HELLO. How’s your weekend your weekend everyone 😄. Weekend hari tu aku buat kerja gila ajak laki aku pergi Kuala Terengganu semata nak beli keropok lekor yang best hehehe….. Pergi balik hari je semata-mata nak beli keropok lekor pastu terus balik. Takde pusing-pusing pun kat Kuala Terengganu tu. Sampai ambil keropok, bayar lepas tu terus balik 🤣🤣🤣. Tapi berbaloi weiiii…… sebab bagi aku keropok lekor dia sedap. Memang rasa ikan sungguh, bukan macam yang beli kat pasar malam yang rasa lebih tepung dari ikan. Harga dia mahal skit la dari keropok lekor biasa, tapi idok la terlampau mahal dan bagi aku berbaloi. Aku tak ingat harga dia berapa sebab yang membayar laki aku hehehehe…..
Inilah kedai keropok lekor tu…. Kori Keropok Lekor Losong. Kedai ni terletak berhadapan dengan Muzium Negeri Terengganu. Sedap wei keropok lekor dia, laki aku beli keropok lekor frozen dengan keropok keping untuk buat stok kat rumah. Laki aku memang hantu keropok, tak kisah la apa jenis keropok pun, memang dia suka. Sebab tu dia onz je kot bila aku ajak 🤣
Masa aku sampai tu takda orang pun sebab masa kitaorng sampai tu pagi hari lagi. Tapi tengah laki aku dok pilih keropok tu tiba-tiba pulak ramai orang muncul. Dah lama pulak laki aku dok tunggu nak membayar. Yang lagi lama tunggu bila nak ambil keropok lekor yang dah siap goreng sebab ramai orang beli. Chembeng la jugak aku tengok muka laki aku sebab ada orang potong que ambil keropok lekor goreng dia 😅. Mungkin sebab ramai orang kot, yang menjual pun kelam kabut bagi order yang dah siap huhuhu….
Balik dari Kuala Terengganu tu macam biasa la kene singgah Penarik makan udang celup tepung di Pantai Rhu 10. Tapi gambar ni bukan kedai yang aku makan udang celup tepung tu, kedai yang aku makan tu berdepan dengan kedai yang dalam gambar ni 😅. Aku lupa nak ambil gambar kedai yang aku makan, ye la masa tu dah kenyang makan ingat nak balik je…. Masa sampai tengah kebuluran sangat ingat nak makan je 🤣.
Ni aku ambil gambar pun sebab aku rasa pantai tu nampak cantik, tapi aku malas nak jalan gi tepi pantai. So aku ambil dari jauh je la buat kenangan. Nama kedai yang aku makan udang celup tepung tu Hasnik Seri Menanti Rhu 10. Udang celup tepung dia memang terbaik, udang fresh dan manis. Lagi satu coconut shake dia pun best. Last aku makan kat sini sebelum Covid-19 bermula. Memang rindu sangat udang celup tepung dia. Dah masuk fasa endemik baru aku boleh singgah makan semula.
Jauh sungguh sesi pertama #jalanjalancarimakan kitaorng untuk tahun 2023 ni…. Sampai ke Terengganu ko…. Walaupun trip ni trip weekend je, tapi best la jugak sebab sepanjang jalan tu pemandangan cantik. Paling best jalan clear tak banyak kereta sebab bukan waktu cuti umum. Okey tab aku dah mintak nyawa, setakat ini je la celoteh aku untuk hari ini. Toodles. AKU.AIYU.ABU.
No comments:
Post a Comment