HELLO. Hari ni aku nak berkongsi pengalaman seram suam kuku sepanjang aku mendiami rumah sewa aku yang lama. Lepas aku kawin, lama jugak la aku duduk rumah sewa sebelum tinggal rumah sendiri. Yela.... bila dah beli rumah sendiri pun, berzaman jugak aku tunggu nak siap dan dapat kunciπ Dah dapat pindah masuk rumah sendiri, tinggal tak berapa lama dahhhh suami aku En.Balak ajak pindah Penang pulak sebab dia dapat tawaran kerja yang lagi baik πππ Tak pasal-pasal kene tinggal menyewa balik huhhuhuhuu..... Rumah sendiri pulak terpaksa disewakan. Nak buat macam mana, dah takdir kehidupan aku REDHO je laπ
Berbalik kepada pengalaman seram suam kuku aku sewaktu aku tinggal di rumah sewa yang aku duduk sementara aku nak tunggu rumah sendiri siap. Rumah tu adalah jenis apartmen mampu milik lima tingkat. Takde lift, tapi rumah sewa aku tu tingkat satu jadi aku dengan En.Balak tak kisah la apartmen tu takde lift pun. Kawasan memang padat, nak cari parking memang berebut la. Tapi masa kitaorang cari rumah sewa tu, rumah tu la kondisi paling baik dan harga mampu milik. Kawasan rumah tu memang dekat untuk aku ke mana sahaja. Nak ketempat kerja dekat, tempat beli barang dapo dekat, nak gi shopping atau keluar dating pun dekat. Yang paling best, bawah rumah tu memang ada segala jenis kemudahan, kedai runcit, kedai makan, dobi semua ada la. Surau pun dekat blok sebelah je. Jiran-jiran pun best. Owner rumah pun baik sangat. Bak kata omputeh, on paper everything was absolutely perfect π
Masa mula-mula aku pindah masuk rumah sewa aku tu, aku takde la perasan apa-apa yang pelik kat dalam rumah tu. Aku rasa biasa-biasa je. Yang aku perasan, orang yang duduk tingkat atas ni selalu bising. Selalu berlari-lari dalam rumah. Selalu ada bunyi benda jatuh. Bunyi macam guli jatuh la, duit syiling jatuh la... ehhh macam-macam benda la selalu jatuh atas lantai rumah atas tu...Selalu melompat-lompat dalam rumah. Kadang-kadang bunyi macam tengah seret kotak. Ceiling rumah aku tu memang bising la. Aku dengan En.Balak takde la syak pape masa tu. Pada pikiran kitaorang, orang yang duduk rumah atas ni memang suka buat bising la....
Tapi lama kelamaan, makin menjadi-jadi pulak. Pukul tiga pagi pun boleh dok macam-macam bunyi jugak. Kitaorang macam pelik pulak, tak reti tido ke orang atas niπ Lagi best, selalu dengar macam orang atas bertukang dalam rumah. Tengah paku dinding la... mengergaji kayu la... Aku masa tu pikir, diaorg buat renovation kot.... Ko bayang la,pukul 3 pagi pun dok menukul dan mengergaji kayu lagi dalam rumah ππππ Yang bestnya... bertahun-tahun tak habis renovation lagi π Hari-hari la kitaorg hadap bunyi bising dari rumah atas tu sepanjang kitaorg duduk situ...
Sampai satu tahap En.Balak naik pergi rumah atas tu dengan tuan rumah kitaorg, kononya nak bincang elok-elok la dengan orang atas. Sebenarnya takda apa pun diaorg buat kat atas tu. Masa tu kau paham-paham sendiri lahhh ye.... Hasil pembacaan aku dekat internet, sebenarnya bunyi tu bukan dari jiran atas pun..... bunyi tu sebenarnya dari dalam rumah kita sendiri. Jiran yang duduk depan umah aku tu pun cakap, semua rumah kat situ memang dengar benda yang sama. Dia yang duduk situ dari hari pertama dapat kunci pun dah terbiasa dah dengan bunyi-bunyi bising tu... Dalam pada kata lain, dah lali. Jadi kitaorang abaikan je la segala bunyi bising yang kitaorg dengar tu.... Dah takde tuduh-tuduh jiran atas buat bising dahπ
Itu bab bunyi bising, lagi satu kadang-kadang aku ada perasan ada sesuatu yang memerhatikan aku kat dalam rumah tu. Kalau aku duduk tengok tv dekat sofa, aku perasan macam ada sesuatu je dekat dapur aku tengah pandang aku. Bendanya aku tak pernah nampak betul-betul, cuma aku rasa macam ada kelibat berdiri dekat dapur dan tengah pandang aku. Tapi aku takde buat papepun, aku abaikan je segala perasaann aku tu. Malas aku nak cari gaduh ππππ Korang bayangkan, lepas lebih kurang 6 bulan aku duduk situ, En.Balak kena hantar bertugas luar negara oleh company dia masa tu. Aku hadap semua bunyi dan penampakan yang tak berapa nak nampak tu sesorang je selama hampir 2 tahun kitaorang PJJ. Nasib baik la aku kerja masa tu, jadi aku takde la hadap semua tu 24jam sehari sorang-sorangπ Apapun aku bersyukur, sebab ganguan tu biasa-biasa je... takde la horer yang malampau. Tak pernah la aku di ganggu secara terang-terangan sangat. Setakat jatuh barang, barang beralih tu aku abaikan je......
Benda yang paling jelas adalah kesan pada dinding rumah aku. Mula-mula tu aku tak perasan sangat. Tapi bila aku tukar warna dinding rumah aku tu baru aku nampak dengan jelas marking yang dia nak buat tuπ Ada satu dinding dalam rumah tu sentiasa ada kesan bercapuk. Setiap kali aku bersihkan, timbul balik. Macam-macam petua bersihkan kesan capuk dinding aku cuba, tapi kesan capuk tu asyik je timbul je balik... Yang peliknya kesan capuk tu dekat satu tempat je, dekat dinding aku letak sofa. Situ je... tampat lain semua takde. Mula-mula aku pikir mungkin sebab cat murah kot. Jadi aku decide untuk cat balik rumah tu... Aku pun masa tu dah boring dengan warna cat yang sedia ada tu. Lagi pun cat tu dah lama dan ada kesan-kesan kotor. Walaupun rumah sewa, aku cat jela... Sebab kita duduk, mesti la kita nak nampak cantik jugak kan... kita jaga je macam rumah kita sendiri. Maka aku pun beli cat mahal... RM30++ jugak la seliter. Sebab aku baca kat internet, orang rakemen brand cat tu untuk masalah kesan capuk. Aku pun cuba la....
Bila kali pertama capuk-capuk ni timbul kat dinding lepas aku cat warna baru, aku agak terkejut jugak la.... Mula-mula tu aku ingatkan En.Balak yang buat, sebab masa tu dia dah balik Malaysia for good dan kerja dengan company lain pulak. Aku siap marah dia pekejadah main cap-cap tangan dekat dinding ni... Blurr dia kejapππππ Opkos la dia menafikan semua pertuduhan... Dia kata takde kerja la dia nak buat semua tu. Aku siap ukur tangan dia ok... Memang saiz tak sama la... kesan tapak tangan tu besar dan panjang runcing... Jari aku dengan En.Balak ketot dan montel π Dan yang paling best ada satu aku jumpa kesan tapak tangan tu dekat penjuru dinding yang bertemu dengan siling rumah. Cat hijau yang aku pakai ni jenis yang bole lap.... Setiap kali aku bersihkan dinding, lepas tu muncul balik kesan tapak tangan ni.... Aku macam biasa abaikan je la..... Hahahaha... Malas aku nak gaduh atau membebel dekat tah ke hape benda yang duduk jugak dalam rumah tu....
Lagi satu aku perasan adalah kucing-kucing aku. Kadang-kadang elok je diaorang tengah tido or duduk relax-relax buat hal sendiri, tiba-tiba je diaorang akan lari berterabur lintang pukang kearah aku kemudian datang duduk depan aku dan pandang ke satu arah je. Kadang kearah dapur, kadang ke pintu masuk rumah, kadang ke penjuru siling rumah. Kadang-kadang tu siap buat kucing tengah marah tu. Setiap kali jadi terkejuk berlari tu, mesti diaorang akan datang dekat aku dan duduk macam diaorang tengah kepung aku tapi bukan pandang aku la, pandang kearah luar. Tah apa yang diaorang nampak aku tak tau laπ Kalau En.Balak takde dekat rumah, kucing-kucing aku tu memang akan sentiasa duduk dekat dengan aku je. Kucing hitam aku yang dalam gambar pertama tu adalah kucing pertama yang kitaorang bela. Masa aku bela dia sekor je, asal pukul 3 pagi je mesti bising nak tido dengan kitaorang. Masa tu aku ingatkan dia takut tido sekor-sekor dia. Jadi aku carikanlah dia kawan-kawan. Bila ada kawan pun sama je, asal pukul 3 pagi je sibuk nak masuk tido dengan kitaorg. Penyudahnye aku tutup je pintu bilik diaorg. Malam sebelum aku tido, aku pastikan kucing-kucing aku pun masuk tido dalam bilik diaorg sendiri. Kalau tak pukul 3 pagi pakat buat koir depan pintu bilik akuπππ
Itulah pengalaman seram suam kuku aku masa tinggal dekat rumah sewa lama aku. Nak kata horer sangat tu tak la, mungkin aku ni jenis buat bodo je walauapapun yang jadi dalam rumah tu. Nak pindah-pindah pun aku malas, sebab location memang best. Aku malas nak angkut barang sana sini. Penat la pindah-pindah rumah ni. Sebab masa aku beli rumah, developer tu cakap lepas 2 tahun bole dapat kunci. Skali hambik ko, dekat 4 tahun baru siap. Maka aku setia la duduk rumah sewa tu sampai rumah aku sendiri siapπππ Malas aku nak pindah-pindah banyak kali. Apa jadi dalam rumah sewa aku tu aku buat tak tau je..... Setakat ni je la cerita suam kuku aku. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.