Friday, January 7, 2022

REVIEW : Shampu Rambut L'orรฉal Paris Extraordinary Clay Untuk Rambut dan Kulit Kepala Berminyak

HELLO. Hari ni aku nak kongsi shampu rambut yang paling aku suka guna untuk cuci rambut. FYI, ni bukan paid review ye. Shampu Loreal Paris Extraordinary Clay ni memang antara produk kegemaran dalam rutin penjagaan diri aku. Bagi aku shampu ni memang best sangat bagi orang yang ada masalah kulit kepala dan rambut berminyak macam aku ni. Kat bilik air aku ada dua set atau dua jenama shampu. Tapi set shampu Loreal ni memang  set wajib yang perlu ada kat bilik air aku. Lagi satu set tu aku beli ikot mood aku la, sebab kadang-kadang aku nak pakai produk yang ada bau wangi๐Ÿ˜Set kedua aku ni selalu aku beli botol kecik-kecik je. Set Shampu Loreal ni dia takde bau yang kuat, tapi aku suka pakai sebab dia buat rambut aku rasa ringan dan kulit kepala aku rasa bersih๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Korang tahu la, kita duduk Malaysia ni cuaca sentiasa panas. Kulit kepala pun boleh berpeluh, tambah-tambah kalau terpaksa seharian bertudung kat tempat panas. UuuuuHaaaaiiiiii... Memang miang wei kepala tu asyik tergaru-garu je. Memang terasa la rambut dan kulit kepala ko berminyak lepas ko buka tudung tu๐Ÿ˜“. Aku kalau lepas buka tudung dapat shampu rambut guna shampu Loreal ni memang aku rasa lega sangat lepas cuci rambut tu. Shampu ni masa kau guna tengah cuci rambut tu, dia takde la rasa sejuk sangat ke hapa, tapi percaya la lepas tu memang ko akan rasa rambut ko ringan dan lembut. Kulit kepala pun rasa bersih dan yang paling penting rambut ko tak rasa kering๐Ÿ˜ Lepas aku mula pakai set Extraordinary Clay ni masalah kulit kepala dan rambut berminyak aku ni pun dah semakin terkawal. Dah takde la aku tergaru-garu kepala bila aku bertudung seharian. Rambut aku pun nampak ada volume, berbanding sebelum aku guna shampu ni rambut aku memang nampak terpenyek je๐Ÿ˜…. Bak kata omputeh 'light and bouncy' gituuuuu.....๐Ÿ˜„ Terus terang aku cakap, rambut aku memang nampak lebih bermaya, lembut dan beralun lepas aku pakai set shampu Loreal Extraordinary Clay ni.

Set ni ada 3 item; Shampoo, Conditioner dan Scalp Refresher. Aku tak pasti dia ada serum rambut ke tak dari set clay ni, sebab tak pernah jumpa serum rambut Loreal yang warna sama macam set ni.

Satu botol ni tahan agak lama jugak la untuk aku pakai sorang.

Yang ni memang dia tak tipu.... 3 hari tak cuci rambut pun xpe. Mungkin sebab ni la kot tahan lama, sebab ko tak perlu cuci rambut setiap hari. Cuci 3 hari skali pun takpa hihihihi..... Rambut dan kulit kepala aku memang kekal segar walaupun aku tak cuci rambut tiap-tiap hari sekarang๐Ÿ˜ Kalau aku keluar rumah seharian dengan cuaca panas berdenting, bila aku balik rumah buka tudung kulit kepala dan rambut aku aku xde la rasa berminyak pun. Padahal sebelum keluar tu aku tak cuci rambut pun. Dan aku dah takde tergaru-garu kepala bila aku pakai tudung tengah panas.

Mungkin cuaca Malaysia ni sama macam India, jadi sesuai la kita pakai kan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Botol kondisioner dia kecik sikit dari botol shampu. Yela... kondisioner kita pakai tak banyak sangat berbanding shampu

ohhh.... yesss.... memang rambut aku terasa segar๐Ÿ˜

Kondisioner ni ko tak perlu banyak pun.... sebesar duit syiling je. Aku selalunya shampu akan habis dulu dari kondisioner.


Scalp referesher ni takde la aku pakai setiap kali lepas cuci rambut. Hari-hari yang aku buat extra selfcare rutine je baru aku pakai.... hehehehe... Aku ni jenis tak pergi spa, tapi ada hari yang aku akan buat rutin penjagaan diri yang lebih sikit dari hari biasa.  Macam aku berspa sendiri kat rumah la๐Ÿ˜Masa aku mula-mula aku start guna set Extraordinary Clay ni pun aku tak beli pun scalp refresher ni. Bila aku rasa shampu dan kondisioner ni memang sesuai dengan aku baru aku beli scalp refresher ni. Untuk pengetahuan korang, scalp refresher ni tak semestinya ko pakai lepas cuci rambut je. Kalau korang tak cuci rambut pun, korang boleh je pakai terus. Contoh; ko keluar satu hari, balik rumah ko rasa kulit kepala dah rambut dah berminyak habis. Tapi bila nak cuci rambut, air takde pulak๐Ÿ˜“.... Jadi korang boleh je pakai scalp referesher ni terus tanpa cuci rambut terlebih dahulu untuk legakan renyam kat kepala korang tu ๐Ÿ˜

Aku tak pasti la betul ke tak menyejukkan kulit kepala sampai 7͒C, tapi bila kau sapu kat kulit kepala tu memang rasa sejuk nyaman๐Ÿ˜

Aku kalau travel kemana-mana atau balik kampung ke, aku selalu bawak scalp refresher tu je sebab botol dia takde la besar mana. Shampu dengan kondisioner aku tak pernah jumpa travel saiz, jadi aku tak bawak la sebab aku jenis light traveler tak suka bawak beg besar-besar๐Ÿ˜ Biasa la kalau balik kampung kan memang kebanyakan masa bertudung je kan... jadi kepala pun cepat berkuap. Agak-agak rasa tak selesa memang aku suka sapu scalp refresher ni... Lega rasa hehehehe.... Secara jujur memang aku suka set Loreal Paris Extraordinary Clay ni. Harga pun memang berpatutan, agak murah la bagi aku seorang #rakyatmarhean dan senang nak jumpa kat mana-mana. Kat platform online shopping pun ada jual. Aku memang suka pakai produk yang aku senang nak cari, set ni memang ada jual kat pasarraya dan farmasi macam Watson atau Guardian tu. 

Kebanyakan produk penjagaan diri aku dibeli kat pasarraya atau farmasi je dan harga pun murah-murah je. Aku ni jenis tak kisah mahal atau murah sesuatu produk tu, asalkan produk tu berkesan memang aku akan pakai. Tapi kebanyakan produk yang aku pakai memang harga mampu milik la, sebab aku ni bukan bekerja pun๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†Mana la mampu sangat nak pakai produk mahal-mahal. Murah tak semestinya tak berkualiti, yang penting bagi aku sesuai, berkesan dan tak memudaratkan diri ๐Ÿ˜. Jumpa lagi diblog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Thursday, January 6, 2022

Resipi Daging Masak Kicap Mudah

HELLO. Hari ni aku nak kongsi resipi daging masak kicap yang mudah je๐Ÿ˜ Orang pemalas macam aku ni kalau nak masak memang yang mudah-mudah je....  Al-kisah petang semalam lepas lunch hour suami aku dah whatsapp mintak masakkan dinner. Suami aku sekarang ni dia nak cuba turunkan berat badan, jadi dia memang cakap kat aku tak perlu masak dinner. Kalau aku nak masak untuk aku sorang takpe, dia memang plan tak nak makan malam. Jadi aku, kalau aku nak dinner aku akan makan awal sebelum dia sampai kat rumah. Kalau tak dia terliur tengok aku makan. Lepas tu, dia pun join makan sekali ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Suami aku malam-malam dia cuma nak minum jus buah. Aku ada mention dalam post sebelum ni pasal aku blender jus buah tiap-tiap hari. 

Tapi petang semalam, awal lagi dia cakap nak dinner sebab dia tak pergi lunch. Konon masa lunch hour tu dia masih kenyang, sebab aku ada sediakan bekal breakfast pagi semalam. Tapi belum pukul tiga petang dah kebuluran ๐Ÿ˜† Lawak betul la suami aku sorang ni.... Jadi aku tanye la dia nak makan apa, dia cakap nak lauk daging masak kicap. Masak kicap ni memang antara lauk kegemaran dia tak kisah ayam ke, ikan ke atau daging memang dia suka. Aku pun suka sebab nak masak pun senang. Masak kicap ni walaupun mudah, tapi ada macam-macam resipi. Ikot selera dan style dapor masing-masing.... Kat #daporkokak aku ni pun macam-macam style masak kicap yang aku buat. Kalau terlebih rajin dan banyak bahan aku masak la cara complicated sikit. Kalau malas, aku buat cara yang paling mudah ๐Ÿ˜ Meh aku kongsikan resipi mudah aku tu. Mudah untuk aku la, kalau korang masih rasa susah order je la kat kedai....

Bahan-bahan dia simple je:
- Kicap 
- Sos Tiram 
- Lada Hitam 
- Air Asam Jawa 
- Bawang Merah 
- Bawang Putih 
- Halia 
- Cili Api 
- Tomato 
- Kacang Buncis (optional; tak wajib)
- Daging 
- Minyak untuk menumis
- Kiub Pati Daging 
- Garam Gula Secukup Rasa

Siap sediakan semua bahan, senang nak campak dalam kuali.

Potong dan mayang semua bahan siap-siap, senang tengah masak tak kalut


Cara aku masak simple je.... Dah potong semua bahan-bahan, korang panaskan minyak dan tumis
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Halia
- Cili Api

Bahan tumis sebelum aku hiris,  aku masak sikit je untuk dua orang makan. Koarang pandai-pandai la agak-agak berapa banyak korang nak letak. Kalau korang nak tiru aku, korang  kira lah sendiri kat dalam gambar aku tu ye๐Ÿ˜œ

Tumis sampai naik bau. tak lama pun. Minyak tu aku guna dalam 3 sudu besar


Dah naik bau, aku masukkan kacang buncis. Boleh skip step ni kalau korang tak letak kacang ni. Aku letak sebab aku malas nak masak sayur, jadi aku humban je semua dalam satu kuali. Suami aku pun suka aku masak macam ni, sebab dia perlu cedok satu lauk je ๐Ÿ˜† Aku lagi suka sebab kurang la sikit pinggan mangkuk yang aku kena basuh.

Bila kacang buncis tu dah bertukar warna sikit aku, masukkan daging, garam sikit dengan lada hitam. Dalam botol lada hitam aku dah ada garam, jadi senang la keje aku. Kacau sekejap, bagi daging tu masak sikit.

Bila daging dah masak sikit, aku masukkan air dan kiub pati daging. Suami aku suka makan berkuah, jadi aku masukkan air lebih sikit. Kiub pati daging pulak aku letak sebab aku guna daging beku. Kalau aku guna daging segar, aku tak letak kiub pati ni sebab rasa daging segar memang sedap. Tapi kalau daging beku aku akan letak kiub pati daging ni, sebab bagi aku daging beku ni rasa dia macam tawar sikit. #rakyatmarhean macam aku ni mana la nak beli daging segar selalu.... mahal wei rege daging segar skarang ni. Yang beku ni pun tak selalu aku beli๐Ÿ˜…

Bila air dah mendidih macam ni aku masukkan kicap, sos tiram dan air asam jawa. Kicap tu tuang la sebanyak mana yang korang nak. Sos tiram tu aku letak  dalam dua  sudu besar. Asam jawa, aku guna dalam satu sudu teh dan aku bancuh dengan lebih kurang dua sudu besar  air. Semua ni aku  agak-agak je... sebab aku diajar memasak pun dengan cara agak-agak je ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Korang tau la, cara orang dolu-dolu semua dia suruh agak-agak je sukat. Yang  penting bahan-bahan untuk ko masak lauk tu ko tahu apa yang nak dihumban dalam  periuk tu ๐Ÿ˜…

Berkenaan air asam jawa pulak ade setengah orang, masak kicap tak taruk air asam jawa. Tapi aku suka letak air asam jawa ni bagi ada rasa masam manis sikit. Kalau takde asam jawa, aku perah limau nipis sikit. Kalau takde jugak limau nipis, aku letak cuka dalam satu sudu. Salah satu la mana yang ada, kalau semua jenis asam takde, tak letak pun xpe. Tetap jadi masak kicap. Cuma bagi aku kalau takde rasa asam, kurang kick la sikit. Tapi tetap boleh makan dengan penuh berselera. Jadi nak letak ke tak air asam jawa ni, ikot selera masing-masing la ye๐Ÿ˜

Bila daging dah masak elok, last sekali sebelum aku tutup api baru aku masukkan tomato. Masa ni la aku rasa sikit untuk pastikan garam, gula, kicap cukup ke tak. Macam aku masak ni aku dah tak letak gula, sebab dah cukup rasa manis dari kicap yang aku tuang masa awal-awal tadi. Garam pun aku tak letak, sebab dalam botol lada hitam aku tadi dah ada garam. Jadi masa aku kisar lada hitam dari botol aku tu, garam pun dah masuk sekali ๐Ÿ˜Š Lagi pun kiub pati daging dan sos tiram tu pun dah ada rasa masin. Apa-apapun rasa dulu sebelum tutup api. Kalu korang rasa dah cukup rasa tak perlu tambah apa-apa. Kalau kurang garam tambah la sikit lagi. Kalau kurang manis, boleh tambah kicap atau gula. Ikot selera manis korang.

Tadaaa...... dah masak. Elok je aku tutup api, suami aku pun tengah buka pintu grill ๐Ÿ˜ Walaupun aku tambah air, kuah dia tetap pekat. Suami aku ni memang kalau masak lauk dia pesan buat kuah lebih. Aku pulak jenis yang suka nasi kering, tak banyak kuah. Jadi aku letak air tu bagi tenggelam sama paras dengan daging tu je, bukan la banyak macam buat sup tu... hehehehee......

Simple je kan cara aku masak. Aku kat dapur dalam setengah jam je... Tu dah termasuk aku masak nasi, basuh bahan, potong- potong  semua bahan dan kemas dapur lepas masak. Dari mula menumis bawang semua tu, sampai ke daging masak dalam 15 minit kot. Daging tu aku potong nipis-nipis, jadi cepat la dia masak dan tak liat pun. Masak simple-simple macam ni pun suami aku makan bertambah๐Ÿ˜‹ Siap aku bekalkan nasi dan lauk kicap ni untuk dia pagi ni. Aku masak semalam pun memang aku dah bajet lebih untuk buat bekal makan tengah hari suami aku. Baki nasi dan lauk, aku buat nasi goreng untuk aku sarapan pagi tadi



Sarapan aku pagi tadi jadi nasi goreng daging kicap๐Ÿ˜Senang je, aku panaskan minyak sikit dalam sesudu kemudian masukkan nasi dan lauk kicap. Gaul rata, kemuadian aku tambah telur dengan kacang peas frozen sebab kacang buncis semalam dah habis. Banyak daging je.... Bila letak kacang peas, ada la nampak hijau sikit ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Gaul rata semua bahan dalam kuali tu...dah jadi hidangan lain untuk aku sarapan.... Senangkan aku masak.... Hehehehe.... Sesapa yang baru nak belajar memasak bolah la cuba resipi mudah aku ni. Aku ni bukan jenis manusia yang rajin sangat pun, jadi aku masak pun apa yang mudah je... Datang angin rajin aku, baru la aku masak resipi yang complicated sikit ๐Ÿ˜Aku harap bermanfaat lah ye ilmu memasak aku yang tak seberapa ni. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Wednesday, January 5, 2022

Mee Udang Sedap Port Weld, Kuala Sepetang

 HELLO. Hari ni aku nak kongsi gerai mee udang kegemaran aku. Balik dari ziarah keluarga ipar hari tu, aku dan suami singgah la Port Weld, Kuala Sepetang, Perak pekena mee udang dulu kan sebelum balik Penang. Alang-alang dah lalu singgah la sebab on the way je kan. Tapi kalau suami aku teragak nak makan, sanggup je dia drive dari Penang  ke Kuala Sepetang tu semata nak makan mee udang tu๐Ÿ˜… Dia ride naik motor ramai-ramai dengan budak office dia pun pernah. Nak makan mee udang punya pasal ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Aku rasa dalam banyak-banyak gerai mee udang yang aku dah pergi, gerai ni la paling kene rasa dengan tekak aku๐Ÿ˜ Kedai ni tak famous pun, dan lokasi dia pun agak tersorok. Meh aku jamu gambar mee udang kat korang. Yang aku order ni Mee Rebus Udang Special. Harga dia RM15 sepinggan. Tapi bagi aku berbaloi sangat. Sendat perut aku makan sepinggan ni ๐Ÿ˜ Lagi satu, kopi ais dia thorbaiiiik gaisss....  Mee goreng dia pun sedap jugak.


Tengok gambar ni je dah meleleh air liur aku wei.... teringat kesedapan rasa mee udang ni. Macam nak pergi balik besok pekena lagi sepinggan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Aku lupa pulak nak ambil gambar kedai ni... Al-maklum la... aku sampai dah lepas pukul dua, perut pun dah keroncong kelaparan. Ingat nak makan je.... Ni pun nasib baik ada lagi mee udang nye... Kalau nasib tak baik memang melepas la. Mungkin sebab aku pergi hari isnin, jadi lambat la sikit habisnye. Kalau hari minggu memang cepat habis. Kalau korang gi cuti-cuti Taiping, dan terasa nak makan mee udang lajak la ke Port Weld, Kuala Sepetang makan mee udang ni. Selain dari makan mee udang, kat Port Weld ni korang boleh shopping ikan bilis. Harga memang murah dari kat pasar raya dan ikan bilis dia memang berkualiti sangat. Selain daripada tu, ada jugak perkhidmatan river cruise. Aku kurang pasti harga untuk naik bot tu berapa, sebab tak pernah naik. Aku pergi Port Weld tu memang untuk makan mee udang semata je๐Ÿ˜œ

Kalau korang nak cuba mee udang ni korang google je Salleh Stall Mee Udang Port Weld. Kedai ni papan tanda dia dah takde ๐Ÿ˜… Tapi gerai mee udang ni memang satu ni je dekat dalam kawasan Port Weld ni. Kedai dia bertentangan dengan 99 Speedmart, Port Weld. Kedai mee udang yang lain semua banyak dekat jalan besar Kuala Sepetang. Sebab tu dia kurang famous kot, sebab kedudukan dia tersorok. Aku tau pasal kedai ni pun sebab aku ada ipar yang duduk kat Perak. Memang sedap dan kena dengan selera tekak aku la.


Ni link untuk google maps

Kalau suami aku ajak pergi makan mee udang dekat kedai ni lagi, aku buat proper review. Isnin hari tu, suami aku pun dah penat. Memang lencong masuk tol Taiping semata nak lunch kat sini. Pastu nak cepat-cepat balik sebab dia nak rehat, esoknya nak kena kerja dah. Rindu kucing-kucing kitaorg pun satu hal jugak๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Tu nak cepat-cepat balik. Ada peluang aku review balik gerai mee udang ni, ambil gambar lebih sikit ๐Ÿ˜. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...