Showing posts with label #pusingpulaupinang. Show all posts
Showing posts with label #pusingpulaupinang. Show all posts

Monday, March 14, 2022

Roti Bakar; Union St. Georgetown Penang

 HELLO. Monday blues sungguh aku hari ni. Dah nak pukul 5 baru sibuk nak taip post hahahahaaaaa….. suri rumah tangga pun boleh monday blues kau ๐Ÿ˜. Sebenarnya keletihan sebab pagi tadi aku busy mengemas rumah. Lepas Zohor tadi aku tertido sampai pukul tiga lebih huhuhuhu…. Kalau ikutkan malas aku nak menaip petang ni, tapi sebab Jumaat minggu lepas aku ponteng jadi hari ni aku gagahkan jugak la merepek kat blog aku ni. Baru hari Khamis minggu lepas aku semangat nak kembali merepek kat blog ni, skali petang Jumaat tu En.Balak balik awal bawak kari kepala ikan ๐Ÿ˜œ. Aku pun apa lagi, cancel niat blogging terus mengketedarah kari kepala ikan….. masyukkkkkk. 

Aku pun kononnya postpone la plan nak blogging tu ke hari sabtu, sebab En.Balak bagi tau nak bawak Zumbo gi service. Jadi ada la masa aku nak jengah blog time dia keluar gi service Zumbo. Sekali ada member En.Balak datang cuti Penang ajak breakfast skali. Hahaha…. Terus cancel service Zumbo, kitaorg kalau bab makan ni mesti diutamakan tambah pulak kalau ada kawan-kawan atau sedara yang datang. Makan ramai-ramai kan seronok. Asalnya plan nak breakfast roti jala kat Teluk Bahang, sekali bila sampai tutup pulak kedai nya…. Selalunya kalau kedai tutup sekarang ni sebab ada kes positif atau orang kedai tu positif. Harap hari minggu depan buka la kedainya, teringat kesedapan kari kambing dia. Kedai roti jala ni memang favourite aku, sedap wei roti jala dia. Ada rezeki aku cerita pasal kedai roti jala ni next time. Dah tengok kedai roti jala tutup aku cakap kat En.Balak pergi makan roti bakar je la…. Maka patah la balik kitaorg ke Georgetown.

Gerai roti bakar ni pun antara port breakfast favourite aku dengan En.Balak. Kedai ni terletak depan Maybank Union Street. Tak jauh pun dari Penang 3D Trick Art Museum. Boleh jalan kaki je…. Gerai ni buka dari pagi sampai ke petang, jadi tak semestinya korang datang time pagi je. Aku suka gi lewat sikit, pukul 10.30 pagi ke atas sebab sebelah gerai ni ada gerai pasembur sedap. Gerai pasembur ni buka lambat sikit, kalau gi lambat sebelum balik boleh aku tapau pasembur untuk lunch pulak hihihi….. Set roti bakar dengan telur separuh masak ni memang best. Aku rasa roti bakar dia special sebab dia bakar dengan arang kot… Bagi aku memang best sebab roti tu garing dia just nice tambah pulak ko cicah dengan telur separuh masak tu…. Masyukkkkkk…..


Selain roti bakar,  nasi lemak, bihun & mee goreng bungkus, kuih muih pun ada. Perut stokin aku ni mana cukup makan roti bakar satu set je…. Mesti aku kena ambil menu sampingan hahahaha…. Aku selalu ambil kuih tiga ketul, En.Balak pulak biasanya dia ambil nasi lemak. Kitaorg kesini selalu kalau ada breakfast date dengankawan-kawan la…. Senang nak jumpa sebab dalam Georgetown. Kalau berdua, kitaorg suka pergi roti jala dekat Teluk Bahang. Kalau korang datang cuti-cuti Penang, cuba la breakfast roti bakar dekat Union Street ni. Sudah breakfast korang boleh terus gi 3D Trick Museum tu…. tak pun korang boleh jalan-jalan sekitar tu…. Aku suka arena situ sebab banyak bangunan lama yang canti-cantik. Aku selalu jugak la nampak orang buat wedding photoshoot sekitar kawasan tu.


Okay setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Harap besok aku kembali membebel kat blog ni. Toodles. Jumpa korang di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.






Monday, January 17, 2022

Ferringhi Garden, Penang; Dinner Date with En. Balak

HELLO.  Since the pandemic, aku dengan En.Balak dah jarang sangat keluar dinner date. Lepas PKP dilonggarkan pun kitaorang jarang makan kat luar, banyak tapau bawak balik makan kat rumah. Ada la sekali-sekala makan kat kedai, but a romantic dinner date has been far too long since we had one ๐Ÿ˜….  Tiba-tiba takda angin takde hujan (ye la sekarang kan panas je๐Ÿ˜) En.Balak ajak gi dinner. Padahal aku dah masak lauk daging masak lemak cili api atas request dia sendiri pagi tu. Tapi dia kata takpe jom pegi je sebab dia dah call buat reservation. Lauk tu boleh makan besoknya, But FYI, sebelum keluar dinner dia  makan lauk gulai tu sepinggan, balik dinner dia makan lagi sepinggan ๐Ÿ˜†. Penyudahnya lauk gulai tu cukup kitaorg makan breakfast esoknye je. Back to dinner date story, aku pun apa lagi hati bunga-bunga terus bersiap ala kadar je sebab nak pergi naik moto hihihihi.... Maka merempit la kami laki bini menuju ke destinasi; Ferringhi Garden. Rempit la baru romantik ๐Ÿ˜. 

Sampai je kat restoran tu, memang kena la dengan nama dia, suasana dalam restoren  memang hijau sangat.  Cantik sangat garden dia, atas bawah kiri kanan memang penuh dengan pokok-pokok. Walaupun dia ada pasang musik, tapi tak bingit. Memang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati kehijauan dalam restoren tu ๐Ÿ˜. Malam tu memang bunga-bunga sungguh la perasaan aku. Ye la.... sebab lama dah kan tak keluar dinner date kat tempat yang best. Makanan dia memang sedap, suasana dia best, staf restoren pun friendly dan servis dia pun cepat. Aku dengan En.Balak memang makan dengan tenang sambil sembang-sembang, gelak-gelak, enjoy the music, enjoy the ambiance and most importantly we enjoy the food ๐Ÿ˜‹

Logo dia Lobster, mungkin main specialty dia lobster kot hihihi.... Aku ada nampak Lobster dish dalam menu dia.

Kitaorng pilih untuk dine dalam garden dia.  Penuh dengan kehijauan; cantik sangat ๐Ÿ˜Š Atas tu penuh dengan pokok periuk kera

Walkway kalau korang masuk dari parking lot belakang restoren. Kalau masuk dari main road jalan Batu Ferringgi pun cantik, ada fountain; aku lupa nak ambil gambar๐Ÿ˜… Kiri tu bahagian outdoor dining, kanan tu bahagian indoor dining. Yang indoor tu pun aku tak ambil gambar. Tapi memang cantik, mengingatkan aku suasana restoren dekat Bali๐Ÿ˜„

Love the lush green vegetation๐Ÿ˜

Suka sangat bila berjalan ada daun berjurai dari atas.... Aku suka sangat environment dia, dan semuanya nampak very well maintained.

Masa aku sampai ni belum malam lagi, tapi dah senja la. Maghrib pun belum time ni. Nak solat senang je sebab masjid Batu Feringgi kat sebelah ni tak sampai 10 langkah  pun... 

Aku order Lime ice blended rasenye, En,Balak order fresh orange. Ice blended aku memang best. Menarikkan gelas dia, senang nak minum. Masa air sampai, En.Balak ingat gelas tu nak terbalik๐Ÿ˜†

Kalau restoren ni full pack pun tetap privacy nak makan sebab ada  pokok-pokok antara meja.

Aku tak ingat apa nama yang aku order ni, kalau tak silap aku grill chicken with mushroom ๐Ÿ˜€. But let me tell you the dish was serve beautifully to my liking ๐Ÿ˜. Well cook chicken, sos dia rasa sangat balance, bawah chicken tu ada fresh basil. Salad dia fresh dan aku suka la sebab dia ada letak arugula kegemaran aku, and the vinaigrette was perfect. Not too sour, not too salty and nicely season. Dia punya bake potato pun nicely cooked and very well seasoned. I enjoy the dish so much and compliment to the chef๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

En.Balak pilih set buger. Aku nampak dia pun enjoy makan buger dia. Apa aku boleh kata fries dia memang perfact. Sebab yang tu je aku cilok dari En.Balak ๐Ÿ˜† Burger dia memang nampat gourmet, maybe next time aku order yang pulak. En.Balak cakap sedap. 

En.Balak tau bini lately suka minum coffee.... Dia orderkan aku Affogato untuk dessert๐Ÿ˜... The coffee smells amazing.

Aku memang enjoy sangat dinner date ni dengan En.Balak. Mungkin sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni kan... Ye la.... hampir dua tahun kot tak makan ni sebab Covid-19 punya pasal ๐Ÿ˜…. Mari aku kongsikan sedikit info berkenaan restoren ni:

Nama;
Feringghi Garden Restaurant

Lokasi;
34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang

Waktu Operasi;
5 petang - 10 malam

Halal Status
Tiada sijil Halal sebab ada menyediakan minuman alkohol dipremis.
Makanan disediakan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal dan mempunyai sijil halal.
Jadi aku syorkan korang menjamu selera mengikut budi bicara sendiri.
link review dari HaveHalalWithTravel
 
Sosial Media;
instagram ; ferringhigarden
facebook ; ferringhigarden

Masa En.Balak call untuk buat reservation tu dia ada tanya pasal status halal, jadi staf restoren memang dah explaine dekat En.Balak yang diaorang memang takde sijil Halal sebab ada menyediakan minuman Alkohol, tapi dapur diaorang memang menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf halal. Jadi kalau korang datang cuti-cuti Penang dan berminat nak dine dekat sini, korang dine at your own discretion la ye.... Korang jangan kecam aku pulak๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Kichen restoren ni memang open. Korang boleh tengok sendiri diaorg sediakan makanan. Memang bersih dan professional. Anggaran untuk seoarang makan dalam RM70 - RM80. Bergantung pada menu yang korang pilih la. Kalau korang tak ambil dessert mungkin rendah lagi. Aku rasa restoren ni akan jadi antara tempat fav dine-in dengan En.Balak dekat Penang ni ๐Ÿ˜. Jumpa Lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Monday, January 10, 2022

Anjung Indah; Balik Pulau, Penang

HELLO.  Hujung minggu hari tu korang buat apa?  Hujung minggu aku kali ni suami aku ajak merayau cuci mata sambil isi perot๐Ÿ˜† Sabtu ahad kitaorang keluar merayau. Aku kalau suami aku ajak jalan-jalan aku suka je, ye la.... lima hari aku terperuk kat rumah, mesti la aku suka kalau suami aku ajak keluar. Tambah pulak bukan aku yang kena drive, lagi la aku suka๐Ÿ˜€

Kita mulakan hari sabtu dengan sarapan yang menyelerakan๐Ÿ˜Hari hujung minggu aku kalau breakfast memang menu berat la... Sebab suami aku ada, jadi nak masak pun semangat sikit heheheee... Tapi ada je weekend yang suami aku tapau ataupun kitaorang sarapan kat luar. Bergantung pada request suami aku la.... Minggu ni aku masak, sebab aku rasa macam dah lama tak masak breakfast hujung minggu. Asalnya suami aku request breakfast ala western, nak hotdog, nuget dengan scramble egg. Memandangkan ada nasi lebih, aku buat jela nasi goreng letak telur banyak. Jadi la breakfast fusion east meet west๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Suami aku kalau dengan nasi goreng memang dia takkan tolak. Hotdog dengan nuget tu tetap aku masak jugak la, sebab dia dah sebut. Bila makan berteman ni baru seronok nak makan berat-berat macam ni. Kalau aku sorang-sorang dekat rumah, biskut kering dengan air kopi pun cukup dah.

Tengah hari pulak aku masak nasi dengan lauk ikan masak kicap. (Masak kicap lagi, padahal baru je berapa hari lepas aku buat lauk daging masak kicap๐Ÿ˜… Tapi nak buat macam mana, dah suami aku suka lauk kicap aku layan je la... lagi pun senang nak masak) Tapi aku tak snap gambar manu makan tengah hari tu. Biasa la, masa suami aku ada kat rumah aku bukan layan talipon sangat. Lagipun, aku siap masak tu dah nagam-ngam pukul 1, kitaorang pun terus lunch sambil layan Netflix sama-sama. Petang sikit, dia tanya aku ada nak pergi mana-mana ke? Aku cakap lepak kat rumah je la, sebab aku takut suami aku penat. Ye la... wikend sebelum tu kan kitaorg balik kampung ziarah ipar aku. Skali dia cakap jom la pergi Anjung Indah, lepak situ dengan budak-budak ofis dia. Aku orang dah offer jalan-jalan, onzzz je... ๐Ÿ˜

Anjung Indah ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat ni sebenarnya dia macam tempat RnR atau Pitstop kecik la dekat jalan dari Georgetown ke Pekan Balik Pulau. Kalau ikotkan pitstop tu tutup (tak tau la tutup terus atau tutup sementara. Tapi kalau korang Google, dekat Google maps tu dia akan tulis Anjung Indah; Close), dan tempat yang aku lepak ni sebelah pitstop tu. Dekat situ ada beberapa kedai, tapi yang buka dua kedai je. Satu kedai makan dan satu kedai serbaneka kecik. Lokasi Anjung Indah ni terletak atas bukit, jadi tempat ni popular untuk tengok sunset ataupun matahari terbenam. Majoriti orang datang untuk ni la... Lagi satu, kedai makan yang ada dekat situ famous dengan menu ayam pasu diaorg. Aku tak pernah cuba, sebab setiap kali datang kitaorg dah kenyang makan. Kalau lepak situ kitaorg selalu order makan ringan-ringan je... Tapi budak satu ofis dengan suami aku tu cakap sedap ayam pasu tu.... Next time la aku order๐Ÿ˜

Dekat kawasan parking kereta ada signage I ๐Ÿ’“ BALIK PULAU ni. Lama aku menunggu orang clearkan kawasan ni untuk aku ambil gambar. Biasa la hujung minggu ramai orang keluar bawak family jalan-jalan kan... Aku mampu ambil gambar signage je la.... suami aku bukan nye nak layan aku posing sana sini๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Dia pun tengah lepak dengan kawan-kawan dia. Sebenarnya dekat tepi jalan besar tu pun ada signage besar ANJUNG INDAH. Tapi aku tak ambil, sebab masa dalam kereta, talipon aku digunakan untuk tengok maps, jadi tak dapat la aku nak snap gambar. Biasa la, Penang ni baru lagi bagi kitaorg, pergi mana-mana mesti tengok Google Maps je ๐Ÿ˜…

Kedai Ayam Pasu Balik Pulau yang famous.

Pemandangan atas bukit yang cantik. Sapa yang suka selfie dan bergambar memang seronok la lepak kat sini ๐Ÿ˜ Tapi kalau korang nak lepak sini, korang datang awal sikit sebab kalau dah nak senja memang panas giler sebab mengadap matahari terbenam. Makin lewat, makin ramai orang kat sini, sebab semua tunggu nak tengok sunset.

Pemandangan Balik Pulau dari atas bukit.


Memandangkan aku masih kenyang, aku order laksa je. Rasa laksa ni memang sedap dan puas hati makan. Licin aku hirup kuah dia.

Signiture drinks dekat kadai ayam pasu tu; Teh Madu. Suami aku cakap sedap.

Cuaca dah mula panas terik.

Datang sini jangan lupa bawak sunglass, terik oooiiiii... matahari dia kalau pukul 6 keatas.

Makin senja, makain ramai orang. Semua datang nak tengok sunset.

Kalau korang datang cuti-cuti Penang boleh la masukkan Anjung Indah ini dalam senarai sightseeing korang. Bukan kene bayar pun brenti kat sini, sebab dia pitstop area je kan..... Dah puas korang shopping dan makan nasi kandar kat Georgetown, petang korang singgah la tengok sunset dekat sini. Bawah ni links untuk google maps:

Anjung Indah, Balik Pulau

Aku tak pernah tunggu sampai matahari terbenam. Sebab Balik Pulau ni jauh jugak la... Dalam sejam jugak la perjalanan nak ke Anjung Indah ni dari rumah aku. Kalau aku balik lambat sangat kebuluran pulak kucing-kucing aku tunggu aku bagi wet food kat rumah. Budak-budak bebulus tu memang menunggu dinner time sebab malam je diaorg dapat makan wet food. Kalau aku lambat balik, memang membebel la diaorg bila aku sampai rumah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Sesi #jalanjalancarimakan aku tak berakhir  lagi, esoknya tu kitaorang sambung lagi pergi makan ikan bakar pulak ๐Ÿ˜ Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Sambungan sesi jalan-jalan:

Ikan Bakar Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah

Arked Tanjung Dawai, Kedah

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...