HELLO. Hujung minggu lepas aku berpeluang ziarah keluarga ipar aku yang terkesan dengan banjir yang melanda bulan lepas. Nak terus pergi masa banjir tu, memang tak berpeluang la sebab suami aku kerja. Ye la...suami aku pun baru mula kerja dekat tempat baru, takkan la dia dah nak mintak EL. Memandangkan tahun baru jatuh pada hari sabtu, suami aku pun dapat la cuti isnin semalam. Sebab hujung minggu dapat cuti lebih sehari, maka kitaorg ambil peluang balik kampung kejap untuh ziarah ipar aku yang terkesan dengan banjir tu. Rumah ipar aku dekat Jelebu, Negeri Sembilan. Jelebu ni antara kawasan yang teruk dilanda banjir bulan lepas.



Sepanjang perjalan kitaorg ke rumah ipar aku. Walaupun banjir dah lama surut, tapi kesan-kesan tu masih dapat dilihat. Sepanjang jalan tu, mana tempat yang berlaku tanah runtuh semuanya dah dibersihkan. Ipar aku cakap, hari kejadian banjir tu mamang banyak tanah runtuh dan pokok tumbang sepanjang jalan. Sebab tu bantuan pun susah nak masuk sebab laluan tersekat. Sebenarnya banyak jugak aku tengok rumah rosak teruk sepanjang jalan tu, cuma aku tak ambil gambar. Kalau aku ambil pun tak nampak kot, sebab suami aku bawak kereta laju sangat 😅 Gambar-gambar yang aku sempat snap ni pun masa lalu Jalan Bukit Tangga, tak boleh nak laju-laju sangatkan. Jadi sempat la aku ambil gambar sikit.

Laluan masuk ke rumah ipar aku, banjir memang dah surut. tapi lumpur belum kering lagi. Jadi kitaorg parking dekat tepi jalan besar, tunggu ipar aku datang ambil dengan Hilux dia. Nasib baik, ipar aku pakai Hilux, kalau aku masuk dengan kereta kecik aku memang terkandas la dalam selut tu😅. Hari kejadian banjir tu, ipar aku takde dekat rumah. Jadi Hilux dia selamat la, tapi kereta dia yang lain memang tenggelam. Hari kejadian tu, yang tinggal kat rumah anak dia yang sulung dengan kawan dia. Memang kesian aku dengar cerita anak sedara aku tu. Dia dengan kawan dia terpaksa panjat duduk dalam siling rumah sebab air naik sampai leher dengan cepat sangat. Anak sedara aku tinggi lampai tau, kawan dia memang tenggelam terus sebab lagi rendah dari anak sedara aku. Nasib baik diaorg cerdik panjat grill pintu, kemudian pecahkan siling duduk atas dinding rumah. Dia kata air mula naik lebih kurang pukul 9 malam, pukul 3 pagi baru ipar aku dapat keluarkan anak sedara aku dan kawan dia dari rumah tu. Diaorg cakap arus air banjir memang deras sangat dekat area kampung diaorg tu. Bot bomba pun tah berapa kali terbalik, tu yang jadi proses menyelamatkan mangsa banjir area kampung diaorg tu perlahan. Yang anak sedara aku tu pun, ipar aku redah sendiri je dengan orang kampung. Lupa nak bagi tau, anak sedara aku dengan kawan dia tu perempuan, tengah sekolah menengah lagi. Kesian sungguh budak berdua tu, tekandas dalam banjir tanpa orang dewasa. Dah la rumah ipar aku tu jauh dengan jiran-jiran dia. Tanah keliling rumah dia tu belum ada rumah lain. Nasib baik zaman sekarang ada handphone, jadi masih boleh berhubung. Syukur sangat dia dengan kawan dia terselamat.

Hari aku sampai tu, ipar aku pun dah selesai bersihkan rumah dia. Diaorg tengah membakar perabut-perabut rumah yang hancur sebab lama terendam dalam air dan lumpur. Memang kesian sangat, katil almari baju, perabot banyak yang hancur. Mesin basuh memang rosak tak boleh pakai. Tapi dia kata, alhamdulillah ada yang bagi sumbangan duit jadi dapat ringankan beban diaorg. Bole la jugak dia beli mesin basuh baru. Paling dia kagum, peti sejuk dan tv dia tak rosak dan berfungsi elok lepas dibersihkan. Dia kata padahal peti sejuk tu siap terbaring dalam lumpur masa dia mula-mula balik rumah lepas air surut. Ipar aku tu baru je lepas decor shiplap dekat dinding rumah dia. Habis tanggal wei... kesian sangatðŸ˜. Pape pun diaorg memang bersyukur sebab diaorg sekeluarga selamat.

Selut keliling rumah diaorg memang belum kering lagi masa hari aku ziarah tu. Kawasan keliling rumah diaorg memang masih di kelilingi selut tebal. Dalam rumah, selut semua memang dah bersih. Dia kata ada yang datang gotong royong bantu bersihkan rumah selepas diaorg dibenarkan balik. Aku tengok muka kakak ipar aku pun penat sangat. Aku dengan suami aku pun bagi sumbangan apa yang termampu je.... Aku doakan semoga keluarga ipar aku sentiasa dilindungi dan dimudahkan semua urusan diaorang lepas ni. Semoga diaorg sentiasa dimurahkan rezeki, supaya diaorg boleh bangkit balik dan rumah diaorg kembali selesa untuk didiami lepas ni. Kakak ipar aku seorang yang pembersih dan rajin deco rumah. Rumah dia sentiasa bersih dan cantik. Jadi aku tak dapat bayangkan betapa sedih perasaan dia bila dia tengok rumah dia dipenuhi selut lepas air surut. Dia cakap dekat aku, terduduk jugak la dia masa first time balik rumah lepas air surut tuðŸ˜

Memang sedih jugak la aku tengok kawasan kampung ipar aku tu. Dia kata ramai orang kampung dia yang terkesan teruk, bukan setakat rumah tenggelam, ada yang segala harta benda hanyut dibawa arus air banjir. Aku doakan semoga dimudahkan semua urusan mangsa-mangsa banjir lepas ni. Aku bangga dengan rakyat Malaysia sepanjang bencana banjir yang tengah berlaku sekarang, ramai yang memberi sumbangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Bergotong-royong membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir. Semua berkerjasama membantu tanpa mengira bangsa. Semoga bencana banjir yang tengah melanda Malaysia sekarang ni tamat dengan cepat. Keadaan cuaca sekarang memang sukar diramal. Semoga semua bencana yang sedang melanda sekarang ni cepat pulih seperti sediakala. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.
No comments:
Post a Comment