Thursday, September 29, 2022

Buku Nota Resipi Kesayangan


HELLO. Buku nota resipi ni aku mula buat catatan masa aku baru kahwin dulu. Al-maklum la masa tu tak berapa terer sangat memasak. Setakat nak masak nasi & lauk simple-simple tu bole la. Lepas aku kahwin dengan laki aku dulu, aku brenti kerja sebab follow laki aku kerja luar negara. Seminggu lepas nikah selesai je kenduri dua-dua belah, terus aku fly ikut laki aku. Jadi aku tak kerja la masa tu, ada la aku kerja partime sikit-sikit kalau ada offer. Tapi lepas kitaorg pindah duduk rumah yang dekat dengan site kerja laki aku, aku tak kerja dah sebab area tu macam jauh dari bandar. Ada jugak aku tolong mengasuh anak kawan aku, tapi tu pun tak lama sebab diaorg pun dah habis kontrak kerja & terus balik Malaysia for good. Jadi bila banyak masa terluang, kerja aku menonton rancangan masakan sambil menyalin resipi ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†… Banyak salin resipi tapi banyak jugak yang aku tak pernah cuba masak langsung pun๐Ÿ˜œ Kalau belek buku nota ni, memang aku je yang paham apa yang di tulis dalam tu. Banyak jugak muka surat yang kena pangkah sebab hasil eksperimen memasak aku tak jadi. Kalau tengok buku nota ni dah lunyai sebab memang aku guna sampai sekarang. Jadi sebelum jadi pape kat buku nota ni, aku mula digitalkan mana resipi yang aku masak tu menjadi. Aku taip semua resipi yang menjadi simpan dalam iPad aku, siap aku backup dekat iCloud. Senang kalau jadi pape takde la hilang resipi-resipi yang aku suka tu. Aku buat slow-slow bila ada kelapangan. Sambil menyalin resipi tu, terkenang la pengalaman-pengalaman yang mendewasakan diri lepas aku kahwin dulu. Senyum aku sorang-sorang bila teringat memori baru lepas kahwin dulu. Dah la duduk dekat negara asing, jauh pulak dari keluarga. Tapi pengalaman tu la yang menjadikan aku & laki aku lebih dewasa. Laki aku suka makan karipap, bersungguh betul aku belajar buat karipap sampai jadi. Belajar sendiri je hokey, hasil carian resipi dekat google. Ye la duduk negara orang, bukan ada gerai tepi jalan yang jual karipap. Nak makan kena la masak sendiri, gigih sungguh aku dok kelim karipap sorang-sorang๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Tapi puas hati bila tengok laki beria makan & puji sedap. Okey aku dah mengantuk, rajin pulak aku menaip blog malam-malam buta dua hari ni. Konsisten jugak berblog bulan ni, harap dah tak bersawang blog aku lepas ni๐Ÿ˜ Good nite, jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.

No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...