Showing posts with label #jalanjalancarimakan. Show all posts
Showing posts with label #jalanjalancarimakan. Show all posts

Saturday, September 2, 2023

Penang Road Famous Laksa, Georgetown, Penang

 HELLO. Aku bersuamikan seorang yang suka makan, jadi kalau ada tempat makan viral mesti laki aku ajak untuk cuba. Dia memang rajin Google tempat makan sedap πŸ˜…. Aku sebagai isteri yang setia mestilah follow kemana dia bawak kan….. tapi selalunya makan tu ikut tekak dia la, tempat yang aku ajak dia tak heran pun πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Anyway, bulan lepas aku rasa selalu FYP dekat socMed pasal oyster omelette halal dikedai Penang Road Famous Laksa. Laki aku sebagai penggemar oyster mestilah terpengaruh. Bila dia ajak aku pun onzzz je. 

Senang je nak jumpa kedai ni, ikot je Google maps mesti jumpa. 

Kitaorg sampai pukul 9 lebih pun dah penuh dan kena beratur.

Inilah kedai dia…… terletak di Lebuh Keng Kwee, Georgetown. Kedai Penang Road Famous Laksa ni adalah kedai Chinese food yang ada sijil Halal Malaysia. Di buka dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang, tutup pada hari Rabu. Kalau korang nak makan oyster omelette, boleh datang lewat sikit sebab omelette start jual pukul 10 pagi. Untuk laksa dan char kuey teow 9 pagi dah ada. Aku dengan laki aku pergi awal, sebab queue panjang tau nak makan or order sini. Tempat duduk pun terhad sebab kedai dia kecik je walaupun dia guna 2 lot kedai.

Masa beratur tergiur aku dengan bau char kuey teow 

Yummms

Omelette pukul 10 baru start masak,
so aku beratur lagi untuk order.
Sebenarnya beratur ni utk org nak tapau.
Kalau dah dine-in tak payah beratur semula,
just bg tau je dekat akak yang ambil order tu.


oyster omelette RM15, prawn omelette RM12

Kalau korang nak dine-in, dapat je tempat duduk terus order kuey teow dengan oyster omelette. Sebab dua menu ni ambil masa nak dapat. Sementara nak tunggu siap tu, order la laksa. Air dengan laksa cepat sampai. Korang jangan risau, portion dia kecik je. Jadi alang-alang dah sampai tu rase je la semua 😝. Tambah kau beratur lama, jadi level tamak makan kau tu agak tinggi la. Mungkin jugak sebab aku tak sarapan sebelum keluar rumah, dengan bau char kuey teow  dan laksa yang menggamit jiwa. Semua kau nak order. Baiklah aku mengaku, aku pun suka makan bukan laki aku sorang je. 

SEDAP

Licin aku makan πŸ˜‹ 

Star of our brunch date😁

Total hangus untuk dua orang makan adalah RM 70. Kitaorg order 2 mangkuk laksa, 2 char kuey teow, 2 set oyster omelette ( RM15/set), kopi ais, milo ais dan limau ais. Laki aku order air sampai dua sebab oyster omelette tu ambil masa sikit nak dapat. Aku food coma sampai ke petang wei sebab makan 3 menu skali gus πŸ˜†. Untuk oyster omelette tu korang share je la, jangan tamak macam kitaorg order sorang satu. Jenuh nak perabih huhuhu…. Tapi semua aku makan licin hehehe. Bagi korang yang datang bercuti, dan teringin nak cuba oyster omelette ni, aku recommend tapau je untuk jimat masa. Overall aku puas hati je makan kat sini. Toodles. AKU AIYU ABU.


Tuesday, January 17, 2023

Keropok Lekor Sedap Kuala Terengganu; Kori Keropok Lekor Losong

 HELLO. How’s your weekend your weekend everyone πŸ˜„. Weekend hari tu aku buat kerja gila ajak laki aku pergi Kuala Terengganu semata nak beli keropok lekor yang best hehehe….. Pergi balik hari je semata-mata nak beli keropok lekor pastu terus balik. Takde pusing-pusing pun kat Kuala Terengganu  tu. Sampai ambil keropok, bayar lepas tu terus balik 🀣🀣🀣. Tapi berbaloi weiiii…… sebab bagi aku keropok lekor dia sedap. Memang rasa ikan sungguh, bukan macam yang beli kat pasar malam yang rasa lebih tepung dari ikan. Harga dia mahal skit la dari keropok lekor biasa, tapi idok la terlampau mahal dan bagi aku berbaloi. Aku tak ingat harga dia berapa sebab yang membayar laki aku hehehehe…..

Inilah kedai keropok lekor tu….  Kori Keropok Lekor Losong. Kedai ni terletak berhadapan dengan Muzium Negeri Terengganu. Sedap wei keropok lekor dia, laki aku beli keropok lekor frozen dengan keropok keping untuk buat stok kat rumah. Laki aku memang hantu keropok, tak kisah la apa jenis keropok pun, memang dia suka. Sebab tu dia onz je kot bila aku ajak 🀣

Masa aku sampai tu takda orang pun sebab masa kitaorng sampai tu pagi hari lagi. Tapi tengah laki aku dok pilih keropok tu tiba-tiba pulak ramai orang muncul. Dah lama pulak laki aku dok tunggu nak membayar. Yang lagi lama tunggu bila nak ambil keropok lekor yang dah siap goreng sebab ramai orang beli. Chembeng la jugak aku tengok muka laki aku sebab ada orang potong que ambil keropok lekor goreng dia πŸ˜…. Mungkin sebab ramai orang kot, yang menjual pun kelam kabut bagi order yang dah siap huhuhu…. 

Balik dari Kuala Terengganu tu macam biasa la kene singgah Penarik makan udang celup tepung di Pantai Rhu 10. Tapi gambar ni bukan kedai yang aku makan udang celup tepung tu, kedai yang aku makan tu berdepan dengan kedai yang dalam gambar ni πŸ˜…. Aku lupa nak ambil gambar kedai yang aku makan, ye la masa tu dah kenyang makan ingat nak balik je…. Masa sampai tengah kebuluran sangat ingat nak makan je 🀣.

Ni aku ambil gambar pun sebab aku rasa pantai tu nampak cantik, tapi aku malas nak jalan gi tepi pantai. So aku ambil dari jauh je la buat kenangan. Nama kedai yang aku makan udang celup tepung tu Hasnik Seri Menanti Rhu 10. Udang celup tepung dia memang terbaik, udang fresh dan manis. Lagi satu coconut shake dia pun best. Last aku makan kat sini sebelum Covid-19 bermula. Memang rindu sangat udang celup tepung dia. Dah masuk fasa endemik baru aku boleh singgah makan semula.

Jauh sungguh sesi pertama #jalanjalancarimakan kitaorng untuk tahun 2023 ni…. Sampai ke Terengganu ko…. Walaupun trip ni trip weekend je, tapi best la jugak sebab sepanjang jalan tu pemandangan cantik. Paling best jalan clear tak banyak kereta sebab bukan waktu cuti umum. Okey tab aku dah mintak nyawa, setakat ini je la celoteh aku untuk hari ini. Toodles. AKU.AIYU.ABU.



Monday, September 26, 2022

Cendol Songkok Tinggi, Kg. Jiboi Negeri Sembilan

 HELLO. Hujung minggu ritu aku balik kampung laki aku ziarah parents dia, dan kebetulan laki aku pun ada jemput kenduri. Nasib baik la bukan musim cuti sekolah, maka perjalanan balik kampung tu lancar & takde kesesakan lalu lintas. Laki aku pun happy je memecut kereta sambil berangan dia bawak felali πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik kampung, walaupun hakikatnya kaki aku ni dok asyik tekan imaginary break πŸ˜… Kitaorg ni kalau takde halangan pape, sebulan sekali memang akan balik kampung laki aku tu. Sebabnya laki aku nak uruskan beli barang dapur untuk mak mertua aku. Tapi kalau kitaorg tak dapat balik ada je adik beradik dia yang lain tolong belikan, cuma selalunya laki aku la yang uruskan. Laki aku ni kalau balik kampung dia, memang tak sah la kalau tak mencari cendol. Boleh kata laki aku dan cendol berpisah tiada, memang makanan peberet dia. Hari-hari bedal cendol wei, selagi tak balik Penang. Balik hari tu kitaorg pergi makan dekat Cendol Songkok Tinggi di Kampung Jiboi.



Kebetulan balik hari tu panas lit lit… memang masyuk la masing-masing mentekedarah cendol. Aku memang peberet cendol pulut. Cendol Songkok Tinggi ni antara spot cendol yang glamor la jugak di Negeri Sembilan. Rasa dia memang kene dengan tekak aku sebab tak terlalu manis & santan dia tak de la pekat sangat. Dari segi harga memang mampu milik, semangkuk masih lagi RM 2 kalau tak silap aku. Lupa sebab bukan aku yang bayar😜.


Dari pagi ke petang memang sentiasa penuh je gerai cendol ni. Memang orang suka lepak dekat situ, sebab tempat dia redup bawah pokok-pokok dalam suasana kampung. Memang best la spot dia, siap ada live music tau.


Selain dari pelbagai hidangan cendol, miuman & makanan lain pun ada. Cuma cendol tu specialty diaorg la. Aku dengan laki aku ni mana pergi memang kerja makan je la πŸ˜‚. Sebab tu la kitaorg laki bini tak pernah kurus. Memang hobi kitaorng agaknya. Okay la, setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Dah nak pukul 6, aku nak kene masuk dapur dah. Laki balik kerja jap lagi nak MAKAN 😝. Toodles. AKU AIYU ABU .


Tuesday, March 15, 2022

Sup Hameed; Georgetown, Penang

 HELLO. Hari ni aku nak sambung cerita aktiviti makan-makan hari sabtu minggu lepas. Asyik makan je aku dengan En.Balak ni hahahaha…. Hidup berdua macam ni oooiiii….. Sejak covid dah kurang aktiviti merayap dengan tengok wayang. Lepas PKP dah mansuh, kitaorg banyak keluar makan-makan je. Ikut mood En.Balak la, kalau dia teringin nak makan kat luar aku follow je la. Best okey tak payah masak dengan basuh periuk and pinggan mangkuk. Ko duduk order makan bayar balik 😝. 

Lepas sarapan dengan kawan En.Balak dekat gerai roti bakar tu kitaorg terus balik rumah. Tengah hari tu, En.Balak cakap dia tak lapar so tak payah masak. Tapi aku masak jugak nasi goreng petang tu, sebab ada nasi lebih malam sebelum tu yang aku simpan konon nak goreng untuk makan pagi. Jadi sabtu tu kitaorg lunch lambat la, balik breakfast tu memang la kenyang sampai ke tengah hari sebab macam-macam kitaorg bedal kat gerai roti bakar. 

Tapi dah ke petang sikit mesti la lapar jugak kan…. Nasib baik aku goreng nasi, jadi ada jugak benda nak dimakan 😁. Lepas makan nasi goreng tu, tiba-tiba En.Balak ajak gi makan Sup Hameed untuk dinner. Aku ON je la bila dia ajak makan kat luar hehehehe…. Aku rasa En.Balak kempunan sebab tak dapat kari kambing pagi tu. Sebab pagi sabtu tu pelan asal nak makan roti jala cicah kari kambing, tapi sebab bila sampai kedai tutup tu yang kitaorg gi gerai roti bakar. Agaknya En.Balak teringin jugak nak makan kambing, tak dapat kari kambing dapat sup kambing pun jadikkkkk….. Sup Hameed ni memang terkenal dengan sup kambing dia. Memang sedap sup kambing dia, meleleh air liur aku bila teringat balik πŸ˜†


Terkenang kesedapan sup kambing ni…..πŸ˜‹

Set sup kambing ni datang dengan roti. Tapi kalau korang nak makan dengan nasi pun boleh.

Petang tu dalam pukul 6 lebih kitaorg gerak gi Sup Hameed. Sampai tu kitaorg tengok meja semua penuh, nasib baik lepas kitaorg parking kereta ada orang dah bangun nak gi bayar. Lega tak perlu berdiri tunggu meja. Sebenarnya ada je meja kosong kat dalam kedai, tapi kitaorg suka duduk kat luar lapang sikit. Aku suka Sup Hameed ni sebab bukan setakat sup dia sangat sedap,  servis dia pun laju. Ko order kejap je dia dah hantar air dengan makan sume. Untuk pengetahuan korang, kitaorg siap tapau 2 bungkus untuk sambung makan kat rumah pulak πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Harap hujung minggu ni kedai roti jala tu buka la, kesian pulak kat En.Balak dok kempunan nak makan kari kambing kat kedai roti  jala tu. Ok takat ni la dulu bebelan aku untuk hari ni. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. Aku.Aiyu.Abu.





Monday, March 14, 2022

Roti Bakar; Union St. Georgetown Penang

 HELLO. Monday blues sungguh aku hari ni. Dah nak pukul 5 baru sibuk nak taip post hahahahaaaaa….. suri rumah tangga pun boleh monday blues kau 😝. Sebenarnya keletihan sebab pagi tadi aku busy mengemas rumah. Lepas Zohor tadi aku tertido sampai pukul tiga lebih huhuhuhu…. Kalau ikutkan malas aku nak menaip petang ni, tapi sebab Jumaat minggu lepas aku ponteng jadi hari ni aku gagahkan jugak la merepek kat blog aku ni. Baru hari Khamis minggu lepas aku semangat nak kembali merepek kat blog ni, skali petang Jumaat tu En.Balak balik awal bawak kari kepala ikan 😜. Aku pun apa lagi, cancel niat blogging terus mengketedarah kari kepala ikan….. masyukkkkkk. 

Aku pun kononnya postpone la plan nak blogging tu ke hari sabtu, sebab En.Balak bagi tau nak bawak Zumbo gi service. Jadi ada la masa aku nak jengah blog time dia keluar gi service Zumbo. Sekali ada member En.Balak datang cuti Penang ajak breakfast skali. Hahaha…. Terus cancel service Zumbo, kitaorg kalau bab makan ni mesti diutamakan tambah pulak kalau ada kawan-kawan atau sedara yang datang. Makan ramai-ramai kan seronok. Asalnya plan nak breakfast roti jala kat Teluk Bahang, sekali bila sampai tutup pulak kedai nya…. Selalunya kalau kedai tutup sekarang ni sebab ada kes positif atau orang kedai tu positif. Harap hari minggu depan buka la kedainya, teringat kesedapan kari kambing dia. Kedai roti jala ni memang favourite aku, sedap wei roti jala dia. Ada rezeki aku cerita pasal kedai roti jala ni next time. Dah tengok kedai roti jala tutup aku cakap kat En.Balak pergi makan roti bakar je la…. Maka patah la balik kitaorg ke Georgetown.

Gerai roti bakar ni pun antara port breakfast favourite aku dengan En.Balak. Kedai ni terletak depan Maybank Union Street. Tak jauh pun dari Penang 3D Trick Art Museum. Boleh jalan kaki je…. Gerai ni buka dari pagi sampai ke petang, jadi tak semestinya korang datang time pagi je. Aku suka gi lewat sikit, pukul 10.30 pagi ke atas sebab sebelah gerai ni ada gerai pasembur sedap. Gerai pasembur ni buka lambat sikit, kalau gi lambat sebelum balik boleh aku tapau pasembur untuk lunch pulak hihihi….. Set roti bakar dengan telur separuh masak ni memang best. Aku rasa roti bakar dia special sebab dia bakar dengan arang kot… Bagi aku memang best sebab roti tu garing dia just nice tambah pulak ko cicah dengan telur separuh masak tu…. Masyukkkkkk…..


Selain roti bakar,  nasi lemak, bihun & mee goreng bungkus, kuih muih pun ada. Perut stokin aku ni mana cukup makan roti bakar satu set je…. Mesti aku kena ambil menu sampingan hahahaha…. Aku selalu ambil kuih tiga ketul, En.Balak pulak biasanya dia ambil nasi lemak. Kitaorg kesini selalu kalau ada breakfast date dengankawan-kawan la…. Senang nak jumpa sebab dalam Georgetown. Kalau berdua, kitaorg suka pergi roti jala dekat Teluk Bahang. Kalau korang datang cuti-cuti Penang, cuba la breakfast roti bakar dekat Union Street ni. Sudah breakfast korang boleh terus gi 3D Trick Museum tu…. tak pun korang boleh jalan-jalan sekitar tu…. Aku suka arena situ sebab banyak bangunan lama yang canti-cantik. Aku selalu jugak la nampak orang buat wedding photoshoot sekitar kawasan tu.


Okay setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Harap besok aku kembali membebel kat blog ni. Toodles. Jumpa korang di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.






Monday, January 17, 2022

Ferringhi Garden, Penang; Dinner Date with En. Balak

HELLO.  Since the pandemic, aku dengan En.Balak dah jarang sangat keluar dinner date. Lepas PKP dilonggarkan pun kitaorang jarang makan kat luar, banyak tapau bawak balik makan kat rumah. Ada la sekali-sekala makan kat kedai, but a romantic dinner date has been far too long since we had one πŸ˜….  Tiba-tiba takda angin takde hujan (ye la sekarang kan panas je😝) En.Balak ajak gi dinner. Padahal aku dah masak lauk daging masak lemak cili api atas request dia sendiri pagi tu. Tapi dia kata takpe jom pegi je sebab dia dah call buat reservation. Lauk tu boleh makan besoknya, But FYI, sebelum keluar dinner dia  makan lauk gulai tu sepinggan, balik dinner dia makan lagi sepinggan πŸ˜†. Penyudahnya lauk gulai tu cukup kitaorg makan breakfast esoknye je. Back to dinner date story, aku pun apa lagi hati bunga-bunga terus bersiap ala kadar je sebab nak pergi naik moto hihihihi.... Maka merempit la kami laki bini menuju ke destinasi; Ferringhi Garden. Rempit la baru romantik 😝. 

Sampai je kat restoran tu, memang kena la dengan nama dia, suasana dalam restoren  memang hijau sangat.  Cantik sangat garden dia, atas bawah kiri kanan memang penuh dengan pokok-pokok. Walaupun dia ada pasang musik, tapi tak bingit. Memang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati kehijauan dalam restoren tu 😍. Malam tu memang bunga-bunga sungguh la perasaan aku. Ye la.... sebab lama dah kan tak keluar dinner date kat tempat yang best. Makanan dia memang sedap, suasana dia best, staf restoren pun friendly dan servis dia pun cepat. Aku dengan En.Balak memang makan dengan tenang sambil sembang-sembang, gelak-gelak, enjoy the music, enjoy the ambiance and most importantly we enjoy the food πŸ˜‹

Logo dia Lobster, mungkin main specialty dia lobster kot hihihi.... Aku ada nampak Lobster dish dalam menu dia.

Kitaorng pilih untuk dine dalam garden dia.  Penuh dengan kehijauan; cantik sangat 😊 Atas tu penuh dengan pokok periuk kera

Walkway kalau korang masuk dari parking lot belakang restoren. Kalau masuk dari main road jalan Batu Ferringgi pun cantik, ada fountain; aku lupa nak ambil gambarπŸ˜… Kiri tu bahagian outdoor dining, kanan tu bahagian indoor dining. Yang indoor tu pun aku tak ambil gambar. Tapi memang cantik, mengingatkan aku suasana restoren dekat BaliπŸ˜„

Love the lush green vegetation😍

Suka sangat bila berjalan ada daun berjurai dari atas.... Aku suka sangat environment dia, dan semuanya nampak very well maintained.

Masa aku sampai ni belum malam lagi, tapi dah senja la. Maghrib pun belum time ni. Nak solat senang je sebab masjid Batu Feringgi kat sebelah ni tak sampai 10 langkah  pun... 

Aku order Lime ice blended rasenye, En,Balak order fresh orange. Ice blended aku memang best. Menarikkan gelas dia, senang nak minum. Masa air sampai, En.Balak ingat gelas tu nak terbalikπŸ˜†

Kalau restoren ni full pack pun tetap privacy nak makan sebab ada  pokok-pokok antara meja.

Aku tak ingat apa nama yang aku order ni, kalau tak silap aku grill chicken with mushroom πŸ˜€. But let me tell you the dish was serve beautifully to my liking 😍. Well cook chicken, sos dia rasa sangat balance, bawah chicken tu ada fresh basil. Salad dia fresh dan aku suka la sebab dia ada letak arugula kegemaran aku, and the vinaigrette was perfect. Not too sour, not too salty and nicely season. Dia punya bake potato pun nicely cooked and very well seasoned. I enjoy the dish so much and compliment to the chefπŸ’“πŸ’“πŸ’“

En.Balak pilih set buger. Aku nampak dia pun enjoy makan buger dia. Apa aku boleh kata fries dia memang perfact. Sebab yang tu je aku cilok dari En.Balak πŸ˜† Burger dia memang nampat gourmet, maybe next time aku order yang pulak. En.Balak cakap sedap. 

En.Balak tau bini lately suka minum coffee.... Dia orderkan aku Affogato untuk dessert😁... The coffee smells amazing.

Aku memang enjoy sangat dinner date ni dengan En.Balak. Mungkin sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni kan... Ye la.... hampir dua tahun kot tak makan ni sebab Covid-19 punya pasal πŸ˜…. Mari aku kongsikan sedikit info berkenaan restoren ni:

Nama;
Feringghi Garden Restaurant

Lokasi;
34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang

Waktu Operasi;
5 petang - 10 malam

Halal Status
Tiada sijil Halal sebab ada menyediakan minuman alkohol dipremis.
Makanan disediakan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal dan mempunyai sijil halal.
Jadi aku syorkan korang menjamu selera mengikut budi bicara sendiri.
link review dari HaveHalalWithTravel
 
Sosial Media;
instagram ; ferringhigarden
facebook ; ferringhigarden

Masa En.Balak call untuk buat reservation tu dia ada tanya pasal status halal, jadi staf restoren memang dah explaine dekat En.Balak yang diaorang memang takde sijil Halal sebab ada menyediakan minuman Alkohol, tapi dapur diaorang memang menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf halal. Jadi kalau korang datang cuti-cuti Penang dan berminat nak dine dekat sini, korang dine at your own discretion la ye.... Korang jangan kecam aku pulakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Kichen restoren ni memang open. Korang boleh tengok sendiri diaorg sediakan makanan. Memang bersih dan professional. Anggaran untuk seoarang makan dalam RM70 - RM80. Bergantung pada menu yang korang pilih la. Kalau korang tak ambil dessert mungkin rendah lagi. Aku rasa restoren ni akan jadi antara tempat fav dine-in dengan En.Balak dekat Penang ni 😁. Jumpa Lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Tuesday, January 11, 2022

Ikan Bakar Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah

HELLO.  Hari ni aku nak sambung lagi sesi #jalanjalancarimakan weekend hari tu πŸ˜† Mana laa... kitaorang lakibini ni tak gendut, kalau bab makan kemana saja sanggup pergi hahahahahahha... Al-kisah masa suami aku melepak dengan kekawan dia dekat Anjung Indah; Balik Pulau, Penang hari Sabtu tu, timbul pulak idea diaorang nak pergi makan ikan bakar hari Ahad esoknya tu.... Aku sebagai #isterisolehah mengikut je kemana suami ajak pergi😜 Aku mesti la suka kan, sebab aku tak payah masak dan dalam pada masa yang sama boleh makan sedap. Jadi hari Ahad tu destinasi utama kitaorang adalah Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah. 

Hari Ahad tu aku bangun awal uruskan kucing-kucing aku, bagi diaorang lepak kat balkoni  kejap sebelum kitaorg keluar. Kucing-kucing aku ni, kalau kitaorg keluar rumah diaorg memang aku letak dalam bilik diaorg je. Aku takde sangkar kucing, bilik diaorang tu macam sangkar la... sekurang nya ruang diaorg besar la dari duduk dalam sangkar. Kalau aku ada kat rumah, diaorang bebas je dalam rumah ni satu hari. Tapi kalau aku takde kat rumah, memang aku pastikan diaorang duduk dalam bilik. Kalau tak huru hara la satu rumah ni diaorg kerjakan. Kalau depan aku semua behave je, membuta je kerja. Tapi kalau aku takde habis satu rumah diaorg kerjakanπŸ˜…. Dah selesai aku uruskan kucing-kucing aku, aku buat sarapan sikit. Pagi tu kitaorg sarapan simple je, kopi  instant dengan roti bakar. Simpan perut nak makan ikan bakar punya pasal 😝

Hari Ahad tu memang cuaca cerah dah cantik. Memang hari yang best untuk keluar bersiar-siar. Keluar dari jambatan Pulau Pinang tu, kitaorang brenti kejap dekat stesen minyak tunggu kawan-kawan suami aku. Sempat la aku pekena Sundea Cone McD sementara nak tunggu semua berkumpul. Pukul 10 lebih jugak la baru semua sampai. Perjalanan ke Merbok ambil masa dalam satu jam 30 minit dari tempat kitaorg berkumpul ni. Memandangkan handphone aku digunakan untuk tengok Google maps sepanjang perjalanan tu, maka tak dapat la aku nak ambil gambar pemandangan negeri Kedah jelapang padi yang cantik. Huhuhu... Memang lawa pemandangan sepanjang jalan tu sebab padi tengah masak. Harap ada rezeki lagi #jalanjalancari makan ke negeri Kedah lepas ni, boleh la ambil gambar untuk kenangan.

Kitaorag sampai Pak Mud Cafe ni lebih kurang pukul 12 tengah hari. Memang sedang elok la untuk makan tengah hari. Perut pun dah keroncong sebab makan sikit je sarapan pagi tuπŸ˜… Masa aku sampai ni memang kebetulan cafe ni tengah kosong. Tapi elok je aku duduk, satu bas brenti untuk makan. Orang pun mula ramai datang untuk makan dan bungkus. Memang tak brenti la orang keluar masuk cafe ni. Nasib baik kitaorg sampai awal sikit, kalau tak mau menunggu nak dapat meja makan dan ikan bakar.

Hidangan tengah hari yang menyelerakan πŸ˜‹

Ikan bakar ni sedap sangat. Ikan dia memang segar. Sekor besar ni baru RM15. Panas-panas lagi baru lepas bakar. Sos bakar dia memamg thorrrbaiiiikkk. Meleleh air liur aku teringat kat ikan bakar ni. Ikan yang aku ambil ni ikan talapia kalau tak silap aku. Ada je ikan lain. Sotong  dan udang bakar pun ada. Semua diaorag bakar fresh ikut permintaan.

Aku tak ambil lauk lain pun. Mula tu aku nak ambil sayur campur.... skali terpandang ulam raja ni segar dan lebar daun dia, geram pulak aku tengok. Macam-macam ulam kampung diaorag sediakan untuk korang pilih. Ulam-ulam yang dah dicelur pun ada. Aku memang suka pegaga, kalau jumpa yang ni memang aku tak pandang ulam lain dah. Air asam dengan sambal belacan tu aku ambil untuk share dengan suami aku. Air asam dengan sambal belacan dia memang rasa sedap sangatttttt.... 

Suami aku dan lauk kicap berpisah tiadaπŸ˜† Dia ambil extra lauk ayam bakar dengan hati ayam masak kicap. Yang ni semua pun kitaorg share jugak. Semua sedap habaq hang😁

Selain lauk bakar, ada jugak lauk-lauk makan tengah hari lain dekat kedai Pak Mud ni. Aku je tak ambil gambar sebab aku tengah lapar dan memang aku dah set dalam kepala otak ni nak makan ikan bakar je kan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi makanan dekat kedai ni memang sedap dan harga berpatutan. Aku makan berdua dengan suami aku, total semua RM33 je termasuk air. Selesai makan tengah hari, aku ingatkan suami aku and the geng nak terus balik. Eh skali, diaorang sembang nak lajak ke Tanjung Dawai pulak. Sebab dah tak jauh sangat dah dari Merbok ni. Tu aku sambung kemudian la ye... Penat dah menaip ni hahahahaha.... Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Cerita berkaitan sesi jalan-jalan aku Sabtu Ahad;

Arked Tanjung Dawai , Kedah

Anjung Indah; Balik Pulau, Penang

Monday, January 10, 2022

Anjung Indah; Balik Pulau, Penang

HELLO.  Hujung minggu hari tu korang buat apa?  Hujung minggu aku kali ni suami aku ajak merayau cuci mata sambil isi perotπŸ˜† Sabtu ahad kitaorang keluar merayau. Aku kalau suami aku ajak jalan-jalan aku suka je, ye la.... lima hari aku terperuk kat rumah, mesti la aku suka kalau suami aku ajak keluar. Tambah pulak bukan aku yang kena drive, lagi la aku sukaπŸ˜€

Kita mulakan hari sabtu dengan sarapan yang menyelerakan😝Hari hujung minggu aku kalau breakfast memang menu berat la... Sebab suami aku ada, jadi nak masak pun semangat sikit heheheee... Tapi ada je weekend yang suami aku tapau ataupun kitaorang sarapan kat luar. Bergantung pada request suami aku la.... Minggu ni aku masak, sebab aku rasa macam dah lama tak masak breakfast hujung minggu. Asalnya suami aku request breakfast ala western, nak hotdog, nuget dengan scramble egg. Memandangkan ada nasi lebih, aku buat jela nasi goreng letak telur banyak. Jadi la breakfast fusion east meet westπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Suami aku kalau dengan nasi goreng memang dia takkan tolak. Hotdog dengan nuget tu tetap aku masak jugak la, sebab dia dah sebut. Bila makan berteman ni baru seronok nak makan berat-berat macam ni. Kalau aku sorang-sorang dekat rumah, biskut kering dengan air kopi pun cukup dah.

Tengah hari pulak aku masak nasi dengan lauk ikan masak kicap. (Masak kicap lagi, padahal baru je berapa hari lepas aku buat lauk daging masak kicapπŸ˜… Tapi nak buat macam mana, dah suami aku suka lauk kicap aku layan je la... lagi pun senang nak masak) Tapi aku tak snap gambar manu makan tengah hari tu. Biasa la, masa suami aku ada kat rumah aku bukan layan talipon sangat. Lagipun, aku siap masak tu dah nagam-ngam pukul 1, kitaorang pun terus lunch sambil layan Netflix sama-sama. Petang sikit, dia tanya aku ada nak pergi mana-mana ke? Aku cakap lepak kat rumah je la, sebab aku takut suami aku penat. Ye la... wikend sebelum tu kan kitaorg balik kampung ziarah ipar aku. Skali dia cakap jom la pergi Anjung Indah, lepak situ dengan budak-budak ofis dia. Aku orang dah offer jalan-jalan, onzzz je... 😁

Anjung Indah ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat ni sebenarnya dia macam tempat RnR atau Pitstop kecik la dekat jalan dari Georgetown ke Pekan Balik Pulau. Kalau ikotkan pitstop tu tutup (tak tau la tutup terus atau tutup sementara. Tapi kalau korang Google, dekat Google maps tu dia akan tulis Anjung Indah; Close), dan tempat yang aku lepak ni sebelah pitstop tu. Dekat situ ada beberapa kedai, tapi yang buka dua kedai je. Satu kedai makan dan satu kedai serbaneka kecik. Lokasi Anjung Indah ni terletak atas bukit, jadi tempat ni popular untuk tengok sunset ataupun matahari terbenam. Majoriti orang datang untuk ni la... Lagi satu, kedai makan yang ada dekat situ famous dengan menu ayam pasu diaorg. Aku tak pernah cuba, sebab setiap kali datang kitaorg dah kenyang makan. Kalau lepak situ kitaorg selalu order makan ringan-ringan je... Tapi budak satu ofis dengan suami aku tu cakap sedap ayam pasu tu.... Next time la aku order😁

Dekat kawasan parking kereta ada signage I πŸ’“ BALIK PULAU ni. Lama aku menunggu orang clearkan kawasan ni untuk aku ambil gambar. Biasa la hujung minggu ramai orang keluar bawak family jalan-jalan kan... Aku mampu ambil gambar signage je la.... suami aku bukan nye nak layan aku posing sana siniπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Dia pun tengah lepak dengan kawan-kawan dia. Sebenarnya dekat tepi jalan besar tu pun ada signage besar ANJUNG INDAH. Tapi aku tak ambil, sebab masa dalam kereta, talipon aku digunakan untuk tengok maps, jadi tak dapat la aku nak snap gambar. Biasa la, Penang ni baru lagi bagi kitaorg, pergi mana-mana mesti tengok Google Maps je πŸ˜…

Kedai Ayam Pasu Balik Pulau yang famous.

Pemandangan atas bukit yang cantik. Sapa yang suka selfie dan bergambar memang seronok la lepak kat sini 😁 Tapi kalau korang nak lepak sini, korang datang awal sikit sebab kalau dah nak senja memang panas giler sebab mengadap matahari terbenam. Makin lewat, makin ramai orang kat sini, sebab semua tunggu nak tengok sunset.

Pemandangan Balik Pulau dari atas bukit.


Memandangkan aku masih kenyang, aku order laksa je. Rasa laksa ni memang sedap dan puas hati makan. Licin aku hirup kuah dia.

Signiture drinks dekat kadai ayam pasu tu; Teh Madu. Suami aku cakap sedap.

Cuaca dah mula panas terik.

Datang sini jangan lupa bawak sunglass, terik oooiiiii... matahari dia kalau pukul 6 keatas.

Makin senja, makain ramai orang. Semua datang nak tengok sunset.

Kalau korang datang cuti-cuti Penang boleh la masukkan Anjung Indah ini dalam senarai sightseeing korang. Bukan kene bayar pun brenti kat sini, sebab dia pitstop area je kan..... Dah puas korang shopping dan makan nasi kandar kat Georgetown, petang korang singgah la tengok sunset dekat sini. Bawah ni links untuk google maps:

Anjung Indah, Balik Pulau

Aku tak pernah tunggu sampai matahari terbenam. Sebab Balik Pulau ni jauh jugak la... Dalam sejam jugak la perjalanan nak ke Anjung Indah ni dari rumah aku. Kalau aku balik lambat sangat kebuluran pulak kucing-kucing aku tunggu aku bagi wet food kat rumah. Budak-budak bebulus tu memang menunggu dinner time sebab malam je diaorg dapat makan wet food. Kalau aku lambat balik, memang membebel la diaorg bila aku sampai rumahπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Sesi #jalanjalancarimakan aku tak berakhir  lagi, esoknya tu kitaorang sambung lagi pergi makan ikan bakar pulak 😝 Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Sambungan sesi jalan-jalan:

Ikan Bakar Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah

Arked Tanjung Dawai, Kedah

Wednesday, January 5, 2022

Mee Udang Sedap Port Weld, Kuala Sepetang

 HELLO. Hari ni aku nak kongsi gerai mee udang kegemaran aku. Balik dari ziarah keluarga ipar hari tu, aku dan suami singgah la Port Weld, Kuala Sepetang, Perak pekena mee udang dulu kan sebelum balik Penang. Alang-alang dah lalu singgah la sebab on the way je kan. Tapi kalau suami aku teragak nak makan, sanggup je dia drive dari Penang  ke Kuala Sepetang tu semata nak makan mee udang tuπŸ˜… Dia ride naik motor ramai-ramai dengan budak office dia pun pernah. Nak makan mee udang punya pasal πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Aku rasa dalam banyak-banyak gerai mee udang yang aku dah pergi, gerai ni la paling kene rasa dengan tekak aku😁 Kedai ni tak famous pun, dan lokasi dia pun agak tersorok. Meh aku jamu gambar mee udang kat korang. Yang aku order ni Mee Rebus Udang Special. Harga dia RM15 sepinggan. Tapi bagi aku berbaloi sangat. Sendat perut aku makan sepinggan ni 😁 Lagi satu, kopi ais dia thorbaiiiik gaisss....  Mee goreng dia pun sedap jugak.


Tengok gambar ni je dah meleleh air liur aku wei.... teringat kesedapan rasa mee udang ni. Macam nak pergi balik besok pekena lagi sepingganπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Aku lupa pulak nak ambil gambar kedai ni... Al-maklum la... aku sampai dah lepas pukul dua, perut pun dah keroncong kelaparan. Ingat nak makan je.... Ni pun nasib baik ada lagi mee udang nye... Kalau nasib tak baik memang melepas la. Mungkin sebab aku pergi hari isnin, jadi lambat la sikit habisnye. Kalau hari minggu memang cepat habis. Kalau korang gi cuti-cuti Taiping, dan terasa nak makan mee udang lajak la ke Port Weld, Kuala Sepetang makan mee udang ni. Selain dari makan mee udang, kat Port Weld ni korang boleh shopping ikan bilis. Harga memang murah dari kat pasar raya dan ikan bilis dia memang berkualiti sangat. Selain daripada tu, ada jugak perkhidmatan river cruise. Aku kurang pasti harga untuk naik bot tu berapa, sebab tak pernah naik. Aku pergi Port Weld tu memang untuk makan mee udang semata je😜

Kalau korang nak cuba mee udang ni korang google je Salleh Stall Mee Udang Port Weld. Kedai ni papan tanda dia dah takde πŸ˜… Tapi gerai mee udang ni memang satu ni je dekat dalam kawasan Port Weld ni. Kedai dia bertentangan dengan 99 Speedmart, Port Weld. Kedai mee udang yang lain semua banyak dekat jalan besar Kuala Sepetang. Sebab tu dia kurang famous kot, sebab kedudukan dia tersorok. Aku tau pasal kedai ni pun sebab aku ada ipar yang duduk kat Perak. Memang sedap dan kena dengan selera tekak aku la.


Ni link untuk google maps

Kalau suami aku ajak pergi makan mee udang dekat kedai ni lagi, aku buat proper review. Isnin hari tu, suami aku pun dah penat. Memang lencong masuk tol Taiping semata nak lunch kat sini. Pastu nak cepat-cepat balik sebab dia nak rehat, esoknya nak kena kerja dah. Rindu kucing-kucing kitaorg pun satu hal jugakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Tu nak cepat-cepat balik. Ada peluang aku review balik gerai mee udang ni, ambil gambar lebih sikit 😁. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...