Friday, September 30, 2022

One Year Living In Penang Island

 HELLO. Semalam genaplah setahun aku berhijrah ke Pulau Pinang. Setahun yang lalu, aku dengan berat hati ikut laki aku pindah ke sini. Ye la mana tak sedih wei, masa tu kitaorg baru dua tahun duduk rumah sendiri. Aku baru je lepas keluarkan semua barang dari kotak… ye aku ambil masa dua tahun unpack semua barang-barang aku lepas pindah 😅😅😅 Memang aku unpack barang slow-slow la sebab aku ingat rumah tu will be my forever home. Eh eh ehhhhh… tiba-tiba aku laki aku balik rumah cakap dia dapat job offer kerja kat Penang. Hangin aku wei….. dah la aku baru lepas buang semua kotak-kotak pindah rumah. Dah satu kerja pulak nak kemas barang balik, kene cari kotak ke bagai😑. Memang down la jugak masa tu, packing barang pun macam tak iklas je. Penyudahnya laki aku la kemas semua barang-barang lepas dia dah resign. Bukan aku tak tau dia interview kerja kat Penang ni, sebab dia VC interview tu kat rumah. Masa tu masih PKP, tak sangka pulak dia dapat job offer tu. Aku sebagai isteri yang soleheh, follow la jugak laki aku pindah sini walaupun berat hati. Nak PJJ pun no point, sebab aku bukan kerja pun. Tapi laki aku pandai la jugak dia pujuk aku, dia cakap anggap la macam kita long vacation kat pulau. Pastu dia cari rumah pun dekat dengan pantai, sebab nak bagi fefiling vacation tu 😆😆😆😆 But I got to give it to him, the only reason aku ikut dia masa tu sebab aku fell in love dengan view rumah sewa yang dia pilih ni. Masa nak cari rumah ni pun laki aku datang sorang je, sebab balai bagi kebenaran sorang je untuk rentas negeri. Masa tu kan PKP lagi, masih tak boleh nak rentas negeri sesuka hati. Jadi laki aku datang sorang je la untuk jumpa ejen tengok option rumah  untuk disewa. Bila laki aku send video view dari balkoni rumah ni, hati aku cair jugak la. To tell the truth, walaupun dah setahun aku still happy to wakeup to this view setiap pagi. I love the ocean, love green hills, love the big blue sky 😍😍😍. The view never bored me. The colour of sky always changing especially during sunset. Nak kata aku area or apartmen yang aku duduk ni best, tak jugak. Apartmen aku ni  bising je selalu…… But this view is my soft spot for Penang Island. In the future, bila aku pindah balik rumah sendiri this view will be one of my best memories living in Penang Island. Setakat ni je lah bebelan aku untuk hari ni. FIY, walaupun dah setahun pindah banyak lagi kotak yang aku tak buka. Biar je la, nanti nak pindah balik xde la kitaorg teruk nak mengemas 😝. Toodles. AKU AIYU ABU.



No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...