Thursday, September 29, 2022
Buku Nota Resipi Kesayangan
Wednesday, September 28, 2022
Cara Menyimpan Sayur Secara Sejuk Beku
HELLO. Lambat pulak aku bersiaran hari ni. Padahal takde la sibuk pun, melepak dengan kucing-kucing aku je. Hari ni aku nak kongsi cara aku simpan stok sayur. Lepas zaman pendamik ni, dah jadi tabiat aku dengan laki aku gi beli groceries sebulan skali je. Untuk ayam, ikan & daging memang takde masalah la kita simpan dalam pembeku untuk tahan sebulan. Tapi untuk sayur-sayur memang takkan tahan lama kan. Paling lama pun dua minggu, pastu dah start rosak π. Sayur-sayur selalu aku akan beli dua jenis, sayur berdaun & sayur tak berdaun. Untuk dua minggu pertama aku akan fokus habiskan sayur berdaun yang jenis cepat rosak. Kemudian dua minggu seterusnya, aku masak la guna sayur-sayur yang aku simpan sejuk beku. Sayur-sayur yang aku simpan kat freezer adalah dr jenis tak berdaun macam kekacang, lobak merah, kobis bunga, broccoli, capsicum dan yang sewaktu dengannya π. Sebelum aku simpan, aku akan proses dulu semua sayur-sayur ni dengan tujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan penyediaan masakan aku.
Balik je dari supermarket selalunya aku terus kemas barang-barang yang dibeli. Tapi kalau aku tak larat, aku sumbat je semua dulu dalam esbok. Esok lusa tu bila free aku mula la proses semua sayur-sayur yang aku nak bekukan tu. Untuk memastikan kesegaran sayur-sayur ni, aku akan proses secepat mungkin lepas balik dari shopping barang dapor. Sayur pun aku akan pilih yang segar je, kalau time aku nak beli tu aku tengok sayur tu stok lama aku takkan ambil. Kalau desprate sangat pun, aku akan ambil sikit untuk masak terus tapi bukan untuk simpan beku.
Nampak renyah dan makan masa untuk siapkan kerja potong memotong sayur ni. Tapi bagi aku berbaloi je, sebab bila time aku nak masak tak payah nak kelut basuh potong sayur dah. Campak je terus dalam masakan tu, tak perlu nak defrost. Jimat masa aku kat dapor π. Aku suka bekukan sayur-sayur ni sebab aku boleh simpan lama. Bukan takat sebulan, dua bulan pun elok lagi. Jadi takde la sayur-sayur aku terbuang kalau rosak sebab lambat guna. Dari segi rasa, bagi aku okey je takde masalah la ditekak aku. Laki aku pun takde pernah komplen pape pun dari segi rasa. Orang lain aku tak tau la, lain lidah lain deria rasa.
Tips untuk pastikan sayur-sayur tak tergumpal beku adalah, keesokan harinya korang ramas sikit bagi dia relai. Macam aku simpan dalam beg plastik, aku ramas plastik tu jela. Kalau aku simpan dalam bekas, aku goncang je bekas tu sikit sayur dalam bekas tu relai la. Setakat pengalaman aku, lepas ramas tu sayur tu kekal relai dan bergumpal pun sikit-sikit je.Okey mata aku dah mengantuk, aku nak masuk beradu dulu ye…. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.
Wednesday, January 19, 2022
Hari Yang Lemau
HELLO. Aku tak tau pasaipa, hari ni lemau sungguh perangai akuπ . Mungkin sebab cuaca panas sangat kot, tu rasa lemau semacam je.... Hai la manusia, panas sangat lemau, sejuk sangat lemau. Ada je alasan aku kanππππ Semalam hari cuti, ada la En.Balak kat rumah satu hari. Maka aku pun mode surirumah mithali la semalam. Kitaorang tak keluar kemana pun. Lepak kat rumah je satu hari. So #daporkokak aku pun berasap la satu hari. Pagi masak sarapan, tengah hari masak lunch, petang buat air minum petang, malam perangat lauk tengah hari π.... Satu hari semalam memang ke dapur je la kerja aku.
Mungkin sebab tu kot hari ni aku lemau, semalam asyik memasak je.... Hari ni aku takde masak pape from scratch, perangat je lauk semalam. Aku kalau masak aku suka masak lebih, sebab aku suka bekukan lauk untuk hari-hari aku malas masak ataupun aku nak makan cepat. Kalau hari En.Balak kerja takda makna aku nak masak lauk complicated just untuk aku makan sesorang pun. Masak simple-simple or defrost lauk yang aku bekukan sudah.... En.Balak memang nak elak makan dinner, so hari minggu memang takde keperluan aku nak masak lauk complicated.
Kalau tengok petiais aku memang penuh dengan barang frozen. Segala macam aku suka frozen. Buah pun aku frozenkan. Senang boleh simpan lama. Nak makan defrost dan panaskan balik je. Kalau buah-buah tu untuk aku guna buat iceblended. Bile buah tu dah beku, takpayah dah aku masuk ais. Alamak tetiba pulak aku teringin iceblended... Ok chow dulu, nak pi #daporkokak blend buah jap π. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.
Update: minum iceblened time panas-pamas ni memang masyukkk π Besok aku kongsi resipi |
Thursday, January 6, 2022
Resipi Daging Masak Kicap Mudah
HELLO. Hari ni aku nak kongsi resipi daging masak kicap yang mudah jeπ Orang pemalas macam aku ni kalau nak masak memang yang mudah-mudah je.... Al-kisah petang semalam lepas lunch hour suami aku dah whatsapp mintak masakkan dinner. Suami aku sekarang ni dia nak cuba turunkan berat badan, jadi dia memang cakap kat aku tak perlu masak dinner. Kalau aku nak masak untuk aku sorang takpe, dia memang plan tak nak makan malam. Jadi aku, kalau aku nak dinner aku akan makan awal sebelum dia sampai kat rumah. Kalau tak dia terliur tengok aku makan. Lepas tu, dia pun join makan sekali πππ Suami aku malam-malam dia cuma nak minum jus buah. Aku ada mention dalam post sebelum ni pasal aku blender jus buah tiap-tiap hari.
Tapi petang semalam, awal lagi dia cakap nak dinner sebab dia tak pergi lunch. Konon masa lunch hour tu dia masih kenyang, sebab aku ada sediakan bekal breakfast pagi semalam. Tapi belum pukul tiga petang dah kebuluran π Lawak betul la suami aku sorang ni.... Jadi aku tanye la dia nak makan apa, dia cakap nak lauk daging masak kicap. Masak kicap ni memang antara lauk kegemaran dia tak kisah ayam ke, ikan ke atau daging memang dia suka. Aku pun suka sebab nak masak pun senang. Masak kicap ni walaupun mudah, tapi ada macam-macam resipi. Ikot selera dan style dapor masing-masing.... Kat #daporkokak aku ni pun macam-macam style masak kicap yang aku buat. Kalau terlebih rajin dan banyak bahan aku masak la cara complicated sikit. Kalau malas, aku buat cara yang paling mudah π Meh aku kongsikan resipi mudah aku tu. Mudah untuk aku la, kalau korang masih rasa susah order je la kat kedai....
Siap sediakan semua bahan, senang nak campak dalam kuali. |
Bahan tumis sebelum aku hiris, aku masak sikit je untuk dua orang makan. Koarang pandai-pandai la agak-agak berapa banyak korang nak letak. Kalau korang nak tiru aku, korang kira lah sendiri kat dalam gambar aku tu yeπ |
Tumis sampai naik bau. tak lama pun. Minyak tu aku guna dalam 3 sudu besar |
Bila daging dah masak elok, last sekali sebelum aku tutup api baru aku masukkan tomato. Masa ni la aku rasa sikit untuk pastikan garam, gula, kicap cukup ke tak. Macam aku masak ni aku dah tak letak gula, sebab dah cukup rasa manis dari kicap yang aku tuang masa awal-awal tadi. Garam pun aku tak letak, sebab dalam botol lada hitam aku tadi dah ada garam. Jadi masa aku kisar lada hitam dari botol aku tu, garam pun dah masuk sekali π Lagi pun kiub pati daging dan sos tiram tu pun dah ada rasa masin. Apa-apapun rasa dulu sebelum tutup api. Kalu korang rasa dah cukup rasa tak perlu tambah apa-apa. Kalau kurang garam tambah la sikit lagi. Kalau kurang manis, boleh tambah kicap atau gula. Ikot selera manis korang. |
Sarapan aku pagi tadi jadi nasi goreng daging kicapπSenang je, aku panaskan minyak sikit dalam sesudu kemudian masukkan nasi dan lauk kicap. Gaul rata, kemuadian aku tambah telur dengan kacang peas frozen sebab kacang buncis semalam dah habis. Banyak daging je.... Bila letak kacang peas, ada la nampak hijau sikit ππππ. Gaul rata semua bahan dalam kuali tu...dah jadi hidangan lain untuk aku sarapan.... Senangkan aku masak.... Hehehehe.... Sesapa yang baru nak belajar memasak bolah la cuba resipi mudah aku ni. Aku ni bukan jenis manusia yang rajin sangat pun, jadi aku masak pun apa yang mudah je... Datang angin rajin aku, baru la aku masak resipi yang complicated sikit πAku harap bermanfaat lah ye ilmu memasak aku yang tak seberapa ni. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu. |
D.I.Y Rak Topi Keledar
HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...

-
HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...
-
HELLO. Aku bersuamikan seorang yang suka makan, jadi kalau ada tempat makan viral mesti laki aku ajak untuk cuba. Dia memang rajin Google t...
-
HELLO. Tanggal 4 Safar, 1445 Hijrah abang sulung kepada suami aku telah pergi buat selama-lamanya. Arwah menyusuri setelah 10 bulan pemergi...