HELLO. Semalam genaplah setahun aku berhijrah ke Pulau Pinang. Setahun yang lalu, aku dengan berat hati ikut laki aku pindah ke sini. Ye la mana tak sedih wei, masa tu kitaorg baru dua tahun duduk rumah sendiri. Aku baru je lepas keluarkan semua barang dari kotak… ye aku ambil masa dua tahun unpack semua barang-barang aku lepas pindah π π π Memang aku unpack barang slow-slow la sebab aku ingat rumah tu will be my forever home. Eh eh ehhhhh… tiba-tiba aku laki aku balik rumah cakap dia dapat job offer kerja kat Penang. Hangin aku wei….. dah la aku baru lepas buang semua kotak-kotak pindah rumah. Dah satu kerja pulak nak kemas barang balik, kene cari kotak ke bagaiπ. Memang down la jugak masa tu, packing barang pun macam tak iklas je. Penyudahnya laki aku la kemas semua barang-barang lepas dia dah resign. Bukan aku tak tau dia interview kerja kat Penang ni, sebab dia VC interview tu kat rumah. Masa tu masih PKP, tak sangka pulak dia dapat job offer tu. Aku sebagai isteri yang soleheh, follow la jugak laki aku pindah sini walaupun berat hati. Nak PJJ pun no point, sebab aku bukan kerja pun. Tapi laki aku pandai la jugak dia pujuk aku, dia cakap anggap la macam kita long vacation kat pulau. Pastu dia cari rumah pun dekat dengan pantai, sebab nak bagi fefiling vacation tu ππππ But I got to give it to him, the only reason aku ikut dia masa tu sebab aku fell in love dengan view rumah sewa yang dia pilih ni. Masa nak cari rumah ni pun laki aku datang sorang je, sebab balai bagi kebenaran sorang je untuk rentas negeri. Masa tu kan PKP lagi, masih tak boleh nak rentas negeri sesuka hati. Jadi laki aku datang sorang je la untuk jumpa ejen tengok option rumah untuk disewa. Bila laki aku send video view dari balkoni rumah ni, hati aku cair jugak la. To tell the truth, walaupun dah setahun aku still happy to wakeup to this view setiap pagi. I love the ocean, love green hills, love the big blue sky πππ. The view never bored me. The colour of sky always changing especially during sunset. Nak kata aku area or apartmen yang aku duduk ni best, tak jugak. Apartmen aku ni bising je selalu…… But this view is my soft spot for Penang Island. In the future, bila aku pindah balik rumah sendiri this view will be one of my best memories living in Penang Island. Setakat ni je lah bebelan aku untuk hari ni. FIY, walaupun dah setahun pindah banyak lagi kotak yang aku tak buka. Biar je la, nanti nak pindah balik xde la kitaorg teruk nak mengemas π. Toodles. AKU AIYU ABU.
Friday, September 30, 2022
Thursday, September 29, 2022
Buku Nota Resipi Kesayangan
Wednesday, September 28, 2022
Cara Menyimpan Sayur Secara Sejuk Beku
HELLO. Lambat pulak aku bersiaran hari ni. Padahal takde la sibuk pun, melepak dengan kucing-kucing aku je. Hari ni aku nak kongsi cara aku simpan stok sayur. Lepas zaman pendamik ni, dah jadi tabiat aku dengan laki aku gi beli groceries sebulan skali je. Untuk ayam, ikan & daging memang takde masalah la kita simpan dalam pembeku untuk tahan sebulan. Tapi untuk sayur-sayur memang takkan tahan lama kan. Paling lama pun dua minggu, pastu dah start rosak π. Sayur-sayur selalu aku akan beli dua jenis, sayur berdaun & sayur tak berdaun. Untuk dua minggu pertama aku akan fokus habiskan sayur berdaun yang jenis cepat rosak. Kemudian dua minggu seterusnya, aku masak la guna sayur-sayur yang aku simpan sejuk beku. Sayur-sayur yang aku simpan kat freezer adalah dr jenis tak berdaun macam kekacang, lobak merah, kobis bunga, broccoli, capsicum dan yang sewaktu dengannya π. Sebelum aku simpan, aku akan proses dulu semua sayur-sayur ni dengan tujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan penyediaan masakan aku.
Balik je dari supermarket selalunya aku terus kemas barang-barang yang dibeli. Tapi kalau aku tak larat, aku sumbat je semua dulu dalam esbok. Esok lusa tu bila free aku mula la proses semua sayur-sayur yang aku nak bekukan tu. Untuk memastikan kesegaran sayur-sayur ni, aku akan proses secepat mungkin lepas balik dari shopping barang dapor. Sayur pun aku akan pilih yang segar je, kalau time aku nak beli tu aku tengok sayur tu stok lama aku takkan ambil. Kalau desprate sangat pun, aku akan ambil sikit untuk masak terus tapi bukan untuk simpan beku.
Nampak renyah dan makan masa untuk siapkan kerja potong memotong sayur ni. Tapi bagi aku berbaloi je, sebab bila time aku nak masak tak payah nak kelut basuh potong sayur dah. Campak je terus dalam masakan tu, tak perlu nak defrost. Jimat masa aku kat dapor π. Aku suka bekukan sayur-sayur ni sebab aku boleh simpan lama. Bukan takat sebulan, dua bulan pun elok lagi. Jadi takde la sayur-sayur aku terbuang kalau rosak sebab lambat guna. Dari segi rasa, bagi aku okey je takde masalah la ditekak aku. Laki aku pun takde pernah komplen pape pun dari segi rasa. Orang lain aku tak tau la, lain lidah lain deria rasa.
Tips untuk pastikan sayur-sayur tak tergumpal beku adalah, keesokan harinya korang ramas sikit bagi dia relai. Macam aku simpan dalam beg plastik, aku ramas plastik tu jela. Kalau aku simpan dalam bekas, aku goncang je bekas tu sikit sayur dalam bekas tu relai la. Setakat pengalaman aku, lepas ramas tu sayur tu kekal relai dan bergumpal pun sikit-sikit je.Okey mata aku dah mengantuk, aku nak masuk beradu dulu ye…. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.
Tuesday, September 27, 2022
CHARGING
Monday, September 26, 2022
Cendol Songkok Tinggi, Kg. Jiboi Negeri Sembilan
HELLO. Hujung minggu ritu aku balik kampung laki aku ziarah parents dia, dan kebetulan laki aku pun ada jemput kenduri. Nasib baik la bukan musim cuti sekolah, maka perjalanan balik kampung tu lancar & takde kesesakan lalu lintas. Laki aku pun happy je memecut kereta sambil berangan dia bawak felali πππ Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik kampung, walaupun hakikatnya kaki aku ni dok asyik tekan imaginary break π Kitaorg ni kalau takde halangan pape, sebulan sekali memang akan balik kampung laki aku tu. Sebabnya laki aku nak uruskan beli barang dapur untuk mak mertua aku. Tapi kalau kitaorg tak dapat balik ada je adik beradik dia yang lain tolong belikan, cuma selalunya laki aku la yang uruskan. Laki aku ni kalau balik kampung dia, memang tak sah la kalau tak mencari cendol. Boleh kata laki aku dan cendol berpisah tiada, memang makanan peberet dia. Hari-hari bedal cendol wei, selagi tak balik Penang. Balik hari tu kitaorg pergi makan dekat Cendol Songkok Tinggi di Kampung Jiboi.
Kebetulan balik hari tu panas lit lit… memang masyuk la masing-masing mentekedarah cendol. Aku memang peberet cendol pulut. Cendol Songkok Tinggi ni antara spot cendol yang glamor la jugak di Negeri Sembilan. Rasa dia memang kene dengan tekak aku sebab tak terlalu manis & santan dia tak de la pekat sangat. Dari segi harga memang mampu milik, semangkuk masih lagi RM 2 kalau tak silap aku. Lupa sebab bukan aku yang bayarπ.
Dari pagi ke petang memang sentiasa penuh je gerai cendol ni. Memang orang suka lepak dekat situ, sebab tempat dia redup bawah pokok-pokok dalam suasana kampung. Memang best la spot dia, siap ada live music tau.
Selain dari pelbagai hidangan cendol, miuman & makanan lain pun ada. Cuma cendol tu specialty diaorg la. Aku dengan laki aku ni mana pergi memang kerja makan je la π. Sebab tu la kitaorg laki bini tak pernah kurus. Memang hobi kitaorng agaknya. Okay la, setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Dah nak pukul 6, aku nak kene masuk dapur dah. Laki balik kerja jap lagi nak MAKAN π. Toodles. AKU AIYU ABU .
Friday, September 23, 2022
‘Lift Is Sweet’
Thursday, September 22, 2022
Ohhhh Angan Angan….
D.I.Y Rak Topi Keledar
HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...

-
HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...
-
HELLO. Aku bersuamikan seorang yang suka makan, jadi kalau ada tempat makan viral mesti laki aku ajak untuk cuba. Dia memang rajin Google t...
-
HELLO. Monday blues sungguh aku hari ni. Dah nak pukul 5 baru sibuk nak taip post hahahahaaaaa….. suri rumah tangga pun boleh monday blues ...