Showing posts with label #photographerkokak. Show all posts
Showing posts with label #photographerkokak. Show all posts

Wednesday, October 5, 2022

Lunch Picnic @ Pantai Batu Ferringhi, Penang

 HELLO. Hari ni aku ada urusan dekat town, nak tak nak terpaksa la aku paksa diri aku yang macam katak bawah tempurung ni  keluar sedut udara luar πŸ˜†. Masa aku keluar tu, kebetulan hujan baru je lepas berhenti jadi takde la panas terik. Lately hari-hari hujan pagi petang siang malam, siap ribut bagai hokey. Hari ni dapat la tengok matahari jelas sikit, kalau tak mendung kelam je satu hari. Selesai urusan aku, cuaca masih cantik lagi. Matahari terang, tapi takde la panas terik. So dah alang-alang kat luar ni aku decide untuk lunch picnic tepi pantai sorang-sorang, macam sedih kan πŸ˜…. Tapi aku suka je spend masa sorang-sorang, takde hal pun. Eh jangan pikir aku ni kera sumbang pulak, kalau ramai-ramai pun aku suka jugak sebab meriah.

Since aku plan mengejut nak picnic, maka aku tapau McD je la. Memandangkan time tu tengah hari buta, pantai memang lengang la. Orang ada brape kerat je, kedai-kedai makan pun baru nak start prep barang untuk berniaga. Aku rasa aku sorang je kot yang gila pergi berpicnic tetengah hari ni πŸ˜…. Yang lain tu semua couple tengah bercuti just jalan-jalan sambil ambil gambar kejap. Pastu ada la a few tourists tengah berjemur,  tapi bawah pokok la. Ohhh… ada aku perasan tadi satu famili anak kecik tiga orang tengah main pasir sambil mak diaorg layan, bapak diaorg pulak tengah tido. Diaorg pun bentang tikar bawah pokok. Aku je la yang sadis picnic sesorang tepi pantai 😝.


Aku pun dapat tempat redup, bawah pokok besar depan satu gerai makan yang belum bukak lagi time tu. So bole la aku lepak makan sorang-sorang sambil layan perasaan. Penang ni memang aku puji bab kebersihan,  majoriti kawasan awam memang bersih. Pantai Batu Ferringhi ni bagi aku memang bersih, tong sampah pun banyak. Tu aku suka jugak lepak sini, tapi kadang-kadang ada jugak gagak tapi takde la banyak. Agak terkawal jugak la populasi gagak tu. Monyet pun jarang nampak kat sini, kalau ada pun tak pernah kacau. Ada jugak beberapa pantai lain yang jadi port picnic tapi banyak monyet πŸ˜…. Pantai yang aku pergi ni nasib baik takde masalah monyet, kalau ada mesti kena kacau sebab aku sesorang je. Mujur aku ada simpan alas plastik dalam kereta, senang bila nak picnic mengejut 😜


Kebetulan aku habis makan, tauke gerai kat belakang tempat aku berpicnic ni pun datang nak bukak gerai. Aku pun kemas & decided untuk jalan-jalan sikit. Sebab cuaca pun takde la panas terik pun, angin pantai pun rasa sejuk je. Takde rasa panas berbahang pun, memang hari yang best untuk berpicnic lah walaupun tetengah hari buta. Jauh jugak aku jalan-jalan, harap terbakar la kalori McD yang aku makan tadi πŸ˜†.




Best pulak aku rasa berpicnic tepi pantai hari ni. Baru la namanya living the island life. Setahun aku dok Pulau Pinang ni, bole kira brape kali je aku keluar picnic dengan laki aku. Awal pindah dulu, rajin la laki aku layan. Tapi bila dia dah start busy dekat office memang tak dah la. Aku pun paham je dia penat sebab banyak kerja rushing di office. Hujung minggu memang dia nak rehat, ada cuti balik kampung dia untuk uruskan orang tua dia. Jadi aku pun tak boleh nak ajak dia ronda-ronda pulau selalu. Kesian tengok laki aku penat, jadi aku tak kisah pun kalau hujung minggu lepak rumah je. Aku dapat jalan sorang-sorang ni pun aku rasa best jugak. Maybe aku patut keluar picnic sesorang skali skala kan, takde la aku terperuk je kat rumah. Lagi pun bila keluar weekdays takde la ramai orang sangat. Bila keluar macam ni baru la rasa macam tinggal kat pulau😁. Eh panjang pulak aku membebel hari ni, padahal nak kabo aku gi picnic tepi pantai tetengah hari buta je. Toodles. AKU AIYU ABU.

Monday, January 17, 2022

Ferringhi Garden, Penang; Dinner Date with En. Balak

HELLO.  Since the pandemic, aku dengan En.Balak dah jarang sangat keluar dinner date. Lepas PKP dilonggarkan pun kitaorang jarang makan kat luar, banyak tapau bawak balik makan kat rumah. Ada la sekali-sekala makan kat kedai, but a romantic dinner date has been far too long since we had one πŸ˜….  Tiba-tiba takda angin takde hujan (ye la sekarang kan panas je😝) En.Balak ajak gi dinner. Padahal aku dah masak lauk daging masak lemak cili api atas request dia sendiri pagi tu. Tapi dia kata takpe jom pegi je sebab dia dah call buat reservation. Lauk tu boleh makan besoknya, But FYI, sebelum keluar dinner dia  makan lauk gulai tu sepinggan, balik dinner dia makan lagi sepinggan πŸ˜†. Penyudahnya lauk gulai tu cukup kitaorg makan breakfast esoknye je. Back to dinner date story, aku pun apa lagi hati bunga-bunga terus bersiap ala kadar je sebab nak pergi naik moto hihihihi.... Maka merempit la kami laki bini menuju ke destinasi; Ferringhi Garden. Rempit la baru romantik 😝. 

Sampai je kat restoran tu, memang kena la dengan nama dia, suasana dalam restoren  memang hijau sangat.  Cantik sangat garden dia, atas bawah kiri kanan memang penuh dengan pokok-pokok. Walaupun dia ada pasang musik, tapi tak bingit. Memang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati kehijauan dalam restoren tu 😍. Malam tu memang bunga-bunga sungguh la perasaan aku. Ye la.... sebab lama dah kan tak keluar dinner date kat tempat yang best. Makanan dia memang sedap, suasana dia best, staf restoren pun friendly dan servis dia pun cepat. Aku dengan En.Balak memang makan dengan tenang sambil sembang-sembang, gelak-gelak, enjoy the music, enjoy the ambiance and most importantly we enjoy the food πŸ˜‹

Logo dia Lobster, mungkin main specialty dia lobster kot hihihi.... Aku ada nampak Lobster dish dalam menu dia.

Kitaorng pilih untuk dine dalam garden dia.  Penuh dengan kehijauan; cantik sangat 😊 Atas tu penuh dengan pokok periuk kera

Walkway kalau korang masuk dari parking lot belakang restoren. Kalau masuk dari main road jalan Batu Ferringgi pun cantik, ada fountain; aku lupa nak ambil gambarπŸ˜… Kiri tu bahagian outdoor dining, kanan tu bahagian indoor dining. Yang indoor tu pun aku tak ambil gambar. Tapi memang cantik, mengingatkan aku suasana restoren dekat BaliπŸ˜„

Love the lush green vegetation😍

Suka sangat bila berjalan ada daun berjurai dari atas.... Aku suka sangat environment dia, dan semuanya nampak very well maintained.

Masa aku sampai ni belum malam lagi, tapi dah senja la. Maghrib pun belum time ni. Nak solat senang je sebab masjid Batu Feringgi kat sebelah ni tak sampai 10 langkah  pun... 

Aku order Lime ice blended rasenye, En,Balak order fresh orange. Ice blended aku memang best. Menarikkan gelas dia, senang nak minum. Masa air sampai, En.Balak ingat gelas tu nak terbalikπŸ˜†

Kalau restoren ni full pack pun tetap privacy nak makan sebab ada  pokok-pokok antara meja.

Aku tak ingat apa nama yang aku order ni, kalau tak silap aku grill chicken with mushroom πŸ˜€. But let me tell you the dish was serve beautifully to my liking 😍. Well cook chicken, sos dia rasa sangat balance, bawah chicken tu ada fresh basil. Salad dia fresh dan aku suka la sebab dia ada letak arugula kegemaran aku, and the vinaigrette was perfect. Not too sour, not too salty and nicely season. Dia punya bake potato pun nicely cooked and very well seasoned. I enjoy the dish so much and compliment to the chefπŸ’“πŸ’“πŸ’“

En.Balak pilih set buger. Aku nampak dia pun enjoy makan buger dia. Apa aku boleh kata fries dia memang perfact. Sebab yang tu je aku cilok dari En.Balak πŸ˜† Burger dia memang nampat gourmet, maybe next time aku order yang pulak. En.Balak cakap sedap. 

En.Balak tau bini lately suka minum coffee.... Dia orderkan aku Affogato untuk dessert😁... The coffee smells amazing.

Aku memang enjoy sangat dinner date ni dengan En.Balak. Mungkin sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni kan... Ye la.... hampir dua tahun kot tak makan ni sebab Covid-19 punya pasal πŸ˜…. Mari aku kongsikan sedikit info berkenaan restoren ni:

Nama;
Feringghi Garden Restaurant

Lokasi;
34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang

Waktu Operasi;
5 petang - 10 malam

Halal Status
Tiada sijil Halal sebab ada menyediakan minuman alkohol dipremis.
Makanan disediakan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal dan mempunyai sijil halal.
Jadi aku syorkan korang menjamu selera mengikut budi bicara sendiri.
link review dari HaveHalalWithTravel
 
Sosial Media;
instagram ; ferringhigarden
facebook ; ferringhigarden

Masa En.Balak call untuk buat reservation tu dia ada tanya pasal status halal, jadi staf restoren memang dah explaine dekat En.Balak yang diaorang memang takde sijil Halal sebab ada menyediakan minuman Alkohol, tapi dapur diaorang memang menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf halal. Jadi kalau korang datang cuti-cuti Penang dan berminat nak dine dekat sini, korang dine at your own discretion la ye.... Korang jangan kecam aku pulakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Kichen restoren ni memang open. Korang boleh tengok sendiri diaorg sediakan makanan. Memang bersih dan professional. Anggaran untuk seoarang makan dalam RM70 - RM80. Bergantung pada menu yang korang pilih la. Kalau korang tak ambil dessert mungkin rendah lagi. Aku rasa restoren ni akan jadi antara tempat fav dine-in dengan En.Balak dekat Penang ni 😁. Jumpa Lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Friday, January 14, 2022

Throwback Jalan-Jalan Dataran Langkawi

HELLO. Tak tau pasai pa, hari ni dok teringin nak gi cuti-cuti Langkawi πŸ˜… Dulu pantang tengok tiket flight murah ja, mesti book untuk ke Langkawi. Bulih kata tiap-tiap tahun balik LangkawiπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Last aku cuti-cuti Langkawi tahun 2017. Next year tu tak pi pasai tahun tu laki aku bawak pi oversea. 2019 pulak cuti kat Penang je, pasal plan 2020 nak cuti oversea lagi. Biasa la, #rakyatmarhean macam aku ni mana mampu pi luar negara tetiap tahun pun. Dapat backpack oversea selang setahun pun dah syukur sangat dah. Untuk pi travel tahun 2020 tu tiket dah beli time tu.... Tapi apa kan daya, Covid-19 punya pasal burn la tiket nyerrrr....😭 Sejak tu, memang tak pi mana dah... Nak balik kampung pun payah sebab tak boleh rentas negeri 😞 Aku ajak la En.Balak gi cuti-cuti Langkawi lagi sebab dah takdak PKP, skali dia cakap dah duduk Penang buat apa nak pi Langkawi lagi.... Pulau jugak kan ni πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Hurmmmm.... aku throwback gambar je la jawabnya. Apa la agaknya rupa Langkawi skarang ni ek? Ni helang kat dataran tu masa last aku pegi 2017. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu. 






Wednesday, January 12, 2022

Arked Tanjung Dawai, Kedah

HELLO. Blog post aku hari ni adalah sambungan dari post aku pergi makan di Pak Mud Cafe, Merbok. Selesai makan tengah hari suami aku dan kawan-kawan dia decide nak lajak ke Tanjung Dawai pulak. Sebab kalau tengok Google maps dah tak jauh sangat dah dari Merbok tu. Tak sampai setengah jam pun. Alang-alang dah tak jauh tu, apa salahnya ronda-ronda negeri Kedah sekejap kan. Semasa perjalanan ke Tanjung Dawai ni, handphone aku tak digunakan untuk pandu arah, maka boleh aku ambil gambar sikit buat kenangan 😁 Jemput la jamu mata korang dengan gambar-gambar dari seorang #photographerkokak 

Perjalanan ke Tanjung Dawai.

Tenang je pemandangan sepanjang jalan ni. 

Satu-satunya pemandangan padi yang aku sempat ambil. Memang cantik sangat sebab padi tengah masak. Memang kena sungguh nama Kedah Jelapang Padi. Kiri kanan sepanjang jalan semua padi 😍

Walaupun gambar ni termasuk tinted cermin kerata aku, tetap nak post jugak sebab aku suka tengok pokok kiri kanan tu lawa😝 Lagipun ni satu je yang aku berjaya snap view ni. Aku bukan bole  nak ambil gambar banyak sangat pun. Nanti suami aku bising kacau dia nak bawak keretaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Hari Ahad tu memang cuaca cantik, langit biru awan berkepul-kepul. Parking kereta pun terasa lawa sebab cuaca cantik πŸ˜†

Arked Tanjung Dawai. Bahagian bawah semua kedai makan, tingkat atas baru ada jual-jual barang. Aku takde shopping pape pun. Naik ke atas pun tak hehehe... Yela kata nak menyinggah jamu mata je kan😎 Jadi aku jamu mata dengan pemandangan pun cukup la.

Kitaorang lepak minum kat kedai dalam arked ni je sambil-sambil ambil angin. Memang best sebab arked tu terletak betul-betul tepi pantai.

Aku order laici kang je buat basah tekak. Hari panas memang sedap minum ais 😁. Nak order makan perut tengah kenyang lagi.

Suami aku dengan kawan-kawan dia order ABC

Jeti Tanjung Dawai dekat sebelah arked ni je.

Kalau tak silap aku dekat sebarang tu Pantai Merdeka. Tengah aku ambil gambar ni, ada dua ekor fauna tengah berenang-renangkat gigi air tu. Korang nampak tak?πŸ˜† Tak nampak sila scroll lagi kebawah, aku ada zoom dengan lebih dekat.

Nampak tak fauna tu? Ada kat balik logo aku....  Nak tengok lagi dekat scroll lagi ke bawah 😝

Haaa.... nampak jelas dah kan... Seronok pulak dia bercanda di tepian pantaiπŸ˜…

Kalau korang nak kenal, ni la namanya biawak. Boleh pulak dia enterframe kat blog aku πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Selain aku dapat tengok pemandangan kat Kedah Ahad lepas, boleh jugak aku tengok fauna tanpa dirancang😝

Dengan penampakkan biawak-biawak tadi, maka berakhir la daytrip aku ke Negeri Kedah Darul Aman. Sebenarnya masa on the way balik tu kitaorg jumpa jentera padi tepi jalan. Tapi aku tak boleh la nak ambil gambar, sebab hala balik handphone aku kembali digunankan untuk tengok Google maps. Kalau tak boleh aku tepek seketul gambar jentera tuai padi untuk korang yang tak pernah tengok rupa dia macam mana. Ada rezeki aku #jalanjalancucimata ke Kedah aku share lagi ye. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Sesi jalan-jalan aku Sabtu dan Ahad:


Monday, January 10, 2022

Anjung Indah; Balik Pulau, Penang

HELLO.  Hujung minggu hari tu korang buat apa?  Hujung minggu aku kali ni suami aku ajak merayau cuci mata sambil isi perotπŸ˜† Sabtu ahad kitaorang keluar merayau. Aku kalau suami aku ajak jalan-jalan aku suka je, ye la.... lima hari aku terperuk kat rumah, mesti la aku suka kalau suami aku ajak keluar. Tambah pulak bukan aku yang kena drive, lagi la aku sukaπŸ˜€

Kita mulakan hari sabtu dengan sarapan yang menyelerakan😝Hari hujung minggu aku kalau breakfast memang menu berat la... Sebab suami aku ada, jadi nak masak pun semangat sikit heheheee... Tapi ada je weekend yang suami aku tapau ataupun kitaorang sarapan kat luar. Bergantung pada request suami aku la.... Minggu ni aku masak, sebab aku rasa macam dah lama tak masak breakfast hujung minggu. Asalnya suami aku request breakfast ala western, nak hotdog, nuget dengan scramble egg. Memandangkan ada nasi lebih, aku buat jela nasi goreng letak telur banyak. Jadi la breakfast fusion east meet westπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Suami aku kalau dengan nasi goreng memang dia takkan tolak. Hotdog dengan nuget tu tetap aku masak jugak la, sebab dia dah sebut. Bila makan berteman ni baru seronok nak makan berat-berat macam ni. Kalau aku sorang-sorang dekat rumah, biskut kering dengan air kopi pun cukup dah.

Tengah hari pulak aku masak nasi dengan lauk ikan masak kicap. (Masak kicap lagi, padahal baru je berapa hari lepas aku buat lauk daging masak kicapπŸ˜… Tapi nak buat macam mana, dah suami aku suka lauk kicap aku layan je la... lagi pun senang nak masak) Tapi aku tak snap gambar manu makan tengah hari tu. Biasa la, masa suami aku ada kat rumah aku bukan layan talipon sangat. Lagipun, aku siap masak tu dah nagam-ngam pukul 1, kitaorang pun terus lunch sambil layan Netflix sama-sama. Petang sikit, dia tanya aku ada nak pergi mana-mana ke? Aku cakap lepak kat rumah je la, sebab aku takut suami aku penat. Ye la... wikend sebelum tu kan kitaorg balik kampung ziarah ipar aku. Skali dia cakap jom la pergi Anjung Indah, lepak situ dengan budak-budak ofis dia. Aku orang dah offer jalan-jalan, onzzz je... 😁

Anjung Indah ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat ni sebenarnya dia macam tempat RnR atau Pitstop kecik la dekat jalan dari Georgetown ke Pekan Balik Pulau. Kalau ikotkan pitstop tu tutup (tak tau la tutup terus atau tutup sementara. Tapi kalau korang Google, dekat Google maps tu dia akan tulis Anjung Indah; Close), dan tempat yang aku lepak ni sebelah pitstop tu. Dekat situ ada beberapa kedai, tapi yang buka dua kedai je. Satu kedai makan dan satu kedai serbaneka kecik. Lokasi Anjung Indah ni terletak atas bukit, jadi tempat ni popular untuk tengok sunset ataupun matahari terbenam. Majoriti orang datang untuk ni la... Lagi satu, kedai makan yang ada dekat situ famous dengan menu ayam pasu diaorg. Aku tak pernah cuba, sebab setiap kali datang kitaorg dah kenyang makan. Kalau lepak situ kitaorg selalu order makan ringan-ringan je... Tapi budak satu ofis dengan suami aku tu cakap sedap ayam pasu tu.... Next time la aku order😁

Dekat kawasan parking kereta ada signage I πŸ’“ BALIK PULAU ni. Lama aku menunggu orang clearkan kawasan ni untuk aku ambil gambar. Biasa la hujung minggu ramai orang keluar bawak family jalan-jalan kan... Aku mampu ambil gambar signage je la.... suami aku bukan nye nak layan aku posing sana siniπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Dia pun tengah lepak dengan kawan-kawan dia. Sebenarnya dekat tepi jalan besar tu pun ada signage besar ANJUNG INDAH. Tapi aku tak ambil, sebab masa dalam kereta, talipon aku digunakan untuk tengok maps, jadi tak dapat la aku nak snap gambar. Biasa la, Penang ni baru lagi bagi kitaorg, pergi mana-mana mesti tengok Google Maps je πŸ˜…

Kedai Ayam Pasu Balik Pulau yang famous.

Pemandangan atas bukit yang cantik. Sapa yang suka selfie dan bergambar memang seronok la lepak kat sini 😁 Tapi kalau korang nak lepak sini, korang datang awal sikit sebab kalau dah nak senja memang panas giler sebab mengadap matahari terbenam. Makin lewat, makin ramai orang kat sini, sebab semua tunggu nak tengok sunset.

Pemandangan Balik Pulau dari atas bukit.


Memandangkan aku masih kenyang, aku order laksa je. Rasa laksa ni memang sedap dan puas hati makan. Licin aku hirup kuah dia.

Signiture drinks dekat kadai ayam pasu tu; Teh Madu. Suami aku cakap sedap.

Cuaca dah mula panas terik.

Datang sini jangan lupa bawak sunglass, terik oooiiiii... matahari dia kalau pukul 6 keatas.

Makin senja, makain ramai orang. Semua datang nak tengok sunset.

Kalau korang datang cuti-cuti Penang boleh la masukkan Anjung Indah ini dalam senarai sightseeing korang. Bukan kene bayar pun brenti kat sini, sebab dia pitstop area je kan..... Dah puas korang shopping dan makan nasi kandar kat Georgetown, petang korang singgah la tengok sunset dekat sini. Bawah ni links untuk google maps:

Anjung Indah, Balik Pulau

Aku tak pernah tunggu sampai matahari terbenam. Sebab Balik Pulau ni jauh jugak la... Dalam sejam jugak la perjalanan nak ke Anjung Indah ni dari rumah aku. Kalau aku balik lambat sangat kebuluran pulak kucing-kucing aku tunggu aku bagi wet food kat rumah. Budak-budak bebulus tu memang menunggu dinner time sebab malam je diaorg dapat makan wet food. Kalau aku lambat balik, memang membebel la diaorg bila aku sampai rumahπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Sesi #jalanjalancarimakan aku tak berakhir  lagi, esoknya tu kitaorang sambung lagi pergi makan ikan bakar pulak 😝 Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Sambungan sesi jalan-jalan:

Ikan Bakar Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah

Arked Tanjung Dawai, Kedah

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...