Thursday, December 30, 2021

Bangun Pagi

Hello. Bangun pagi.... gosok gigi.... cuci muka... dan mandi.... Pakai baju... Sarapan pagi..... BUKAN macam tu rutin aku pagi-pagi hari 😜 Aku biasanya celik je mata solat subuh dulu. Selesai solat, aku terus pergi dapur blender jus buah untuk suami aku. Dia minum jus dua kali sehari, jadi pagi-pagi aku blender dua portion terus. Segelas dia bawak minum dekat ofis, segelas lagi aku simpan dalam fridge untuk dia minum waktu malam. Selesai je aku blend jus buah suami aku, dia pun dah siap untuk ke pejabat. Suami aku mula kerja pukul 8 pagi, jadi paling lambat pukul 7.30 pagi tu dia dah kena gerak dari rumah la. Selesai je peluk cium bye bye suamiπŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„, aku kunci pintu je terus pergi dapur blend jus buah untuk aku pulak. Jus ni selalu aku minum tengah hari dan malam. Sama jugak macam suami aku punya jus, aku akan blend dua portion terus dan simpan je dalam peti sejuk. Sebab aku malas nak basuh blender banyak kali, jadi aku blend je semua pepagi hari 😜 Nampak pemalas, tapi bagi aku kurang la sikit kerja basuh kat sinki😁😁😁😁😁 

Selesai blender jus, aku terus buat sarapan. Aku ni sejenis tak boleh skip breakfast, nanti boleh badmood aku satu hari πŸ˜† Suami aku memang kenal sangat  perangai aku. Dapat roti sekeping dengan air kosong pun takpe, janji aku makan waktu pagi. Aku breakfast pun simple-simple je. Kalau suami aku ada baru aku masak typical malay breakfast, kadang aku buat cekodok ke, goreng mi ke, takpun suami aku belikan nasi lemak. Kadang-kadang kitaorg breakfast kat gerai. Sebab hujung minggu je kitaorg breakfast sama. Hari kerja, aku breakfast sorang je la. Kucing-kucing aku sesubuh hari lagi dah makan kibble. Pagi ni macam biasa menu breakfast aku roti dengan air nescafe. Sejak dah makin lanjut usia ni, aku memang suka minum kopi pepagi hari. Kalau tak lemau aku nak buat kerja rumah πŸ˜…

nyum nyum..... pagi-pagi aku selalu breakfast kat balkoni sambil kelebet phone or skodeng aktiviti orang ramai kat tepi pantaiπŸ˜… kadang-kadang pepagi hari dah nampak orang main jetski, naik bot atau main parasailing kat pantai.

Menu pagi ni air nescafe, dua biji telur separuh masak, roti bakar dua keping dengan jus buah setengah cawan. Biasa kalau ada jus lebih dari dua gelas, aku minum je la waktu sarapan. Kalau takde lebih, aku potong la buah sikit. Tapi buah ni bukan menu wajib untuk aku sarapan. Kalau aku malas potong atau stok buah dah habis, takde la aku makan buah pepagi. Mesti korang terpikir kenapa aku blend jus dua kali setiap pagi. Why not aku buat empat gelas je terus untuk aku dan suami, kan senang sekali jalan je blender tu kan.....😎 Well, resipi jus kitaorg tak sama. Aku suka letak ubi bit dalam jus aku, suami aku pulak tak suka rasa ubi bit tu. Sebab tu aku blend asing-asing. 

 
kenyang perut senang hati.... barulah bertenaga nak kemas rumah kan😁

Selesai je sarapan, makanya mula la tugas aku sebagai suri rumah. Selalunya lima hari seminggu macam ni je la rutin aku pagi-pagi. Kalau hujung minggu akan bergantung kepada keadaan sebab suami aku ada. Tengok la apa aktiviti dia plan untuk hujung minggu tu. Hari kerja, rutin aku blend jus, masak sarapan untuk diri sendiri kemudian kemas rumah. Tu jela.... Kemas rumah kejap je sebab kitaorg berdua je kan, rumah pun kecik je. Selesai kemas baru aku mandi πŸ˜†. Aku tak suka dah mandi lepas tu peluh-peluh balik. Baik aku selesaikan semua kerja rumah sebalum mandi.

Sejak aku pindah ke Pulau Pinang ni, agak bosan jugak la rutin aku. Nak kena tambah aktiviti sikit, mungkin aku patut cari kerja. Tengoklah macam mana. Aku ni jenis tak tidur siang hari, tak tengok tv sangat pun. Kalau tengok pun kejap-kejap je, kecuali ada cerita yang aku minat. Tu pun aku tak tengok banyak episod sekali gus, tapi lama la sikit aku tengok tv dari biasa. Semoga aktiviti berblog ni dapat mengurangkan kebosanan aku di waktu terluang😝. Okaylah.... setakat ni je cerita rutin aku di pagi hari. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.




 

No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...