HELLO. Aku Aiyu Abu. Berhari-hari aku berfikir, nak mula blogging ke tak.... ye lah, dah hujung 2021 dan dah nak masuk tahun 2022. Zaman orang vlog, aku masih nak tulis blog. Gelak aku sorang-sorang dalam kepala otak aku sendiri π π π . Zaman Covid-19 pun dah nak habis.
Patut hobi nak blog atau vlog ni mula waktu PKP 1.0 la kan.... Tapi aku, dah nak hujung tahun dan dah habis PKP baru terhegeh-hegeh nak mula tulis blog... B.L.O.G ok... bukan vlog, tapi B.L.O.G..... Punya lah sangat ketinggalan zaman. Aku ni jenis malu depan kamera, jadi aku rasa kurang sesuai la kot aku nak ber-vlog. Suara pun macam katak panggil hujan dan muka aku idok la comel.... cantik pun jauh yang ampunπππ Muka terbabas dan suara pecah macam aku ni tak sesuai la sangat nak 'enter-frame'... Jadi sebab tu aku buat keputusan untuk blog je la.... tak perlu nak ber-vlog.
Lagi pun aku buat ni sekadar untuk mengisi masa lapang aku je..... Al-kisahnya, aku agak kebosanan sejak dua menjak ni. Boleh kata masa aku lapang yang amat sekarang ni.... Aku ni seorang suri rumah sepenuh masa, anak pun takde. Jadi korang boleh bayang la betapa banyaknya masa lapang aku di siang hari bila laki aku keluar mencari rezeki. Tapi aku takde la sorang-sorang kat rumah, aku ada tiga ekor kucing. Tapi diaorg pun siang hari tahu membuta je, bukan boleh ajak sembang punπ
Mesti korang pikir, habis tu sebelum ni aku tak bosan ke? Sebelum aku jadi suri rumah sepenuh masa, aku pernah kerja. Selepas aku berumah tangga aku ikut suami aku kerja luar negara. Lepas tu aku balik Malaysia, aku sambung balik kerja dan suami aku sambung kerja dekat negara lain pulak. Suami aku warga negara Malaysia, tapi dia suka cari pengalaman dekat negara orangπ Lepas suami aku balik Malaysia 'for good' aku kerja kejap, lepas tu aku pun kembali jadi suri rumah sepenuh masa sampai hari ni. Aku ada buat kerja sambilan lepas aku berhenti kerja, tapi bila dah start PKP aku stop. Suami aku pun kerja dari rumah je sepanjang PKP, jadi takde la aku bosan sebab tugas suri rumah aku 'full-swing' sepanjang PKP. Pagi buat sarapan, tengah hari masak, petang masak, malam pun masak ππππ
Habis je semua fasa-fasa PKP, suami aku dapat tawaran kerja baru di Pulau Pinang. Aku masa tu rasa nak menangis je bila suami aku cakap nak kene pindah rumah lagi. Sebab sebelum Covid-19 kitaorg baru je pindah masuk rumah sendiri. Aku pun baru je habis buka semua kotak-kotak dari rumah sewa ke rumah sendiri. Alih-alih suami aku cakap nak pindah lagi π Kemurungan aku kejap.... Masa nak packing barang-barang pindah ke Pulau Pinang banyak suami aku yang uruskan.... Sebab aku packing barang acuh tak acuh je... Protes sebab aku tak rela nak tinggalkan rumah sendiri.
Sekarang dah nak masuk tiga bulan aku menetap di Pulau Pinang. Sepanjang tiga bulan aku kat sini, memang aku lemau je... Lepas suami aku gerak ke ofis, aku buat sarapan, kemas rumah, kemas bilik kucing, mandi, tengok Netflix, makan lunch, sambung tengok Netflix, masak makan malam. Macam tu je la rutin harian aku. Aku nak merayau pun malas, sebab kalau nak kemana-mana aku rasa macam jauh je π Mungkin aku tak biasa lagi dengan tempat baru ni... Sebab aku jarang keluar, aku rasa macam lemau semacam je otak aku ni. Sebab tu aku buat keputusan nak tulis blog. Biar la orang tak baca pun, sekurang-kurangnya aku rasa macam sel-sel otak aku ni bersambung la sikit bila aku menaip tulis blog kanπ. Jadi macam tu la kisah kenapa aku gatal otak nak tulis blog. Semoga blog aku ni bukan sekadar hangat-hangat tahi ayamπππ Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.
No comments:
Post a Comment