HELLO. Lebih seminggu aku menyepi….. kali ni aku menyepi bukan disebabkan malas, tapi menyepi untuk membantu laki aku menguruskan urusan keluarga dia. Post terakhir aku hari Isnin minggu lepas, tak sampai dua jam aku selesai mengarang blog, kami terima panggilan dari kakak laki aku mengatakan ibu diaorg baru sahaja pergi meninggalkan diaorg buat selama-lamanya. Satu pemergian yang sangat tak dijangka, kerana yang sakit terlantar adalah ayah mertua. Memang aku dengan laki aku terkejut terkedu masa tu. Sampai ke hari ni aku macam masih tak percaya yang ibu mertua aku dah meninggalkan kami semua. Walaupun dia ibu mertua, tapi bagi aku dia tetap seorang ibu. Ibu yang sangat menyayangi anak-anak dia. Seorang isteri yang setia menguruskan suami yang uzur walaupun dia sendiri pun sudah tua. Di hari-hari terakhir hayat dia masih setia menguruskan makan minum seorang suami yang uzur. Arwah pergi dengan sangat mudah, tanpa sebarang kesakitan seakan lena dalam tidur yang panjang. Segala urusan pemergian arwah berjalan dengan sangat mudah, cepat dan lancar diuruskan oleh anak-anak, cucu-cucu, sanak saudara dan jiran tetangga yang terdekat. Pemergian arwah sangat ditangisi ramai, terutamanya suami dan anak-anak arwah. Damailah wahai Bidadari, kami yang ditinggalkan akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di taman syurga.
“Ya Allah berilah keampunan kepadanya dan rahmatilah dia, berilah kesejahteraan kepadanya dan maafkanlah dia, terimalah dia dengan penuh kemuliaan, luaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air batu, bersihkan dia dari segala kotoran sepertimana dibersihkan baju putih dari segala kotoran. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya sekarang, pasangan yang lebih baik dari pasangannya sekarang, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia dari azab kubur dan dari azab neraka.”
Amin. aku aiyu abu.
No comments:
Post a Comment