Thursday, September 29, 2022

Buku Nota Resipi Kesayangan


HELLO. Buku nota resipi ni aku mula buat catatan masa aku baru kahwin dulu. Al-maklum la masa tu tak berapa terer sangat memasak. Setakat nak masak nasi & lauk simple-simple tu bole la. Lepas aku kahwin dengan laki aku dulu, aku brenti kerja sebab follow laki aku kerja luar negara. Seminggu lepas nikah selesai je kenduri dua-dua belah, terus aku fly ikut laki aku. Jadi aku tak kerja la masa tu, ada la aku kerja partime sikit-sikit kalau ada offer. Tapi lepas kitaorg pindah duduk rumah yang dekat dengan site kerja laki aku, aku tak kerja dah sebab area tu macam jauh dari bandar. Ada jugak aku tolong mengasuh anak kawan aku, tapi tu pun tak lama sebab diaorg pun dah habis kontrak kerja & terus balik Malaysia for good. Jadi bila banyak masa terluang, kerja aku menonton rancangan masakan sambil menyalin resipi ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†… Banyak salin resipi tapi banyak jugak yang aku tak pernah cuba masak langsung pun๐Ÿ˜œ Kalau belek buku nota ni, memang aku je yang paham apa yang di tulis dalam tu. Banyak jugak muka surat yang kena pangkah sebab hasil eksperimen memasak aku tak jadi. Kalau tengok buku nota ni dah lunyai sebab memang aku guna sampai sekarang. Jadi sebelum jadi pape kat buku nota ni, aku mula digitalkan mana resipi yang aku masak tu menjadi. Aku taip semua resipi yang menjadi simpan dalam iPad aku, siap aku backup dekat iCloud. Senang kalau jadi pape takde la hilang resipi-resipi yang aku suka tu. Aku buat slow-slow bila ada kelapangan. Sambil menyalin resipi tu, terkenang la pengalaman-pengalaman yang mendewasakan diri lepas aku kahwin dulu. Senyum aku sorang-sorang bila teringat memori baru lepas kahwin dulu. Dah la duduk dekat negara asing, jauh pulak dari keluarga. Tapi pengalaman tu la yang menjadikan aku & laki aku lebih dewasa. Laki aku suka makan karipap, bersungguh betul aku belajar buat karipap sampai jadi. Belajar sendiri je hokey, hasil carian resipi dekat google. Ye la duduk negara orang, bukan ada gerai tepi jalan yang jual karipap. Nak makan kena la masak sendiri, gigih sungguh aku dok kelim karipap sorang-sorang๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Tapi puas hati bila tengok laki beria makan & puji sedap. Okey aku dah mengantuk, rajin pulak aku menaip blog malam-malam buta dua hari ni. Konsisten jugak berblog bulan ni, harap dah tak bersawang blog aku lepas ni๐Ÿ˜ Good nite, jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.

Wednesday, September 28, 2022

Cara Menyimpan Sayur Secara Sejuk Beku

 HELLO. Lambat pulak aku bersiaran hari ni. Padahal takde la sibuk pun, melepak dengan kucing-kucing aku je. Hari ni aku nak kongsi cara aku simpan stok sayur. Lepas zaman pendamik ni, dah jadi tabiat aku dengan laki aku gi beli groceries sebulan skali je. Untuk ayam, ikan & daging memang takde masalah la kita simpan dalam pembeku untuk tahan sebulan. Tapi untuk sayur-sayur memang takkan tahan lama kan. Paling lama pun dua minggu, pastu dah start rosak ๐Ÿ˜“. Sayur-sayur selalu aku akan beli dua jenis, sayur berdaun & sayur tak berdaun. Untuk dua minggu pertama aku akan fokus habiskan sayur berdaun yang jenis cepat rosak. Kemudian dua minggu seterusnya, aku masak la guna sayur-sayur yang aku simpan sejuk beku. Sayur-sayur yang aku simpan kat freezer adalah dr jenis tak berdaun macam kekacang, lobak merah, kobis bunga, broccoli, capsicum dan yang sewaktu dengannya ๐Ÿ˜. Sebelum aku simpan, aku akan proses dulu semua sayur-sayur ni dengan tujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan penyediaan masakan aku.


Balik je dari supermarket selalunya aku terus kemas barang-barang yang dibeli. Tapi kalau aku tak larat, aku sumbat je semua dulu dalam esbok. Esok lusa tu bila free aku mula la proses semua sayur-sayur yang aku nak bekukan tu. Untuk memastikan kesegaran sayur-sayur ni, aku akan proses secepat mungkin lepas balik dari shopping barang dapor. Sayur pun aku akan pilih yang segar je, kalau time aku nak beli tu aku tengok sayur tu stok lama aku takkan ambil. Kalau desprate sangat pun, aku akan ambil sikit untuk masak terus tapi bukan untuk simpan beku.



Mula-mula skali aku akan bersihkan sayur-sayur tu guna pencuci sayuran & buahan. Memang ada sabun khas ya untuk cuci sayur & buah, korang jangan bantai pakai sabun basuh pinggan @ baju pulak๐Ÿ˜…Bahaya hokey, terutamanya kalau korang ada anak kecik. Jadi kalau nak pakai sabun, sila pakai sabun khas untuk cuci sayur & buahan. Ada je jual kat kedai, takpun korang bole guna bancuhan cuka + garam. Kalau korang nak pakai air paip je pun bole, tapi bila aku pakai sabun khas untuk cuci sayur & buahan ni aku nampak lagi bersih la kotoran tu keluar ๐Ÿ˜€ 



Lepas dah cuci semua, sejat dan biar semua sayur tu betul-betul kering. Bila dah kering baru aku akan potong semua sayur ni siap-siap sebelum di simpan dalam pembeku. Tujuan basuh sebelum potong sebab nak cepat kering dan tak nak sayur- sayur ni berair. Jadi pastikan alatan dan tempat potong bersih ye, siap potong aku terus masukkan dalam bekas @ beg plastik dan letak dekat pembeku.


Nampak renyah dan makan masa untuk siapkan kerja potong memotong sayur ni. Tapi bagi aku berbaloi je, sebab bila time aku nak masak tak payah nak kelut basuh potong sayur dah. Campak je terus dalam masakan tu, tak perlu nak defrost. Jimat masa aku kat dapor ๐Ÿ˜. Aku suka bekukan sayur-sayur ni sebab aku boleh simpan lama. Bukan takat sebulan, dua bulan pun elok lagi. Jadi takde la sayur-sayur aku terbuang kalau rosak sebab lambat guna. Dari segi rasa, bagi aku okey je takde masalah la ditekak aku. Laki aku pun takde pernah komplen pape pun dari segi rasa. Orang lain aku tak tau la, lain lidah lain deria rasa. 

Tips untuk pastikan sayur-sayur tak tergumpal beku adalah, keesokan harinya korang ramas sikit bagi dia relai. Macam aku simpan dalam beg plastik, aku ramas plastik tu jela. Kalau aku simpan dalam bekas, aku goncang je bekas tu sikit sayur dalam bekas tu relai la. Setakat pengalaman aku, lepas ramas tu sayur tu kekal relai dan bergumpal pun sikit-sikit je.Okey mata aku dah mengantuk, aku nak masuk beradu dulu ye…. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.

Tuesday, September 27, 2022

CHARGING

 


HELLO. Kucing aku si Buttercup ni memanjang kena charge je ๐Ÿ˜…. Memanjang bateri low je, mungkin bateri dah lemah kot. Al-maklum la umur pun da lanjut. Kerja dia makan tido je…. Nak kate tak main langsung tu tak la jugak. Kadang dia main kejar-kejar jugak dengan kucing aku lagi sekor Chumi. Tapi kejap je la, selalunya dia buat Bodo je kalau si Chumi ajak main. Boleh kata 70% kehidupan dia seharian tido je la…. Kalau tak tido selain mintak makan, memanjang nak bermanja suruh aku gosok dia je la. Ni tengah menaip ni pun dia dok mengiauw sebelah aku mintak di belai. Dah habis charge la tu, baru bulih nak buka mata๐Ÿ˜œ Tapi tu la, si Buttercup dengan Chumi je la tinggal kucing aku sekarang. Peneman aku bila laki aku takde kat rumah. Okay aku nak gosok si Buttercup kejap, dah merajuk sebab aku tak layan dia tadi. Bawak diri naik tido atas meja makan pulak ๐Ÿ˜‚. Laki aku pun dah DM mintak masakkan gulai pepahat. Jumpa lagi di blog post seterunya. Toodles. AKU AIYU ABU



D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...