Friday, October 7, 2022

Long Weekend

 HELLO. Isnin minggu depan cuti, jadi hujung minggu ni panjang la sikit. Esok pantai mesti penuh sebab orang datang bercuti 😁. Harapnya cuaca pun cantik la, kalau tak kesian kalau orang datang jauh-jauh tapi asyik hujan je…… tak dapat la lepak pantai. Tapi takpe, kalau tak dapat menikmati pemandangan, nikmatilah makanan yang sedap kat Penang ni. Sini syurga makanan, semua ceruk ada tempat makan sedap hehehe….Aku tak tau la apa program laki aku minggu ni, mungkin lepak tido je kot sebab dia asyik dok balik lambat je minggu ni, pastu hampir setiap hari balik basah kuyup sebab kena hujan. Asyik dok mengadu badan lenguh-lenguh je. Tapi dia dok sebut jugak nak makan nasi kandar dengan kari kepala ikan hehehehe…. Harap jadi la, dapat la aku cuti memasak 😝. Biasa la, suri rumah ni mana pernah cuti, aktiviti aku berjalan seperti biasa walaupun hujung minggu atau pun cuti umum. Sekali sekala tak payah masak tu dah kira macam cuti la bagi aku. Aku dapat betul-betul cuti kalau kitaorg pergi holiday. Tu memang masyuk la untuk aku, sebab time tu memang betul-betul bole makan tido je hehehehe…. Laki aku kalau pergi holiday, dia bukan bawak pergi merayap pun. Memang kitaorg akan lepak hotel je, kalau keluar pun untuk jalan-jalan cari makan. Kalau nak meronda tu memang tak la, kalau nasib baik bawak ronda pun kejap je. Sekadar melayan permintaan aku untuk cuci mata tengok tempat  rekreasi, tapi sekadar sampai - tengok - dah jom balik 😆😆😆😆😆. Kalau bole turun kereta pun xpayah. Tapi aku xde hal pun, dapat membuta kat hotel pun dah cukup heaven. Tak perlu risau nak masak kemas bagai. Tu dah kira best sangat dah untuk seorang suri rumah. Walaupun kitaorg tak pergi bercuti weekend ni, harap laki aku blanja makan sedap-sedap. Kurang la sikit aku masuk dapur hehehehe….. Selamat bercuti & have a nice weekend uollz. Toodles. AKU AIYU ABU.

No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...