Friday, October 21, 2022

Blog Yang Menyepi….

 HELLO. Sepi sungguh blog ni sejak dua minggu ni….. Aku pun tengah xde mood lagi. Laki aku tok sah  cerita la…. Kalau aku cakap aku ni terkejut, laki aku mesti la 1000 kali ganda terkejut dari aku 😭 Perginya seorang ibu untuk selama-lamanya, anak mana yang tak sedih 😭😭😭 Pagi-pagi aku tengok dia cuba jugak kuatkan semangat untuk keluar pergi kerja. Boleh nampak mata dia bergenang air mata masa aku salam dia pergi kerja. Semalam aku masak lauk favourite dia, tak bertambah pun makan. Selalu mesti bertambah, aku ada jugak belikan dia donut pun dia tak makan. Padahal donut pun favourite dia jugak…. Nampak la dia cuba kawal sedih dia tu, kalau menangis pun xdepan aku. Menangis sorang-sorang dia je, tapi aku boleh dengar dari dalam bilik. Aku biarkan je, takde aku kacau dia. Memang aku pesan, kalau nak menangis jangan tahan-tahan. Menangis je sepuas hati, apa yang dah di takdirkan memang kita tak boleh ubah dah…. Aku cuma pesan jangan lupa doakan arwah setiap hari. 

Besok kitaorg  balik kampung laki aku semula, abang dia yang sulung nak buat tahlil. Lagi pun ayah mertua aku sekarang tinggal dengan dia, diaorg dah sepakat adik beradik. Masa arwah ibu mertua masih ada, along berulang setiap hari untuk tukar pampers ayah mertua aku. Jadi bila arwah dah takda, memang dia cakap ayah mertua aku dia nak jaga dirumah dia. Jadi dia pun xpayah dah nak berulang alik, lagi pun xde adik beradik yang boleh duduk rumah mertua aku buat masa sekarang. Ramai yang masih berkerja, kakak ipar aku yang duduk satu taman dengan rumah mertua pulak kebetulan dua anak dia bersalin serentak jadi dia pun nak kene jaga cucu-cucu dia. Ayah mertua aku memang dah uzur dan bedridden, jadi perlukan pemantauan 24 jam. Tak boleh tinggal seorang diri, kalau tak sapa nak uruskan makan minum dia. 

Sebenarnya kali terakhir kitaorg balik ujung bulan lepas sebelum arwah meninggal, kitaorg ajak arwah duduk dengan kitaorg kat Penang. Tapi arwah cakap taknak, ye lah kitaorg faham orang tua mesti la dia selesa duduk rumah sendiri. Penang pun jauh, dan anak cucu dia pun ramai yang duduk dekat dengan dia. Ayah mertua aku pun memang sedih sangat sekarang, masa ambulance sampai untuk bawak dia ke rumah along pun berderai air mata keluar. Kalau ikutkan dia xnak keluar dari rumah tu, tapi nak buat macam mana buat masa sekarang memang takda yang boleh tinggal dekat situ dengan dia. Sayu sangat bila tengok keadaan dia, asal terjaga je dari tidur mesti menangis mengenangkan arwah isteri. Tak berhenti-henti mendoakan arwah. Semoga semua ditabahkan hati atas kehilangan arwah.

Lauk yang aku masak semalam, baru semalam aku start memasak. Kalau tak laki aku bungkus je lepas dia balik kerja. Dia pun nak aku rehat, sebab memang kitaorg penat sangat. Sebelum balik aku tolong kakak-kakak ipar aku kemas rumah mertua. Sebelum kitaorg balik memang kitaorg pastikan rumah mertua aku tu bersih. Tu pun belum habis kemas sepenuhnya, kitaorg sempat bersihkan tingkat bawah je. Banyak fokus kat bahagian dapur je, sebab kitaorg nak packing pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk disimpan. Bahan masak & makanan semua hantar ke rumah akak ipar, yang mana perlu buang kitaorg buang. Yang lain-lain tu kakak-kakak ipar aku cakap diaorg nak kemas kemudian, buat slow-slow. Kemas bahagian bawah tu pun ambil masa banyak hari jugak, aku dengan laki aku tolong la selagi kitaorg tak balik Penang. Rumah tu xde la dibiarkan kosong, malam-malam ada je anak sedara yang bujang-bujang tido situ lepas diaorg balik kerja. 

Hari ni aku panaskan je lauk yang aku masak semalam, banyak aku masak sebab nak habiskan ayam yang ada. Lagi pun, besok pepagi hari aku nak balik kampung laki aku semula, minggu depan la pulak baru balik Penang semula. Jadi baik aku habiskan apa yang boleh dimasak. Semoga perjalanan pergi balik kitaorg lancar, risau jugak ni sebab minggu ni minggu cuti panjang. Sekolah pun cuti minggu depan. Harap xde la jem sangat jalan. Laki aku plan nak gerak awal pagi besok, harap dapat la sampai awal. Boleh tolong-tolong akak ipar aku masak untuk tahlil malam besok. Panjang pulak aku membebel hari ni, banyak hari sangat tak menaip gamaknya hehehehe…. Aku nak gi kemas baju untuk balik kampung besok. Toodles. AKU AIYU ABU.


Tuesday, October 18, 2022

Perginya Seorang Bidadari

 HELLO. Lebih seminggu aku menyepi…..  kali ni aku menyepi bukan disebabkan malas, tapi menyepi untuk membantu laki aku menguruskan urusan keluarga dia. Post terakhir aku hari Isnin minggu lepas, tak sampai dua jam aku selesai mengarang blog, kami terima panggilan dari kakak laki aku mengatakan ibu diaorg baru sahaja pergi meninggalkan diaorg buat selama-lamanya. Satu pemergian yang sangat tak dijangka, kerana yang sakit terlantar adalah ayah mertua. Memang aku dengan laki aku terkejut terkedu masa tu. Sampai ke hari ni aku macam masih tak percaya yang  ibu mertua aku dah meninggalkan kami semua. Walaupun dia ibu mertua, tapi bagi aku dia tetap seorang ibu. Ibu yang sangat menyayangi anak-anak dia. Seorang isteri yang setia menguruskan suami yang uzur walaupun dia sendiri pun sudah tua. Di hari-hari terakhir hayat dia masih setia menguruskan makan minum seorang suami yang uzur. Arwah pergi  dengan sangat mudah, tanpa sebarang kesakitan seakan lena dalam tidur yang panjang. Segala urusan pemergian arwah berjalan dengan sangat mudah, cepat dan lancar diuruskan oleh anak-anak, cucu-cucu, sanak saudara dan jiran tetangga yang terdekat. Pemergian arwah sangat ditangisi ramai, terutamanya suami dan anak-anak arwah. Damailah wahai Bidadari, kami yang ditinggalkan akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di taman syurga.

“Ya Allah berilah keampunan kepadanya dan rahmatilah dia, berilah kesejahteraan kepadanya dan maafkanlah dia, terimalah dia dengan penuh kemuliaan, luaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air batu, bersihkan dia dari segala kotoran sepertimana dibersihkan baju putih dari segala kotoran. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya sekarang, pasangan yang lebih baik dari pasangannya sekarang, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia dari azab kubur dan dari azab neraka.”

Amin. aku aiyu abu.

Monday, October 10, 2022

Monday Blues

 HELLO. Pagi ni laki aku bangun dengan penuh ceria sebab dia tau dia tak payah pergi kerjaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚  So xde MONDAY BLUES pagi ni hehehe…. Kalau tak pagi Isnin mesti menung bila bangun sebab tak puas rehat katanya huhuhu…. Pagi ni celik je mata terus offer untuk pergi tapau breakfast dekat gerai kegemaran kitaorg. Yesss… pagi ni tak payah masak, just bancuh air je. Korang bercuti kat mana minggu ni? Ke sama macam aku lepak kat rumah je hehehe….  Dok rumah pun ok je, boleh rehat-rehat layan Netflix. Badan pun tak penat driving, jalan-jalan bagai πŸ˜„. Laki aku biasa la, makan tido makan tido…. Merehatkan badan dia yang penat bekerja huhuhu…. Takpe bagi chance dia rehat puas-puas, bukan selalu dia dapat long wikend untuk rehat macam ni. Tambah pulak workload dia banyak sekarang, asyik kena OT pastu pergi balik kerja pulak naik motorsikal dalam musim monsun….. Asyik kene kena hujan je la huhuhuhu…… Kesian dia, jadi aku biar je dia tidur puas-puas πŸ˜†. Aku macam biasa la, takde beza pun wikend dengan wikdays. Masak kemas rumah layan kucing tu je la kerja aku hehehehe…. Takde penat mana pun. Kucing aku dua ekor ni pun sama macam tuan dia, makan tido main tu je la kerja diaorg hahahaha. Aku rasa 70% masa kucing-kucing aku ni tido je la…. Untung jadi kucing 😝. Okay dah nak tengah hari, aku nak gi masak lunch & dinner. Kalau laki aku ada kat rumah aku masak skali harung je lunch & dinner. Tapi kalau hari laki aku kerja, aku masak petang sebelum laki aku balik. Lunch aku makan biasa-biasa je, sebab aku sorang. Kadang tak masak lunch pun kalau aku makan breakfast berat. Skali skala kalau teringin aku masak la lunch lauk yang laki aku tak suka tapi aku suka hehehehe…. Semuanya bergantung pada mood & napsu makan aku 😜. Bila laki aku ada rumah aku masak je la lauk yang dia nak. Aku ni jenis tak memilih makan, semua aku bedal. Jadi takde masalah untuk aku makan ikut selera laki aku hihihi…. Sekian membebel, aku nak gi bersilat kat dapur. Toodles. AKU AIYU ABU.

Kucing aku Chumi; dah penat merathon satu rumah baru boleh tido. Bukan setakat lari kat lantai, kat dinding pun dia boleh berlari 😎


Friday, October 7, 2022

Long Weekend

 HELLO. Isnin minggu depan cuti, jadi hujung minggu ni panjang la sikit. Esok pantai mesti penuh sebab orang datang bercuti 😁. Harapnya cuaca pun cantik la, kalau tak kesian kalau orang datang jauh-jauh tapi asyik hujan je…… tak dapat la lepak pantai. Tapi takpe, kalau tak dapat menikmati pemandangan, nikmatilah makanan yang sedap kat Penang ni. Sini syurga makanan, semua ceruk ada tempat makan sedap hehehe….Aku tak tau la apa program laki aku minggu ni, mungkin lepak tido je kot sebab dia asyik dok balik lambat je minggu ni, pastu hampir setiap hari balik basah kuyup sebab kena hujan. Asyik dok mengadu badan lenguh-lenguh je. Tapi dia dok sebut jugak nak makan nasi kandar dengan kari kepala ikan hehehehe…. Harap jadi la, dapat la aku cuti memasak 😝. Biasa la, suri rumah ni mana pernah cuti, aktiviti aku berjalan seperti biasa walaupun hujung minggu atau pun cuti umum. Sekali sekala tak payah masak tu dah kira macam cuti la bagi aku. Aku dapat betul-betul cuti kalau kitaorg pergi holiday. Tu memang masyuk la untuk aku, sebab time tu memang betul-betul bole makan tido je hehehehe…. Laki aku kalau pergi holiday, dia bukan bawak pergi merayap pun. Memang kitaorg akan lepak hotel je, kalau keluar pun untuk jalan-jalan cari makan. Kalau nak meronda tu memang tak la, kalau nasib baik bawak ronda pun kejap je. Sekadar melayan permintaan aku untuk cuci mata tengok tempat  rekreasi, tapi sekadar sampai - tengok - dah jom balik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Kalau bole turun kereta pun xpayah. Tapi aku xde hal pun, dapat membuta kat hotel pun dah cukup heaven. Tak perlu risau nak masak kemas bagai. Tu dah kira best sangat dah untuk seorang suri rumah. Walaupun kitaorg tak pergi bercuti weekend ni, harap laki aku blanja makan sedap-sedap. Kurang la sikit aku masuk dapur hehehehe….. Selamat bercuti & have a nice weekend uollz. Toodles. AKU AIYU ABU.

Thursday, October 6, 2022

Hujan Oh Hujan

 

HELLO. Hari ni dah petang baru nampak matahari muncul. Mendung je dari pagi, tapi takde la hujan. Harap tak hujan la malam ni, sebab kesian laki aku balik kerja basah kuyup je lately sebab kene hujan. Laki aku pergi kerja naik moto, sebab dia tak suka bawak kereta. Dekat area town memang jem kalau time peak hours, bila bawak moto boleh la mencilok celah jem tu. Tapi tu la, bila musim hujan ni memang kuyup la laki aku kalau time dia balik tu hujan. Dah la dia asyik kene OT je sekarang, bertambah-tambah la penat kawan tu πŸ˜”. Walaupun dia pakai baju hujan, tetap la kuyup bila sampai rumah. Kesian sangat, aku suruh bawak kereta tak nak pulak dia huhuhu…. Lagi rela dia redah hujan dari redah trafik jem. Aku harap malam ni idok le hujan time laki aku balik kerja. Hujan lewat malam takpe la, sedap tido sejuk-sejuk hihihi…. Pagi hari memang best bila malam sebelumnya hujan, cuaca sejuk macam kat Cameron Highland siap berkabus bagai depan rumah aku ni. Tengok bunga pun segar je semua, dengar burung-burung berkicau. Cuaca sejuk lembap, tu yang semalam aku siap pergi picnic tepi pantai walaupun tetengah hari buta. Sebab matahari tak terik pun, suhu pun rasa nyaman je walaupun kat tepi pantai hujan menghilangkan bahang panas tu. Tapi tu la kesian pulak untuk orang yang bawak moto masa tengah-tengah hujan, sakit badan wei bawak moto time hujan. Hujung minggu ni nampak gaya tak keluar dating la kitaorg, bagi laki aku rehat. Kesian bucuk manja aku penat mencari rezeki ❤. Love you always bucuk manja XOXO. Toodles. AKU AIYU ABU.

Wednesday, October 5, 2022

Lunch Picnic @ Pantai Batu Ferringhi, Penang

 HELLO. Hari ni aku ada urusan dekat town, nak tak nak terpaksa la aku paksa diri aku yang macam katak bawah tempurung ni  keluar sedut udara luar πŸ˜†. Masa aku keluar tu, kebetulan hujan baru je lepas berhenti jadi takde la panas terik. Lately hari-hari hujan pagi petang siang malam, siap ribut bagai hokey. Hari ni dapat la tengok matahari jelas sikit, kalau tak mendung kelam je satu hari. Selesai urusan aku, cuaca masih cantik lagi. Matahari terang, tapi takde la panas terik. So dah alang-alang kat luar ni aku decide untuk lunch picnic tepi pantai sorang-sorang, macam sedih kan πŸ˜…. Tapi aku suka je spend masa sorang-sorang, takde hal pun. Eh jangan pikir aku ni kera sumbang pulak, kalau ramai-ramai pun aku suka jugak sebab meriah.

Since aku plan mengejut nak picnic, maka aku tapau McD je la. Memandangkan time tu tengah hari buta, pantai memang lengang la. Orang ada brape kerat je, kedai-kedai makan pun baru nak start prep barang untuk berniaga. Aku rasa aku sorang je kot yang gila pergi berpicnic tetengah hari ni πŸ˜…. Yang lain tu semua couple tengah bercuti just jalan-jalan sambil ambil gambar kejap. Pastu ada la a few tourists tengah berjemur,  tapi bawah pokok la. Ohhh… ada aku perasan tadi satu famili anak kecik tiga orang tengah main pasir sambil mak diaorg layan, bapak diaorg pulak tengah tido. Diaorg pun bentang tikar bawah pokok. Aku je la yang sadis picnic sesorang tepi pantai 😝.


Aku pun dapat tempat redup, bawah pokok besar depan satu gerai makan yang belum bukak lagi time tu. So bole la aku lepak makan sorang-sorang sambil layan perasaan. Penang ni memang aku puji bab kebersihan,  majoriti kawasan awam memang bersih. Pantai Batu Ferringhi ni bagi aku memang bersih, tong sampah pun banyak. Tu aku suka jugak lepak sini, tapi kadang-kadang ada jugak gagak tapi takde la banyak. Agak terkawal jugak la populasi gagak tu. Monyet pun jarang nampak kat sini, kalau ada pun tak pernah kacau. Ada jugak beberapa pantai lain yang jadi port picnic tapi banyak monyet πŸ˜…. Pantai yang aku pergi ni nasib baik takde masalah monyet, kalau ada mesti kena kacau sebab aku sesorang je. Mujur aku ada simpan alas plastik dalam kereta, senang bila nak picnic mengejut 😜


Kebetulan aku habis makan, tauke gerai kat belakang tempat aku berpicnic ni pun datang nak bukak gerai. Aku pun kemas & decided untuk jalan-jalan sikit. Sebab cuaca pun takde la panas terik pun, angin pantai pun rasa sejuk je. Takde rasa panas berbahang pun, memang hari yang best untuk berpicnic lah walaupun tetengah hari buta. Jauh jugak aku jalan-jalan, harap terbakar la kalori McD yang aku makan tadi πŸ˜†.




Best pulak aku rasa berpicnic tepi pantai hari ni. Baru la namanya living the island life. Setahun aku dok Pulau Pinang ni, bole kira brape kali je aku keluar picnic dengan laki aku. Awal pindah dulu, rajin la laki aku layan. Tapi bila dia dah start busy dekat office memang tak dah la. Aku pun paham je dia penat sebab banyak kerja rushing di office. Hujung minggu memang dia nak rehat, ada cuti balik kampung dia untuk uruskan orang tua dia. Jadi aku pun tak boleh nak ajak dia ronda-ronda pulau selalu. Kesian tengok laki aku penat, jadi aku tak kisah pun kalau hujung minggu lepak rumah je. Aku dapat jalan sorang-sorang ni pun aku rasa best jugak. Maybe aku patut keluar picnic sesorang skali skala kan, takde la aku terperuk je kat rumah. Lagi pun bila keluar weekdays takde la ramai orang sangat. Bila keluar macam ni baru la rasa macam tinggal kat pulau😁. Eh panjang pulak aku membebel hari ni, padahal nak kabo aku gi picnic tepi pantai tetengah hari buta je. Toodles. AKU AIYU ABU.

Tuesday, October 4, 2022

Kebuluran Dipagi Hari

 HELLO. Hari ni celik je bijik mata perut aku berkeroncong kebuluran. Nak kata aku tak dinner smlm, aku makan je….. Selalu aku takde la lapar sangat bila bangun pagi, dapat minum kopi or teh pun dah cukup. Lunch time baru aku rasa nak makan something yang berat. Tapi hari ni pepagi hari dah rase kebuloran, siap mengidam nak makaroni goreng hokey πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Selongkar kabinet rupanya elbow makaroni aku dah habis. Ada spiral pasta dengan spaghetti biasa je, ahhhh spiral pasta pun boleh je buat goreng 😁. Jadi  pepagi hari lagi aku dah bersilat kat dapor menggoreng pasta.






Kononnya goreng lebih untuk simpan makan tengah hari, tapi tak cukup sepinggan wei untuk breakfast. Bertambah aku makan πŸ˜† memang kebuluran sungguh aku bangun pagi hari ni. Tapi bila lunch aku dah tak lapar pun, perut penuh makan pagi banyak sangat. Nasib baik la aku teringin makaroni goreng je, kalo bakar punya memang tak terbuat la sebab cheese dah habis. Puas hati dapat makan pasta goreng bodo dengan teh O. Harap pagi besok aku tak mengidam benda bukan-bukan la 😝. Toodles. AKU AIYU ABU.

Monday, October 3, 2022

Watching Avatar 2009 Reruns @ TGV

 HELLO. Semalam laki aku ajak dating sambil tengok wayang. Aku setuju je, yelah seminggu terperuk kat rumah dapat keluar tengok dunia luar mesti la aku suke πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Semalam pepagi hari lagi kitaorg dan keluar rumah, sebab laki aku beli tiket show time pagi. Breakfast simple-simple, lepas tu terus siap untuk keluar dating. Bukan apa, rumah kitaorg dengan TGV tu jauh jugak, lagi satu sebab nak senang parking. Kalau keluar tengah hari, payah nak cari parking tambah pulak hujung minggu. Nak keluar naik moto, skarang ni musim hujan. Laki aku pun plan nak gi makan kat IKEA Batu Kawan nun lepas tengok movie tu, memang jenuh la nak naik moto kalau nak kesana sebab jauh oooiiiiiii….. Berbaloi kitaorg keluar awal semalam, sebab sampai depan TGV tu terus jumpa parking. Dah sampai awal tu dapat la aku window shopping, tapi aku tak beli pape pun laki je beli selaur untuk dia pakai gi kerja. Aku ni dapat jalan-jalan cuci mata pun dah cukup happy dahπŸ˜†. Lepas shopping terus naik ke TGV untuk  ambil popcorn sume. Senang sekarang kan boleh beli semua siap-siap kat online TGV masa beli tiket tu.

Image from Google

Laki aku nak tengok reruns cerita Avatar, cerita lama tahun 2009. Cerita dah lebih sepuluh tahun guys, masa kitaorg gi tengok dulu kitaorg  belum kahwin lagi  tengah hangat bercinta lagi time tu 😝. Sekarang ni cerita Avatar ni tengah reruns balik kat panggung sebab sequel dia Avatar: The Way of Water nak keluar hujung tahun ni. Punyalah lama baru keluar sequal, lebih sepuluh tahun guys huhuhuhuhu….  Kitaorg memang suka movie Avatar  ni, dulu masa mula-mula keluar  kitaorg tengok banyak kali jugak la. Keluar reruns ni pun laki aku ajak tengok balik, dan aku enjoy tengok cerita ni sama macam kali pertama aku tengok 13 tahun lepas 😍😍😍😍😍

Image from Google

Walaupun animation cerita ni di buat 13 tahun lepas, aku takde rasa kualiti dia terkebelakang pun. Rasa macam sama je dengan kualiti movie-movie terbaru sekarang. Everything is so detail, movement animation sangat fluid and smooth. Sangat cantiklah bagi aku, its like im really watching a movie that been shot on a planet six light years away walaupun hakikatnya sebenarnya movie ni dirakam dan dianimasi dalam studio😁

Image from Google

Image from Google

Bab jalan cerita memang best bagi aku. Walaupun aku dah tau jalan cerita dia, tapi aku masih excited tengok sebab story line dia tak bosan. Bagi aku cerita Avatar ni sangat kreatif , imaginatif dan original. It’s a new kind of story line about intergalactic movie. Anyhow, lepas aku tengok reruns Avatar ni aku tak sabar nak masuk balik panggung wayang untuk tengok sequels dia. Aku rasa dah banyak kali sangat dah tertangguh sequels Avatar ni untuk ditayangkan. Tak sabarnya nak tunggu bulan December untuk tengok sequels dia 😁.  Toodles. AKU AIYU ABU.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...