HELLO. Hari ni aku nak sembang pasal kehidupan selapas kemunculan pendamik Covid-19 di Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, pendamik Covid-19 ni belum lagi terhapus sepenuhnya π Tapi boleh dikatakan kerisauan berkenaan virus Covid-19 boleh dikatakan semakin reda, cuma langkah berjaga-jaga tu masih perlu diamalkan. Seingat aku kekecohan berkenaan Covid-19 mula mendapat perhatian rakyat Malaysia sekitar bulan Disember 2019. Kalau lebih awal daripada tu aku kurang pasti, sebab aku ni jenis ketinggalan jugak dalam hal-hal semasaπ Masa tu, mula kecoh di sosial media dengan video-video dari China orang tiba-tiba jatuh pengsan di tempat-tempat awam. Aku rasa masa tu ramai yang chill dan tak peduli sangat. Ada yang kata itu semua fake. Ada kata konspirasi. Apapun seingat aku, semuanya mula 'take-off' daripada situ.
imej dari : Infectious Diseases of Poverty | Containment and case management of COVID-19 pandemic (biomedcentral.com) |
Masuk bulan Januari 2020, isu Covid-19 dah jadi isu panas dekat Malaysia. Ramai yang gesa kerajaan untuk tutup atau sekat pintu masuk Antarabangsa Malaysia. Tapi ramai jugak yang tak setuju sebab ia boleh memberikesan pada ekonomi negara. Dalam pada masa yang sama pun suasana politik Malaysia pun kurang setabil. Kalau tak silap aku, kes pertama dikesan di Malaysia pada bulan Januari ni la. HUha sana HUha sini, kes pun makin hari makin meningkat dalam bulan Mac 2020 Malaysia pun mulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dari situ aku rasa majoriti kehidupan rakyat Malaysia mula terkesan. Bukan rakyat Malaysia sahaja, majoriti populasi manusia kat dunia ni terkesan. Sepanjang 2020-2021 ni memang banyak berlaku KEHILANGAN. Hilang perkerjaan, hilang tempat tinggal, hilang kebebasan, dan paling menyedihkan sekali kehilangan orang yang tersayang π Aku bersyukur sangat aku tak kehilangan suami. Yup, suami aku pun antara yang dijangkiti tapi alhamdulillah dia antara yang tak kritikal dan sembuh tanpa sebarang kesan sampingan. Aku sendiri pun alhamdulillah walaupun suami aku positif, keputusan swab-test aku negatif. Kalau dua-dua positif aku tak tau nak cakap apa. Sebab walaupun suami aku bukan kategori kritikal, suami aku memang lemau macam kain buruk wei.... Makan tak lalu. Badan kejap panas kejap sejuk. Kepala asyik pening. Badan asyik kebas sana sini. Kesian sangat tengok diaπ’ Nasib baik dia takda sesak nafas. Alhamdulillah juga sebab takde ahli keluarga terdekat aku yang meninggal sebab Covid-19.
facemask kegemaran aku. orang lain dah pakai macam-macam fasyen facemask, aku tetap la dengan jenis tipikal ni je πππ imej dari: 4 Ply Disposable Surgical Face Mask - High Fluid Resistant, ASTM Level III - PrimeHub |
Fast foward ke Disember 2021, aku boleh katakan kehidupan sekarang dah semakin tenang sikit. Kebanyakan syarikat dah beroperasi seperti biasa. Dan takde sekatan perjalan antara daerah, negeri dan negara. Ramai yang tengah bercuti dan melacong sekarang. Yelah, dekat dua tahun semua tak boleh kemana-mana. Aku sendiri pun burn tiket melancong tahun 2020π Nak balik jumpa makbapak sendiri pun payah π’ Dua tahun wei aku raya berdua je dengan suami aku. Sekarang ni nak kemana-mana pun dah bebas. Tapi takde la 100% normal macam sebelum tahun 2019. Aku rasa benda paling jelas nombor satu adalah pelitup muka / facemask; dah jadi macam keperluan. Benda ni dah kene masuk dalam shopping list. Setakat yang aku perhatikan, majoriti penduduk Malaysia masih lagi memakai facemask bila keluar dari rumah dan ke tempat awam. Pegi buang sampah pun aku poyo pakai facemask sampai ke hari ni πsebab dah jadi kebiasaan kan. Ada macam-macam rekaan facemask di pasaran sekarang, dah macam sebahagian dari trend fasyen pun ye jugak. Aku masih tipikal, pakai yang jenis surgical mask. Biasa la wei, suri rumah bukan keluar sangat pun. Kalau aku keluar pun kejap-kejap je dengan suami aku beli barang dapur ataupun makan kat restoren. Kalau aku kerja, mungkin aku terpengaruh la jugak kot nak beli facemask yang lawa-lawa tu π
imej dari: https//:www.infosihat.gov.my |
Nombor dua, ujian swab Covid-19 berkala. Yang ni, orang yang berkerja la paling terasa. Aku suri rumah ni suami aku tak wajibkan ambil ujian Covid-19 π berkala. Tapi setakat yang aku perhatikan majoriti pejabat-pejabat di Malaysia ni wajibkan ujian Covid-19 berkala. Mungkin ni sebahagian daripada syarat dari kerajaan untuk mana-mana pejabat yang nak beroperasi dipremis masing-masing, itu aku kurang pasti. Sebab aku tidak berkerja. Tapi kalau pejabat suami aku setiap dua minggu kena buat swab test Covid-19. Jadi setiap dua minggu suami aku kena jolok hidung dan tekak dia. Sebab dah selalu sangat, suami aku pun relax je bila kena swab. Dulu punya la penakut, sakit kene jolok hidung. Ada syarikat yang test guna test kit air liur tu je. Tapi syarikat suami aku guna swab test, jadi suami aku redha je la... Tiap-tiap bulan ada je sorang dua yang result positif, tapi bukan kes teruk la. Makanya bila ada yang positif, pejabat tutup dan kena la tutup ofis seminggu. Maka seminggu la juga laki aku kerja kat rumah. Bagi aku, bagus bila ujian berkala ni. Kes pun makin terkawal. Waktu suami aku positif Covid-19 tahun 2020, satu pejabat berpuluh-puluh orang positif serentak. Kalau tak silap aku, waktu tu lepas PKP 1.0. Kesian, ramai jugak kawan-kawan sepejabat suami aku yang kritikal. Tapi alhamdulillah tak ada yang meninggal. Yang ni pejabat yang suami aku kerja sebelum kami pindah ke Pulau Pinang. Satu lagi, sebelum balik ziarah sedara mara tu elok buat test covid. Guna yang jenis test kit pun ok. Yela, kalau boleh kita pun tak nak bahayakan orang lain kan. Terutama orang yang kita nak ziarah tu dah berusia, macam makbapak kita. Sebab orang yang berusia ni pun antara yang berisiko tinggi.Selain daripada tu, balik dari bercuti atau pun aktiviti berkumpulan pun elok buat covid test jugak. Sebagai langkah berjaga-jaga. Kita bukan tau tahap kesihatan orang sekeliling kita. Lagipun virus ni benda tak nampak dengan mata kasar. jadi elok kita lebih berhati-hati kan..... Covid test kit tu bukan mahal sangat pun sekarang. Dekat semua tempat pun ada jual, kedai runcit harian pun ada jual wei... tak susah pun nak cariπ
imej dari: https//:www.infosihat.gov.my |
Nombor tiga, amalan pejarakan fizikal. Yang ni, kalau perhatikan ramai yang tak patuhi sangat. Sebab bila kat kedai makan ke, beratur beli barang ke.... orang takde beratur atau duduk jarak satu meter pun. Dekat kedai makan sekarang ni semua makan beramai-ramai tanpa ada penjarakkan pun. Yela wei... semau rindu nak berkumpul dan lepak ramai-ramai dengan kawan-kawan kan. Benda ni payah pun jugak nak kawal kan.... tapi aku kagum sebab semua pasar raya masih kawal bilangan pelanggan dalam pasar raya. Sampai hari ni aku tengok, kebanyakkan pintu masuk pasar raya masih bagi nombor sebelum masuk. Bagusnya, bila nak membeli belah takde la ko bersesak-bersesak. Cumanye ko tak boleh nak shopping berjam-jam macam sebelum zaman Covid-19, sebab kesian la dekat orang lain yang beratur kat luar tu. Tapi sekarang pun aku perhatikan jarang dah orang beratur kat luar pasar raya, kecuali kalau kedai tu kecik. Suami aku, kalau nampak beratur memang tak jadi la nak masuk membeli π Aku secara peribadi, masih cuba patuhi penjarakan fizikal. Kalau aku pergi beli kuih dekat gerai kegemaran aku ke, tunggu giliran dekat bank ke, aku masih cuba duduk jauh sikit la dari orang ramai. Bukan sebab aku penakut ke apa, cuma aku tak nak jadi penyebab orang lain pulak kene Covid-19. Kita tak tahu antibodi orang lain macam mana. Contoh; kalau akau kene Covid-19 mungkin aku tak sakit teruk sangat, mungkin demam biasa-biasa je... Tapi kalau aku tarbagi dekat orang lain yang jenis antibodi rendah dan tak kuat nak lawan virus tu macam mana? Sedih aku wei... bagi aku, biar la orang lain cakap aku ni poyo ke, anti-sosial ke.... lantak la. Asalkan aku tak jadi penyebab orang lain menderita. Lagi pun, ko pun tak boleh nak pastikan bila kala ko dapat virus tu kan, sbb dia ambil masa beberapa hari baru persan ko demam ke hapa. Walaupun dalam tempoh 24 jam sebelum ko sedar ko dapat virus tu, ko berjalan sana sini tah berapa orang la yang ko jangkitkan tanpa sedarπ Sebab ni la aku masih kurangkan merayau dan jaga penjarakan fizikal bila keluar ke mana-mana.
imej dari: MySejahtera |
Nombor empat, semakan suhu badan dan imbas kod MySejahtera sebelum masuk mana-mana tempat. Sekarang ni mana-mana ko pergi kat Malaysia ni kena scan suhu dan imbas MySejahtera. Gerai jual kuih kecik-kecik pun ada termometer pengimbas suhu dan QR kod MySejahtera. Tapi biasa kedai-kedai kecik ni dia takde la kesah sangatpun kalau ko scan ke tak suhu dan QR kod tu. Kalau masuk shopping mall atau tempat-tempat lain terutamanya dekat kawasan bandar memang diaorg pastikan ko scan suhu dan imbas QR kod sebelum masuk. Lagi satu, diaorg nak tengok ko punya status MySejahtera. Vaksin korang mesti dah lengkap dan berisiko rendah. Jadi sekarang ni, bila nak keluar aku tak boleh dah tertinggal handphone π kalau tak memang tak boleh la nak masuk shopping mall.... Kedai kecik-kecik ok lagi, sebab dioarg sediakan buku untuk ko tulis nama dan nombor talifon. Lagi satu, aku kena pastikan bateri handphone aku penuh. Al-maklum handphone aku dah lanjut usia, bateri pun cepat habis. Kalau masuk shopping mall, semua kedai-kedai yang ko nak masuk kan ko kene imbas QR kod. Jadi untuk aku, kalu handphone aku habis bateri cepat-cepat la aku ajak suami aku balik sebab bukan boleh nak masuk jamu mata dalam kedai tu pun πππ
Aku rasa empat benda ni paling ketara pada perubahan norma kehidupan post Covid-19 pendamic. Virus Covid-19 masih belum hilang sepenuhnya, mungkinn takkan hilang langsung. Selagi virus ni masih boleh mengancam nyawa manusia, aku rasa sangat perlu la kita amalkan norma baharu macam pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal. Bagi aku dua benda ni paling basic la. Bagi sikit masa lagi, aku rasa virus ni akan jadi macam demam biasa je. Lagipun taknologi perubatan makin canggih sekarang, aku yakin para saintis dunia boleh tangani virus ni dengan berkesan. Aku harap tahun 2022 akan lebih ceria dai tahun 2020 dan 2021. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.
No comments:
Post a Comment