Wednesday, September 28, 2022

Cara Menyimpan Sayur Secara Sejuk Beku

 HELLO. Lambat pulak aku bersiaran hari ni. Padahal takde la sibuk pun, melepak dengan kucing-kucing aku je. Hari ni aku nak kongsi cara aku simpan stok sayur. Lepas zaman pendamik ni, dah jadi tabiat aku dengan laki aku gi beli groceries sebulan skali je. Untuk ayam, ikan & daging memang takde masalah la kita simpan dalam pembeku untuk tahan sebulan. Tapi untuk sayur-sayur memang takkan tahan lama kan. Paling lama pun dua minggu, pastu dah start rosak πŸ˜“. Sayur-sayur selalu aku akan beli dua jenis, sayur berdaun & sayur tak berdaun. Untuk dua minggu pertama aku akan fokus habiskan sayur berdaun yang jenis cepat rosak. Kemudian dua minggu seterusnya, aku masak la guna sayur-sayur yang aku simpan sejuk beku. Sayur-sayur yang aku simpan kat freezer adalah dr jenis tak berdaun macam kekacang, lobak merah, kobis bunga, broccoli, capsicum dan yang sewaktu dengannya 😁. Sebelum aku simpan, aku akan proses dulu semua sayur-sayur ni dengan tujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan penyediaan masakan aku.


Balik je dari supermarket selalunya aku terus kemas barang-barang yang dibeli. Tapi kalau aku tak larat, aku sumbat je semua dulu dalam esbok. Esok lusa tu bila free aku mula la proses semua sayur-sayur yang aku nak bekukan tu. Untuk memastikan kesegaran sayur-sayur ni, aku akan proses secepat mungkin lepas balik dari shopping barang dapor. Sayur pun aku akan pilih yang segar je, kalau time aku nak beli tu aku tengok sayur tu stok lama aku takkan ambil. Kalau desprate sangat pun, aku akan ambil sikit untuk masak terus tapi bukan untuk simpan beku.



Mula-mula skali aku akan bersihkan sayur-sayur tu guna pencuci sayuran & buahan. Memang ada sabun khas ya untuk cuci sayur & buah, korang jangan bantai pakai sabun basuh pinggan @ baju pulakπŸ˜…Bahaya hokey, terutamanya kalau korang ada anak kecik. Jadi kalau nak pakai sabun, sila pakai sabun khas untuk cuci sayur & buahan. Ada je jual kat kedai, takpun korang bole guna bancuhan cuka + garam. Kalau korang nak pakai air paip je pun bole, tapi bila aku pakai sabun khas untuk cuci sayur & buahan ni aku nampak lagi bersih la kotoran tu keluar πŸ˜€ 



Lepas dah cuci semua, sejat dan biar semua sayur tu betul-betul kering. Bila dah kering baru aku akan potong semua sayur ni siap-siap sebelum di simpan dalam pembeku. Tujuan basuh sebelum potong sebab nak cepat kering dan tak nak sayur- sayur ni berair. Jadi pastikan alatan dan tempat potong bersih ye, siap potong aku terus masukkan dalam bekas @ beg plastik dan letak dekat pembeku.


Nampak renyah dan makan masa untuk siapkan kerja potong memotong sayur ni. Tapi bagi aku berbaloi je, sebab bila time aku nak masak tak payah nak kelut basuh potong sayur dah. Campak je terus dalam masakan tu, tak perlu nak defrost. Jimat masa aku kat dapor 😁. Aku suka bekukan sayur-sayur ni sebab aku boleh simpan lama. Bukan takat sebulan, dua bulan pun elok lagi. Jadi takde la sayur-sayur aku terbuang kalau rosak sebab lambat guna. Dari segi rasa, bagi aku okey je takde masalah la ditekak aku. Laki aku pun takde pernah komplen pape pun dari segi rasa. Orang lain aku tak tau la, lain lidah lain deria rasa. 

Tips untuk pastikan sayur-sayur tak tergumpal beku adalah, keesokan harinya korang ramas sikit bagi dia relai. Macam aku simpan dalam beg plastik, aku ramas plastik tu jela. Kalau aku simpan dalam bekas, aku goncang je bekas tu sikit sayur dalam bekas tu relai la. Setakat pengalaman aku, lepas ramas tu sayur tu kekal relai dan bergumpal pun sikit-sikit je.Okey mata aku dah mengantuk, aku nak masuk beradu dulu ye…. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. AKU AIYU ABU.

Tuesday, September 27, 2022

CHARGING

 


HELLO. Kucing aku si Buttercup ni memanjang kena charge je 😝…. Memanjang bateri low je, mungkin bateri dah lemah kot. Al-maklum la umur pun da lanjut. Kerja dia makan tido je…. Nak kate tak main langsung tu tak la jugak. Kadang dia main kejar-kejar jugak dengan kucing aku lagi sekor Chumi. Tapi kejap je la, selalunya dia buat Bodo je kalau si Chumi ajak main. Boleh kata 70% kehidupan dia seharian tido je la…. Kalau tak tido selain mintak makan, memanjang nak bermanja suruh aku gosok dia je la. Ni tengah menaip ni pun dia dok mengiauw sebelah aku mintak di belai. Dah habis charge la tu, baru bulih nak buka mata😜 Tapi tu la, si Buttercup dengan Chumi je la tinggal kucing aku sekarang. Peneman aku bila laki aku takde kat rumah. Okay aku nak gosok si Buttercup kejap, dah merajuk sebab aku tak layan dia tadi. Bawak diri naik tido atas meja makan pulak πŸ˜‚. Laki aku pun dah DM mintak masakkan gulai pepahat. Jumpa lagi di blog post seterunya. Toodles. AKU AIYU ABU



Monday, September 26, 2022

Cendol Songkok Tinggi, Kg. Jiboi Negeri Sembilan

 HELLO. Hujung minggu ritu aku balik kampung laki aku ziarah parents dia, dan kebetulan laki aku pun ada jemput kenduri. Nasib baik la bukan musim cuti sekolah, maka perjalanan balik kampung tu lancar & takde kesesakan lalu lintas. Laki aku pun happy je memecut kereta sambil berangan dia bawak felali πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik kampung, walaupun hakikatnya kaki aku ni dok asyik tekan imaginary break πŸ˜… Kitaorg ni kalau takde halangan pape, sebulan sekali memang akan balik kampung laki aku tu. Sebabnya laki aku nak uruskan beli barang dapur untuk mak mertua aku. Tapi kalau kitaorg tak dapat balik ada je adik beradik dia yang lain tolong belikan, cuma selalunya laki aku la yang uruskan. Laki aku ni kalau balik kampung dia, memang tak sah la kalau tak mencari cendol. Boleh kata laki aku dan cendol berpisah tiada, memang makanan peberet dia. Hari-hari bedal cendol wei, selagi tak balik Penang. Balik hari tu kitaorg pergi makan dekat Cendol Songkok Tinggi di Kampung Jiboi.



Kebetulan balik hari tu panas lit lit… memang masyuk la masing-masing mentekedarah cendol. Aku memang peberet cendol pulut. Cendol Songkok Tinggi ni antara spot cendol yang glamor la jugak di Negeri Sembilan. Rasa dia memang kene dengan tekak aku sebab tak terlalu manis & santan dia tak de la pekat sangat. Dari segi harga memang mampu milik, semangkuk masih lagi RM 2 kalau tak silap aku. Lupa sebab bukan aku yang bayar😜.


Dari pagi ke petang memang sentiasa penuh je gerai cendol ni. Memang orang suka lepak dekat situ, sebab tempat dia redup bawah pokok-pokok dalam suasana kampung. Memang best la spot dia, siap ada live music tau.


Selain dari pelbagai hidangan cendol, miuman & makanan lain pun ada. Cuma cendol tu specialty diaorg la. Aku dengan laki aku ni mana pergi memang kerja makan je la πŸ˜‚. Sebab tu la kitaorg laki bini tak pernah kurus. Memang hobi kitaorng agaknya. Okay la, setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Dah nak pukul 6, aku nak kene masuk dapur dah. Laki balik kerja jap lagi nak MAKAN 😝. Toodles. AKU AIYU ABU .


D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...