Friday, December 31, 2021

Hari Terakhir 2021

HELLO. Hari Jumaat 31.12.2021. Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2021. Sejak  kemunculan Covid-19 ni, aku rasa sekejap je masa berlalu. Sepanjang dua tahun ni takde apa yang interesting pun dalam hidup aku. Paling ketara ialah pertambahan berat badan. Sepanjang PKP, suami aku kerja kat rumah aku makan nasi tiga kali sehari wei..... Melambung-lambung berat aku naikπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Memang kerja makann je aku dengan suami aku. Walaupun bukan makan mewah, tapi sebab aktiviti fizikal pun kurang. Memang bermaharajalela la lelemaks dalam badan aku ni. Takda apa yang aku boleh banggakan sepanjang dua tahun ni. Tapi aku masih bersyukur sebab aku masih bernafas dimuka bumi ni, walaupun tak yang lebih dalam hidup aku, tapi dalam masa yang sama takde pulak aku rasa kekurangan. Apapun aku tetap bersyukur dengan hidup aku yang biasa-biasa ni. #beshebesheje 😝

Memandangkan aku berada di tempat baru menjelang tahun 2022, aku target untuk cuba sesuatu yang baru. Sebab tahun 2020-2021  aku rasa kehidupan aku agak suram sikit, mungkin aku akan cuba untuk enjoy life lebih sikit kot. Walaupun tiga bulan lepas aku protes bila suami aku nak berpindah ke Penang, tapi lepas tiga bulan kat sini aku rasa mungkin ni peluang aku untuk buat sesuatu yang baru macam mulakan BLOG ni 😁. Jadi aku boleh katakan blog ni azam aku tahun 2022 lah kan.... Since aku takde benda nak buat sangat dekat Penang ni, aku rasa berblog ni boleh la kot membantu aku mengisi masa lapang.  Aku tau takde orang nak baca pun blog aku ni, tapi aku rasa blog ni boleh jadi journal aku sepanjang tinggal dekat Penang. Buat kenangan kan.... 😎 Poyo sangat la nak buat kenagan konon. Silap-silap berhabuk blog ni tahun depan πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Takpe, aku tetap berazam untuk mulakan tahun baru besok dengan semangat yang baru. Tempat baru, semangat baru, .blog pun baru. Bak kata omputeh, aku nak mulakan semula hidup aku dengan 'fresh new start'. Aku harap, menjelang hujung tahun 2022 aku boleh baca balik kenangan indah atau buruk dari blog ni. Semoga aku consistent menulis blog lepas niπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Disini aku nak ucapkan selamat tahun baru 2022. Semoga tahun 2022 membawa lebih keceriaan kepada kita semua. 😁 Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu. 

No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...