Monday, October 3, 2022

Watching Avatar 2009 Reruns @ TGV

 HELLO. Semalam laki aku ajak dating sambil tengok wayang. Aku setuju je, yelah seminggu terperuk kat rumah dapat keluar tengok dunia luar mesti la aku suke πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Semalam pepagi hari lagi kitaorg dan keluar rumah, sebab laki aku beli tiket show time pagi. Breakfast simple-simple, lepas tu terus siap untuk keluar dating. Bukan apa, rumah kitaorg dengan TGV tu jauh jugak, lagi satu sebab nak senang parking. Kalau keluar tengah hari, payah nak cari parking tambah pulak hujung minggu. Nak keluar naik moto, skarang ni musim hujan. Laki aku pun plan nak gi makan kat IKEA Batu Kawan nun lepas tengok movie tu, memang jenuh la nak naik moto kalau nak kesana sebab jauh oooiiiiiii….. Berbaloi kitaorg keluar awal semalam, sebab sampai depan TGV tu terus jumpa parking. Dah sampai awal tu dapat la aku window shopping, tapi aku tak beli pape pun laki je beli selaur untuk dia pakai gi kerja. Aku ni dapat jalan-jalan cuci mata pun dah cukup happy dahπŸ˜†. Lepas shopping terus naik ke TGV untuk  ambil popcorn sume. Senang sekarang kan boleh beli semua siap-siap kat online TGV masa beli tiket tu.

Image from Google

Laki aku nak tengok reruns cerita Avatar, cerita lama tahun 2009. Cerita dah lebih sepuluh tahun guys, masa kitaorg gi tengok dulu kitaorg  belum kahwin lagi  tengah hangat bercinta lagi time tu 😝. Sekarang ni cerita Avatar ni tengah reruns balik kat panggung sebab sequel dia Avatar: The Way of Water nak keluar hujung tahun ni. Punyalah lama baru keluar sequal, lebih sepuluh tahun guys huhuhuhuhu….  Kitaorg memang suka movie Avatar  ni, dulu masa mula-mula keluar  kitaorg tengok banyak kali jugak la. Keluar reruns ni pun laki aku ajak tengok balik, dan aku enjoy tengok cerita ni sama macam kali pertama aku tengok 13 tahun lepas 😍😍😍😍😍

Image from Google

Walaupun animation cerita ni di buat 13 tahun lepas, aku takde rasa kualiti dia terkebelakang pun. Rasa macam sama je dengan kualiti movie-movie terbaru sekarang. Everything is so detail, movement animation sangat fluid and smooth. Sangat cantiklah bagi aku, its like im really watching a movie that been shot on a planet six light years away walaupun hakikatnya sebenarnya movie ni dirakam dan dianimasi dalam studio😁

Image from Google

Image from Google

Bab jalan cerita memang best bagi aku. Walaupun aku dah tau jalan cerita dia, tapi aku masih excited tengok sebab story line dia tak bosan. Bagi aku cerita Avatar ni sangat kreatif , imaginatif dan original. It’s a new kind of story line about intergalactic movie. Anyhow, lepas aku tengok reruns Avatar ni aku tak sabar nak masuk balik panggung wayang untuk tengok sequels dia. Aku rasa dah banyak kali sangat dah tertangguh sequels Avatar ni untuk ditayangkan. Tak sabarnya nak tunggu bulan December untuk tengok sequels dia 😁.  Toodles. AKU AIYU ABU.

Friday, September 30, 2022

One Year Living In Penang Island

 HELLO. Semalam genaplah setahun aku berhijrah ke Pulau Pinang. Setahun yang lalu, aku dengan berat hati ikut laki aku pindah ke sini. Ye la mana tak sedih wei, masa tu kitaorg baru dua tahun duduk rumah sendiri. Aku baru je lepas keluarkan semua barang dari kotak… ye aku ambil masa dua tahun unpack semua barang-barang aku lepas pindah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Memang aku unpack barang slow-slow la sebab aku ingat rumah tu will be my forever home. Eh eh ehhhhh… tiba-tiba aku laki aku balik rumah cakap dia dapat job offer kerja kat Penang. Hangin aku wei….. dah la aku baru lepas buang semua kotak-kotak pindah rumah. Dah satu kerja pulak nak kemas barang balik, kene cari kotak ke bagaiπŸ˜‘. Memang down la jugak masa tu, packing barang pun macam tak iklas je. Penyudahnya laki aku la kemas semua barang-barang lepas dia dah resign. Bukan aku tak tau dia interview kerja kat Penang ni, sebab dia VC interview tu kat rumah. Masa tu masih PKP, tak sangka pulak dia dapat job offer tu. Aku sebagai isteri yang soleheh, follow la jugak laki aku pindah sini walaupun berat hati. Nak PJJ pun no point, sebab aku bukan kerja pun. Tapi laki aku pandai la jugak dia pujuk aku, dia cakap anggap la macam kita long vacation kat pulau. Pastu dia cari rumah pun dekat dengan pantai, sebab nak bagi fefiling vacation tu πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† But I got to give it to him, the only reason aku ikut dia masa tu sebab aku fell in love dengan view rumah sewa yang dia pilih ni. Masa nak cari rumah ni pun laki aku datang sorang je, sebab balai bagi kebenaran sorang je untuk rentas negeri. Masa tu kan PKP lagi, masih tak boleh nak rentas negeri sesuka hati. Jadi laki aku datang sorang je la untuk jumpa ejen tengok option rumah  untuk disewa. Bila laki aku send video view dari balkoni rumah ni, hati aku cair jugak la. To tell the truth, walaupun dah setahun aku still happy to wakeup to this view setiap pagi. I love the ocean, love green hills, love the big blue sky 😍😍😍. The view never bored me. The colour of sky always changing especially during sunset. Nak kata aku area or apartmen yang aku duduk ni best, tak jugak. Apartmen aku ni  bising je selalu…… But this view is my soft spot for Penang Island. In the future, bila aku pindah balik rumah sendiri this view will be one of my best memories living in Penang Island. Setakat ni je lah bebelan aku untuk hari ni. FIY, walaupun dah setahun pindah banyak lagi kotak yang aku tak buka. Biar je la, nanti nak pindah balik xde la kitaorg teruk nak mengemas 😝. Toodles. AKU AIYU ABU.



Thursday, September 29, 2022

Buku Nota Resipi Kesayangan


HELLO. Buku nota resipi ni aku mula buat catatan masa aku baru kahwin dulu. Al-maklum la masa tu tak berapa terer sangat memasak. Setakat nak masak nasi & lauk simple-simple tu bole la. Lepas aku kahwin dengan laki aku dulu, aku brenti kerja sebab follow laki aku kerja luar negara. Seminggu lepas nikah selesai je kenduri dua-dua belah, terus aku fly ikut laki aku. Jadi aku tak kerja la masa tu, ada la aku kerja partime sikit-sikit kalau ada offer. Tapi lepas kitaorg pindah duduk rumah yang dekat dengan site kerja laki aku, aku tak kerja dah sebab area tu macam jauh dari bandar. Ada jugak aku tolong mengasuh anak kawan aku, tapi tu pun tak lama sebab diaorg pun dah habis kontrak kerja & terus balik Malaysia for good. Jadi bila banyak masa terluang, kerja aku menonton rancangan masakan sambil menyalin resipi πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†… Banyak salin resipi tapi banyak jugak yang aku tak pernah cuba masak langsung pun😜 Kalau belek buku nota ni, memang aku je yang paham apa yang di tulis dalam tu. Banyak jugak muka surat yang kena pangkah sebab hasil eksperimen memasak aku tak jadi. Kalau tengok buku nota ni dah lunyai sebab memang aku guna sampai sekarang. Jadi sebelum jadi pape kat buku nota ni, aku mula digitalkan mana resipi yang aku masak tu menjadi. Aku taip semua resipi yang menjadi simpan dalam iPad aku, siap aku backup dekat iCloud. Senang kalau jadi pape takde la hilang resipi-resipi yang aku suka tu. Aku buat slow-slow bila ada kelapangan. Sambil menyalin resipi tu, terkenang la pengalaman-pengalaman yang mendewasakan diri lepas aku kahwin dulu. Senyum aku sorang-sorang bila teringat memori baru lepas kahwin dulu. Dah la duduk dekat negara asing, jauh pulak dari keluarga. Tapi pengalaman tu la yang menjadikan aku & laki aku lebih dewasa. Laki aku suka makan karipap, bersungguh betul aku belajar buat karipap sampai jadi. Belajar sendiri je hokey, hasil carian resipi dekat google. Ye la duduk negara orang, bukan ada gerai tepi jalan yang jual karipap. Nak makan kena la masak sendiri, gigih sungguh aku dok kelim karipap sorang-sorang🀣🀣🀣. Tapi puas hati bila tengok laki beria makan & puji sedap. Okey aku dah mengantuk, rajin pulak aku menaip blog malam-malam buta dua hari ni. Konsisten jugak berblog bulan ni, harap dah tak bersawang blog aku lepas ni😁 Good nite, jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...