HELLO. Hari ni aku nak sambung cerita aktiviti makan-makan hari sabtu minggu lepas. Asyik makan je aku dengan En.Balak ni hahahaha…. Hidup berdua macam ni oooiiii….. Sejak covid dah kurang aktiviti merayap dengan tengok wayang. Lepas PKP dah mansuh, kitaorg banyak keluar makan-makan je. Ikut mood En.Balak la, kalau dia teringin nak makan kat luar aku follow je la. Best okey tak payah masak dengan basuh periuk and pinggan mangkuk. Ko duduk order makan bayar balik 😝.
Lepas sarapan dengan kawan En.Balak dekat gerai roti bakar tu kitaorg terus balik rumah. Tengah hari tu, En.Balak cakap dia tak lapar so tak payah masak. Tapi aku masak jugak nasi goreng petang tu, sebab ada nasi lebih malam sebelum tu yang aku simpan konon nak goreng untuk makan pagi. Jadi sabtu tu kitaorg lunch lambat la, balik breakfast tu memang la kenyang sampai ke tengah hari sebab macam-macam kitaorg bedal kat gerai roti bakar.
Tapi dah ke petang sikit mesti la lapar jugak kan…. Nasib baik aku goreng nasi, jadi ada jugak benda nak dimakan 😁. Lepas makan nasi goreng tu, tiba-tiba En.Balak ajak gi makan Sup Hameed untuk dinner. Aku ON je la bila dia ajak makan kat luar hehehehe…. Aku rasa En.Balak kempunan sebab tak dapat kari kambing pagi tu. Sebab pagi sabtu tu pelan asal nak makan roti jala cicah kari kambing, tapi sebab bila sampai kedai tutup tu yang kitaorg gi gerai roti bakar. Agaknya En.Balak teringin jugak nak makan kambing, tak dapat kari kambing dapat sup kambing pun jadikkkkk….. Sup Hameed ni memang terkenal dengan sup kambing dia. Memang sedap sup kambing dia, meleleh air liur aku bila teringat balik 😆
Terkenang kesedapan sup kambing ni…..😋 |
Set sup kambing ni datang dengan roti. Tapi kalau korang nak makan dengan nasi pun boleh. |
Petang tu dalam pukul 6 lebih kitaorg gerak gi Sup Hameed. Sampai tu kitaorg tengok meja semua penuh, nasib baik lepas kitaorg parking kereta ada orang dah bangun nak gi bayar. Lega tak perlu berdiri tunggu meja. Sebenarnya ada je meja kosong kat dalam kedai, tapi kitaorg suka duduk kat luar lapang sikit. Aku suka Sup Hameed ni sebab bukan setakat sup dia sangat sedap, servis dia pun laju. Ko order kejap je dia dah hantar air dengan makan sume. Untuk pengetahuan korang, kitaorg siap tapau 2 bungkus untuk sambung makan kat rumah pulak 😆😆😆 Harap hujung minggu ni kedai roti jala tu buka la, kesian pulak kat En.Balak dok kempunan nak makan kari kambing kat kedai roti jala tu. Ok takat ni la dulu bebelan aku untuk hari ni. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. Aku.Aiyu.Abu.
No comments:
Post a Comment