HELLO. Blog post aku hari ni adalah sambungan dari post aku pergi makan di Pak Mud Cafe, Merbok. Selesai makan tengah hari suami aku dan kawan-kawan dia decide nak lajak ke Tanjung Dawai pulak. Sebab kalau tengok Google maps dah tak jauh sangat dah dari Merbok tu. Tak sampai setengah jam pun. Alang-alang dah tak jauh tu, apa salahnya ronda-ronda negeri Kedah sekejap kan. Semasa perjalanan ke Tanjung Dawai ni, handphone aku tak digunakan untuk pandu arah, maka boleh aku ambil gambar sikit buat kenangan π Jemput la jamu mata korang dengan gambar-gambar dari seorang #photographerkokak
 |
Perjalanan ke Tanjung Dawai.
|
 |
Tenang je pemandangan sepanjang jalan ni. |
 |
Satu-satunya pemandangan padi yang aku sempat ambil. Memang cantik sangat sebab padi tengah masak. Memang kena sungguh nama Kedah Jelapang Padi. Kiri kanan sepanjang jalan semua padi π |
 |
Walaupun gambar ni termasuk tinted cermin kerata aku, tetap nak post jugak sebab aku suka tengok pokok kiri kanan tu lawaπ Lagipun ni satu je yang aku berjaya snap view ni. Aku bukan bole nak ambil gambar banyak sangat pun. Nanti suami aku bising kacau dia nak bawak keretaπππ |
 |
Hari Ahad tu memang cuaca cantik, langit biru awan berkepul-kepul. Parking kereta pun terasa lawa sebab cuaca cantik π |
 |
Arked Tanjung Dawai. Bahagian bawah semua kedai makan, tingkat atas baru ada jual-jual barang. Aku takde shopping pape pun. Naik ke atas pun tak hehehe... Yela kata nak menyinggah jamu mata je kanπ Jadi aku jamu mata dengan pemandangan pun cukup la. |
 |
Kitaorang lepak minum kat kedai dalam arked ni je sambil-sambil ambil angin. Memang best sebab arked tu terletak betul-betul tepi pantai. |
 |
Aku order laici kang je buat basah tekak. Hari panas memang sedap minum ais π. Nak order makan perut tengah kenyang lagi. |
 |
Suami aku dengan kawan-kawan dia order ABC |
 |
Jeti Tanjung Dawai dekat sebelah arked ni je. |
 |
Kalau tak silap aku dekat sebarang tu Pantai Merdeka. Tengah aku ambil gambar ni, ada dua ekor fauna tengah berenang-renangkat gigi air tu. Korang nampak tak?π Tak nampak sila scroll lagi kebawah, aku ada zoom dengan lebih dekat. |
 |
Nampak tak fauna tu? Ada kat balik logo aku.... Nak tengok lagi dekat scroll lagi ke bawah π |
 |
Haaa.... nampak jelas dah kan... Seronok pulak dia bercanda di tepian pantaiπ
|
 |
Kalau korang nak kenal, ni la namanya biawak. Boleh pulak dia enterframe kat blog aku ππππ Selain aku dapat tengok pemandangan kat Kedah Ahad lepas, boleh jugak aku tengok fauna tanpa dirancangπ |
Dengan penampakkan biawak-biawak tadi, maka berakhir la daytrip aku ke Negeri Kedah Darul Aman. Sebenarnya masa on the way balik tu kitaorg jumpa jentera padi tepi jalan. Tapi aku tak boleh la nak ambil gambar, sebab hala balik handphone aku kembali digunankan untuk tengok Google maps. Kalau tak boleh aku tepek seketul gambar jentera tuai padi untuk korang yang tak pernah tengok rupa dia macam mana. Ada rezeki aku #jalanjalancucimata ke Kedah aku share lagi ye. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.
Sesi jalan-jalan aku Sabtu dan Ahad:
No comments:
Post a Comment