HELLO. Semalam laki aku ajak dating sambil tengok wayang. Aku setuju je, yelah seminggu terperuk kat rumah dapat keluar tengok dunia luar mesti la aku suke πππ. Semalam pepagi hari lagi kitaorg dan keluar rumah, sebab laki aku beli tiket show time pagi. Breakfast simple-simple, lepas tu terus siap untuk keluar dating. Bukan apa, rumah kitaorg dengan TGV tu jauh jugak, lagi satu sebab nak senang parking. Kalau keluar tengah hari, payah nak cari parking tambah pulak hujung minggu. Nak keluar naik moto, skarang ni musim hujan. Laki aku pun plan nak gi makan kat IKEA Batu Kawan nun lepas tengok movie tu, memang jenuh la nak naik moto kalau nak kesana sebab jauh oooiiiiiii….. Berbaloi kitaorg keluar awal semalam, sebab sampai depan TGV tu terus jumpa parking. Dah sampai awal tu dapat la aku window shopping, tapi aku tak beli pape pun laki je beli selaur untuk dia pakai gi kerja. Aku ni dapat jalan-jalan cuci mata pun dah cukup happy dahπ. Lepas shopping terus naik ke TGV untuk ambil popcorn sume. Senang sekarang kan boleh beli semua siap-siap kat online TGV masa beli tiket tu.
![]() |
Image from Google |
Laki aku nak tengok reruns cerita Avatar, cerita lama tahun 2009. Cerita dah lebih sepuluh tahun guys, masa kitaorg gi tengok dulu kitaorg belum kahwin lagi tengah hangat bercinta lagi time tu π. Sekarang ni cerita Avatar ni tengah reruns balik kat panggung sebab sequel dia Avatar: The Way of Water nak keluar hujung tahun ni. Punyalah lama baru keluar sequal, lebih sepuluh tahun guys huhuhuhuhu…. Kitaorg memang suka movie Avatar ni, dulu masa mula-mula keluar kitaorg tengok banyak kali jugak la. Keluar reruns ni pun laki aku ajak tengok balik, dan aku enjoy tengok cerita ni sama macam kali pertama aku tengok 13 tahun lepas πππππ
![]() |
Image from Google |
Walaupun animation cerita ni di buat 13 tahun lepas, aku takde rasa kualiti dia terkebelakang pun. Rasa macam sama je dengan kualiti movie-movie terbaru sekarang. Everything is so detail, movement animation sangat fluid and smooth. Sangat cantiklah bagi aku, its like im really watching a movie that been shot on a planet six light years away walaupun hakikatnya sebenarnya movie ni dirakam dan dianimasi dalam studioπ
![]() |
Image from Google |
![]() |
Image from Google |
Bab jalan cerita memang best bagi aku. Walaupun aku dah tau jalan cerita dia, tapi aku masih excited tengok sebab story line dia tak bosan. Bagi aku cerita Avatar ni sangat kreatif , imaginatif dan original. It’s a new kind of story line about intergalactic movie. Anyhow, lepas aku tengok reruns Avatar ni aku tak sabar nak masuk balik panggung wayang untuk tengok sequels dia. Aku rasa dah banyak kali sangat dah tertangguh sequels Avatar ni untuk ditayangkan. Tak sabarnya nak tunggu bulan December untuk tengok sequels dia π. Toodles. AKU AIYU ABU.