah tu dah berusia, macam makbapak kita. Sebab orang yang berusia ni pun antara yang berisiko tinggi.Selain daripada tu, balik dari bercuti atau pun aktiviti berkumpulan pun elok buat covid test jugak. Sebagai langkah berjaga-jaga. Kita bukan tau tahap kesihatan orang sekeliling kita. Lagipun virus ni benda tak nampak dengan mata kasar. jadi elok kita lebih berhati-hati kan..... Covid test kit tu bukan mahal sangat pun sekarang. Dekat semua tempat pun ada jual, kedai runcit harian pun ada jual wei... tak susah pun nak cari😁

imej dari:
https//:www.infosihat.gov.my

Nombor tiga, amalan pejarakan fizikal. Yang ni, kalau perhatikan ramai yang tak patuhi sangat. Sebab bila kat kedai makan ke, beratur beli barang ke.... orang takde beratur atau duduk jarak satu meter pun. Dekat kedai makan sekarang ni semua makan beramai-ramai tanpa ada penjarakkan pun. Yela wei... semau rindu nak berkumpul dan lepak ramai-ramai dengan kawan-kawan kan. Benda ni payah pun jugak nak kawal kan.... tapi aku kagum sebab semua pasar raya masih kawal bilangan pelanggan dalam pasar raya. Sampai hari ni aku tengok, kebanyakkan pintu masuk pasar raya masih bagi nombor sebelum masuk. Bagusnya, bila nak membeli belah takde la ko bersesak-bersesak. Cumanye ko tak boleh nak shopping berjam-jam macam sebelum zaman Covid-19, sebab kesian la dekat orang lain yang beratur kat luar tu. Tapi sekarang pun aku perhatikan jarang dah orang beratur kat luar pasar raya, kecuali kalau kedai tu kecik. Suami aku, kalau nampak beratur memang tak jadi la nak masuk membeli πŸ˜… Aku secara peribadi, masih cuba patuhi penjarakan fizikal. Kalau aku pergi beli kuih dekat gerai kegemaran aku ke, tunggu giliran dekat bank ke, aku masih cuba duduk jauh sikit la dari orang ramai. Bukan sebab aku penakut ke apa, cuma aku tak nak jadi penyebab orang lain pulak kene Covid-19. Kita tak tahu antibodi orang lain macam mana. Contoh; kalau akau kene Covid-19 mungkin aku tak sakit teruk sangat, mungkin demam biasa-biasa je... Tapi kalau aku tarbagi dekat orang lain yang jenis antibodi rendah dan tak kuat nak lawan virus tu macam mana? Sedih aku wei... bagi aku, biar la orang lain cakap aku ni poyo ke, anti-sosial ke.... lantak la. Asalkan aku tak jadi penyebab orang lain menderita. Lagi pun, ko pun tak boleh nak pastikan bila kala ko dapat virus tu kan, sbb dia ambil masa beberapa hari baru persan ko demam ke hapa. Walaupun dalam tempoh 24 jam sebelum ko sedar ko dapat virus tu, ko berjalan sana sini tah berapa orang la yang ko jangkitkan tanpa sedar😞 Sebab ni la aku masih kurangkan merayau dan jaga penjarakan fizikal bila keluar ke mana-mana.

imej dari:
MySejahtera

Nombor empat, semakan suhu badan dan imbas kod MySejahtera sebelum masuk mana-mana tempat. Sekarang ni mana-mana ko pergi kat Malaysia ni kena scan suhu dan imbas MySejahtera. Gerai jual kuih kecik-kecik pun ada termometer pengimbas suhu dan QR kod MySejahtera. Tapi biasa kedai-kedai kecik ni dia takde la kesah sangatpun kalau ko scan ke tak suhu  dan QR kod tu. Kalau masuk shopping mall atau tempat-tempat lain terutamanya dekat kawasan bandar memang diaorg pastikan ko scan suhu dan imbas QR kod sebelum masuk. Lagi satu, diaorg nak tengok ko punya status MySejahtera. Vaksin korang mesti dah lengkap dan berisiko rendah. Jadi sekarang ni, bila nak keluar aku tak boleh dah tertinggal handphone πŸ˜… kalau tak memang tak boleh la nak masuk shopping mall.... Kedai kecik-kecik ok lagi, sebab dioarg sediakan buku untuk ko tulis nama dan nombor talifon. Lagi satu, aku kena pastikan bateri handphone aku penuh. Al-maklum handphone aku dah lanjut usia, bateri pun cepat habis. Kalau masuk shopping mall, semua kedai-kedai yang ko nak masuk kan ko kene imbas QR kod. Jadi untuk aku, kalu handphone aku habis bateri cepat-cepat la aku ajak suami aku balik sebab bukan boleh nak masuk jamu mata dalam kedai tu pun πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Aku rasa empat benda ni paling ketara pada perubahan norma kehidupan post Covid-19 pendamic. Virus Covid-19 masih belum hilang sepenuhnya, mungkinn takkan hilang langsung. Selagi virus ni masih boleh mengancam nyawa manusia, aku rasa sangat perlu la kita amalkan norma baharu macam pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal. Bagi aku dua benda ni paling basic la. Bagi sikit masa lagi, aku rasa virus ni akan jadi macam demam biasa je. Lagipun taknologi perubatan makin canggih sekarang, aku yakin para saintis dunia boleh tangani virus ni dengan berkesan. Aku harap tahun 2022 akan lebih ceria dai tahun 2020 dan 2021. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.


Tuesday, December 28, 2021

HELLO

HELLO. Aku Aiyu Abu. Berhari-hari aku berfikir, nak mula blogging ke tak.... ye lah, dah hujung 2021 dan dah nak masuk tahun 2022. Zaman orang vlog, aku masih nak tulis blog. Gelak aku sorang-sorang dalam kepala otak aku sendiri πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Zaman Covid-19 pun dah nak habis. 

Patut hobi nak blog atau vlog ni mula waktu PKP 1.0 la kan.... Tapi aku, dah nak hujung tahun dan dah habis PKP baru terhegeh-hegeh nak mula tulis blog... B.L.O.G ok... bukan vlog, tapi B.L.O.G..... Punya lah sangat ketinggalan zaman. Aku ni jenis malu depan kamera, jadi aku rasa kurang sesuai la kot aku nak ber-vlog. Suara pun macam katak panggil hujan dan muka aku idok la comel.... cantik pun jauh yang ampunπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Muka terbabas dan suara pecah macam aku ni tak sesuai la sangat nak 'enter-frame'... Jadi sebab tu aku buat keputusan untuk blog je la.... tak perlu nak ber-vlog. 

Lagi pun aku buat ni sekadar untuk mengisi masa lapang aku je..... Al-kisahnya, aku agak kebosanan sejak dua menjak ni. Boleh kata masa aku lapang yang amat sekarang ni.... Aku ni seorang suri rumah sepenuh masa, anak pun takde. Jadi korang boleh bayang la betapa banyaknya masa lapang aku di siang hari bila laki aku keluar mencari rezeki. Tapi aku takde la sorang-sorang kat rumah, aku ada tiga ekor kucing. Tapi diaorg pun siang hari tahu membuta je, bukan boleh ajak sembang punπŸ˜“

Mesti korang pikir, habis tu sebelum ni aku tak bosan ke? Sebelum aku jadi suri rumah sepenuh masa, aku pernah kerja. Selepas aku berumah tangga aku ikut suami aku kerja luar negara. Lepas tu aku balik Malaysia, aku sambung balik kerja dan suami aku sambung kerja dekat negara lain pulak. Suami aku warga negara Malaysia, tapi dia suka cari pengalaman dekat negara orang😁 Lepas suami aku balik Malaysia 'for good' aku kerja kejap, lepas tu aku pun kembali jadi suri rumah sepenuh masa  sampai hari ni. Aku ada buat kerja sambilan lepas aku berhenti kerja, tapi bila dah start PKP aku stop. Suami aku pun kerja dari rumah je sepanjang PKP, jadi takde la aku bosan sebab tugas suri rumah aku 'full-swing' sepanjang PKP. Pagi buat sarapan, tengah hari masak, petang masak, malam pun masak 😁😁😁😁

Habis je semua fasa-fasa PKP, suami aku dapat tawaran kerja baru di Pulau Pinang. Aku masa tu rasa nak menangis je bila suami aku cakap nak kene pindah rumah lagi. Sebab sebelum Covid-19 kitaorg baru je pindah masuk rumah sendiri. Aku pun baru je habis buka semua kotak-kotak dari rumah sewa ke rumah sendiri. Alih-alih suami aku cakap nak pindah lagi πŸ˜“ Kemurungan aku kejap.... Masa nak packing barang-barang pindah ke Pulau Pinang banyak suami aku yang uruskan.... Sebab aku packing barang acuh tak acuh je... Protes sebab aku tak rela nak tinggalkan rumah sendiri. 

Salah seekor dari kucing kesayangan aku, dia pun sama lemau dengan aku. Ni je la kerja kitaorg kat rumah, merenung keluar jendela😜 Nasib baik la Pulau Pinang ni lawa. Pandai suami aku nak pujuk aku pindah, dia cari rumah view laut. 

Sekarang dah nak masuk tiga bulan aku menetap di Pulau Pinang. Sepanjang tiga bulan aku kat sini, memang aku lemau je... Lepas suami aku gerak ke ofis, aku buat sarapan, kemas rumah, kemas bilik kucing, mandi, tengok Netflix, makan lunch, sambung tengok Netflix, masak makan malam. Macam tu je la rutin harian aku. Aku nak merayau pun malas, sebab kalau nak kemana-mana aku rasa macam jauh je πŸ˜… Mungkin aku tak biasa lagi dengan tempat baru ni... Sebab aku jarang keluar, aku rasa macam lemau semacam je otak aku ni. Sebab tu aku buat keputusan nak tulis blog. Biar la orang tak baca pun, sekurang-kurangnya aku rasa macam sel-sel otak aku ni bersambung la sikit bila aku menaip tulis blog kanπŸ˜†. Jadi macam tu la kisah kenapa aku gatal otak nak tulis blog. Semoga blog aku ni bukan sekadar hangat-hangat tahi ayamπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...