HELLO. Lambat pulak aku bersiaran hari ni. Padahal takde la sibuk pun, melepak dengan kucing-kucing aku je. Hari ni aku nak kongsi cara aku simpan stok sayur. Lepas zaman pendamik ni, dah jadi tabiat aku dengan laki aku gi beli groceries sebulan skali je. Untuk ayam, ikan & daging memang takde masalah la kita simpan dalam pembeku untuk tahan sebulan. Tapi untuk sayur-sayur memang takkan tahan lama kan. Paling lama pun dua minggu, pastu dah start rosak 😓. Sayur-sayur selalu aku akan beli dua jenis, sayur berdaun & sayur tak berdaun. Untuk dua minggu pertama aku akan fokus habiskan sayur berdaun yang jenis cepat rosak. Kemudian dua minggu seterusnya, aku masak la guna sayur-sayur yang aku simpan sejuk beku. Sayur-sayur yang aku simpan kat freezer adalah dr jenis tak berdaun macam kekacang, lobak merah, kobis bunga, broccoli, capsicum dan yang sewaktu dengannya 😁. Sebelum aku simpan, aku akan proses dulu semua sayur-sayur ni dengan tujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan penyediaan masakan aku.
Balik je dari supermarket selalunya aku terus kemas barang-barang yang dibeli. Tapi kalau aku tak larat, aku sumbat je semua dulu dalam esbok. Esok lusa tu bila free aku mula la proses semua sayur-sayur yang aku nak bekukan tu. Untuk memastikan kesegaran sayur-sayur ni, aku akan proses secepat mungkin lepas balik dari shopping barang dapor. Sayur pun aku akan pilih yang segar je, kalau time aku nak beli tu aku tengok sayur tu stok lama aku takkan ambil. Kalau desprate sangat pun, aku akan ambil sikit untuk masak terus tapi bukan untuk simpan beku.
Nampak renyah dan makan masa untuk siapkan kerja potong memotong sayur ni. Tapi bagi aku berbaloi je, sebab bila time aku nak masak tak payah nak kelut basuh potong sayur dah. Campak je terus dalam masakan tu, tak perlu nak defrost. Jimat masa aku kat dapor 😁. Aku suka bekukan sayur-sayur ni sebab aku boleh simpan lama. Bukan takat sebulan, dua bulan pun elok lagi. Jadi takde la sayur-sayur aku terbuang kalau rosak sebab lambat guna. Dari segi rasa, bagi aku okey je takde masalah la ditekak aku. Laki aku pun takde pernah komplen pape pun dari segi rasa. Orang lain aku tak tau la, lain lidah lain deria rasa.
Tips untuk pastikan sayur-sayur tak tergumpal beku adalah, keesokan harinya korang ramas sikit bagi dia relai. Macam aku simpan dalam beg plastik, aku ramas plastik tu jela. Kalau aku simpan dalam bekas, aku goncang je bekas tu sikit sayur dalam bekas tu relai la. Setakat pengalaman aku, lepas ramas tu sayur tu kekal relai dan bergumpal pun sikit-sikit je.Okey mata aku dah mengantuk, aku nak masuk beradu dulu ye…. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.
No comments:
Post a Comment