HELLO. Pagi ni laki aku bangun dengan penuh ceria sebab dia tau dia tak payah pergi kerjaππππ So xde MONDAY BLUES pagi ni hehehe…. Kalau tak pagi Isnin mesti menung bila bangun sebab tak puas rehat katanya huhuhu…. Pagi ni celik je mata terus offer untuk pergi tapau breakfast dekat gerai kegemaran kitaorg. Yesss… pagi ni tak payah masak, just bancuh air je. Korang bercuti kat mana minggu ni? Ke sama macam aku lepak kat rumah je hehehe…. Dok rumah pun ok je, boleh rehat-rehat layan Netflix. Badan pun tak penat driving, jalan-jalan bagai π. Laki aku biasa la, makan tido makan tido…. Merehatkan badan dia yang penat bekerja huhuhu…. Takpe bagi chance dia rehat puas-puas, bukan selalu dia dapat long wikend untuk rehat macam ni. Tambah pulak workload dia banyak sekarang, asyik kena OT pastu pergi balik kerja pulak naik motorsikal dalam musim monsun….. Asyik kene kena hujan je la huhuhuhu…… Kesian dia, jadi aku biar je dia tidur puas-puas π. Aku macam biasa la, takde beza pun wikend dengan wikdays. Masak kemas rumah layan kucing tu je la kerja aku hehehehe…. Takde penat mana pun. Kucing aku dua ekor ni pun sama macam tuan dia, makan tido main tu je la kerja diaorg hahahaha. Aku rasa 70% masa kucing-kucing aku ni tido je la…. Untung jadi kucing π. Okay dah nak tengah hari, aku nak gi masak lunch & dinner. Kalau laki aku ada kat rumah aku masak skali harung je lunch & dinner. Tapi kalau hari laki aku kerja, aku masak petang sebelum laki aku balik. Lunch aku makan biasa-biasa je, sebab aku sorang. Kadang tak masak lunch pun kalau aku makan breakfast berat. Skali skala kalau teringin aku masak la lunch lauk yang laki aku tak suka tapi aku suka hehehehe…. Semuanya bergantung pada mood & napsu makan aku π. Bila laki aku ada rumah aku masak je la lauk yang dia nak. Aku ni jenis tak memilih makan, semua aku bedal. Jadi takde masalah untuk aku makan ikut selera laki aku hihihi…. Sekian membebel, aku nak gi bersilat kat dapur. Toodles. AKU AIYU ABU.
![]() |
Kucing aku Chumi; dah penat merathon satu rumah baru boleh tido. Bukan setakat lari kat lantai, kat dinding pun dia boleh berlari π |
No comments:
Post a Comment