Friday, January 7, 2022

REVIEW : Shampu Rambut L'oréal Paris Extraordinary Clay Untuk Rambut dan Kulit Kepala Berminyak

HELLO. Hari ni aku nak kongsi shampu rambut yang paling aku suka guna untuk cuci rambut. FYI, ni bukan paid review ye. Shampu Loreal Paris Extraordinary Clay ni memang antara produk kegemaran dalam rutin penjagaan diri aku. Bagi aku shampu ni memang best sangat bagi orang yang ada masalah kulit kepala dan rambut berminyak macam aku ni. Kat bilik air aku ada dua set atau dua jenama shampu. Tapi set shampu Loreal ni memang  set wajib yang perlu ada kat bilik air aku. Lagi satu set tu aku beli ikot mood aku la, sebab kadang-kadang aku nak pakai produk yang ada bau wangi😁Set kedua aku ni selalu aku beli botol kecik-kecik je. Set Shampu Loreal ni dia takde bau yang kuat, tapi aku suka pakai sebab dia buat rambut aku rasa ringan dan kulit kepala aku rasa bersih😍😍😍😍

Korang tahu la, kita duduk Malaysia ni cuaca sentiasa panas. Kulit kepala pun boleh berpeluh, tambah-tambah kalau terpaksa seharian bertudung kat tempat panas. UuuuuHaaaaiiiiii... Memang miang wei kepala tu asyik tergaru-garu je. Memang terasa la rambut dan kulit kepala ko berminyak lepas ko buka tudung tu😓. Aku kalau lepas buka tudung dapat shampu rambut guna shampu Loreal ni memang aku rasa lega sangat lepas cuci rambut tu. Shampu ni masa kau guna tengah cuci rambut tu, dia takde la rasa sejuk sangat ke hapa, tapi percaya la lepas tu memang ko akan rasa rambut ko ringan dan lembut. Kulit kepala pun rasa bersih dan yang paling penting rambut ko tak rasa kering😁 Lepas aku mula pakai set Extraordinary Clay ni masalah kulit kepala dan rambut berminyak aku ni pun dah semakin terkawal. Dah takde la aku tergaru-garu kepala bila aku bertudung seharian. Rambut aku pun nampak ada volume, berbanding sebelum aku guna shampu ni rambut aku memang nampak terpenyek je😅. Bak kata omputeh 'light and bouncy' gituuuuu.....😄 Terus terang aku cakap, rambut aku memang nampak lebih bermaya, lembut dan beralun lepas aku pakai set shampu Loreal Extraordinary Clay ni.

Set ni ada 3 item; Shampoo, Conditioner dan Scalp Refresher. Aku tak pasti dia ada serum rambut ke tak dari set clay ni, sebab tak pernah jumpa serum rambut Loreal yang warna sama macam set ni.

Satu botol ni tahan agak lama jugak la untuk aku pakai sorang.

Yang ni memang dia tak tipu.... 3 hari tak cuci rambut pun xpe. Mungkin sebab ni la kot tahan lama, sebab ko tak perlu cuci rambut setiap hari. Cuci 3 hari skali pun takpa hihihihi..... Rambut dan kulit kepala aku memang kekal segar walaupun aku tak cuci rambut tiap-tiap hari sekarang😁 Kalau aku keluar rumah seharian dengan cuaca panas berdenting, bila aku balik rumah buka tudung kulit kepala dan rambut aku aku xde la rasa berminyak pun. Padahal sebelum keluar tu aku tak cuci rambut pun. Dan aku dah takde tergaru-garu kepala bila aku pakai tudung tengah panas.

Mungkin cuaca Malaysia ni sama macam India, jadi sesuai la kita pakai kan😆😆😆😆

Botol kondisioner dia kecik sikit dari botol shampu. Yela... kondisioner kita pakai tak banyak sangat berbanding shampu

ohhh.... yesss.... memang rambut aku terasa segar😍

Kondisioner ni ko tak perlu banyak pun.... sebesar duit syiling je. Aku selalunya shampu akan habis dulu dari kondisioner.


Scalp referesher ni takde la aku pakai setiap kali lepas cuci rambut. Hari-hari yang aku buat extra selfcare rutine je baru aku pakai.... hehehehe... Aku ni jenis tak pergi spa, tapi ada hari yang aku akan buat rutin penjagaan diri yang lebih sikit dari hari biasa.  Macam aku berspa sendiri kat rumah la😁Masa aku mula-mula aku start guna set Extraordinary Clay ni pun aku tak beli pun scalp refresher ni. Bila aku rasa shampu dan kondisioner ni memang sesuai dengan aku baru aku beli scalp refresher ni. Untuk pengetahuan korang, scalp refresher ni tak semestinya ko pakai lepas cuci rambut je. Kalau korang tak cuci rambut pun, korang boleh je pakai terus. Contoh; ko keluar satu hari, balik rumah ko rasa kulit kepala dah rambut dah berminyak habis. Tapi bila nak cuci rambut, air takde pulak😓.... Jadi korang boleh je pakai scalp referesher ni terus tanpa cuci rambut terlebih dahulu untuk legakan renyam kat kepala korang tu 😁

Aku tak pasti la betul ke tak menyejukkan kulit kepala sampai 7͒C, tapi bila kau sapu kat kulit kepala tu memang rasa sejuk nyaman😁

Aku kalau travel kemana-mana atau balik kampung ke, aku selalu bawak scalp refresher tu je sebab botol dia takde la besar mana. Shampu dengan kondisioner aku tak pernah jumpa travel saiz, jadi aku tak bawak la sebab aku jenis light traveler tak suka bawak beg besar-besar😁 Biasa la kalau balik kampung kan memang kebanyakan masa bertudung je kan... jadi kepala pun cepat berkuap. Agak-agak rasa tak selesa memang aku suka sapu scalp refresher ni... Lega rasa hehehehe.... Secara jujur memang aku suka set Loreal Paris Extraordinary Clay ni. Harga pun memang berpatutan, agak murah la bagi aku seorang #rakyatmarhean dan senang nak jumpa kat mana-mana. Kat platform online shopping pun ada jual. Aku memang suka pakai produk yang aku senang nak cari, set ni memang ada jual kat pasarraya dan farmasi macam Watson atau Guardian tu. 

Kebanyakan produk penjagaan diri aku dibeli kat pasarraya atau farmasi je dan harga pun murah-murah je. Aku ni jenis tak kisah mahal atau murah sesuatu produk tu, asalkan produk tu berkesan memang aku akan pakai. Tapi kebanyakan produk yang aku pakai memang harga mampu milik la, sebab aku ni bukan bekerja pun😆😆😆😆Mana la mampu sangat nak pakai produk mahal-mahal. Murah tak semestinya tak berkualiti, yang penting bagi aku sesuai, berkesan dan tak memudaratkan diri 😁. Jumpa lagi diblog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

No comments:

Post a Comment

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...