Thursday, September 22, 2022

Ohhhh Angan Angan….

HELLO. Sedar tak sedar dah nak masuk setahun aku bermastautin di Pulau Pinang ni. Cepat sangat masa berlalu. Blog ni pulak dah enam bulan aku tak jenguk langsung πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜……. Konon nya sebelum ni payah sebab laptop dah nak kapoot, tapi dah dapat gajet baru pun sama jugak…. Harom kelaut jugak, berangan je lebih aku ni. Tak tahu la kenapa, tapi asyik kelaut je mood aku ni sejak dua menjak ni. Nak kata sibuk sangat, tak punnnn…. Lapang je masa aku sehari-hari. Keluar rumah pun jarang sangat sekarang. Nak kemana-mana pun aku rasa jauh je…. Laki aku ajak keluar pun aku malas. Tah la…. Nak kata aku tak suka duduk Penang ni, tak jugak. Aku suka je duduk Penang ni sebab banyak tempat makan best. Tapi lately aku asyik teringat rumah aku kat Sungai Buloh tu je. Rumah sendiri kan, mana tak rindu. Tapi aku rasa, buat aku lagi rindu sebab kedai-kedai yang aku suka semua dekat je. Nak beli barang dapur dekat, nak beli barang baking dekat, nak beli barang menjahit dekat….Ehhhhhh…. Semua dekat la. Duduk Penang ni, semua kedai tu jauh-jauh 😩😩😩…. Memang ke laut la mood aku bila nak buat something, tapi barang takde sebab kalau nak keluar jauh sangat aku nak kene drive. Maka penyudahnya aku duduk diam-diam kat rumah tengok Netflix dengan belek tab je la.



Kononnya beli tab untuk senang nak blogging, tapi penyudahnya blog pun dah enam bulan aku bior berabuk…  Aku siap beli  cover satu set dengan keyboard mouse, konon senang nak menaip blog. Tapi harom sunyi sepi jugak blog aku ni. Nasib baik la aku beli iPad yang paling murah, set cover tu pun aku beli yang China je…. Tak ambil keyboard Apple pun, sebab keyboard original tu saja dah harga aku boleh beli handphone seketoi πŸ˜…. Setakat aku seorang suri rumah, yang chikai-chikai pun dah cukup. Aku pilih beli tab dari beli laptop baru sebab aku rasa aku dah takde keperluan sangat untuk pakai laptop, sebab aku pun dah tak kerja. Kalau ada keperluan nak pakai laptop, aku pinjam je laki aku punya. Dulu-dulu dia selalu pinjam laptop aku, now giliran aku la pulak. Dia ada beli laptop baru masa zaman work from home dulu. Sekarang laptop dia pun dah naik habuk 😜. 

Bagi aku pakai tab ni senang, ringan nak dibawak kemana-mana. Lagi satu aktiviti mem-browsing internet  & socMed sedap sikit sebab skrin besauπŸ˜†. Biasa la wei…. Bila umor dah makin lanjut ni dapat tengok skrin besau rasa selesa la sikit. Handpone aku tu guna buat call & whatsApp je…. Lagi pun semua Apps dekat Phone aku tu dah tak boleh update dah sebab Phone dah nak masuk enam tahun….. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Jangan gelakkan aku wei, aku ni memang seorang yang setia. Aku memang jenis yang tak upgrade gajet selagi tak kapoot. Selagi boleh pakai aku akan pakai. Tab ni pun aku harap aku boleh pakai lama, sebab last iPad mini aku tu pun aku pakai dalam lima tahun jugak. Memang aku pakai sampai kapoot tak boleh nak on. Masa aku hantar aku nak repair, diaorg cakap kos dia mahal bole beli tab baru sebab waranty pun dah habis time tu. Aku pulak, memang pakai lasak sebab tab aku selalu jatuh πŸ˜…. Salah aku la jugak, tapi kira okey la walaupun selalu jatuh tahan  lima tahun & skrin dia tak pernah rosak. Orang repair tu cakap motherboard aku dah rosak sebab tu tak boleh on. So aku decide untuk scrap je tapi aku tak beli pun tab lepas tu. Aku harap iPad baru ni boleh bertahan lama dan semoga aku rajin jugak update blog 😝. Ehh panjang pulak aku membebel. Semoga jumpa lagi di blog post seterusnya kalau aku mood aku tak ke laut dalam.AKU AIYU ABU.


No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...