Tuesday, March 15, 2022

Sup Hameed; Georgetown, Penang

 HELLO. Hari ni aku nak sambung cerita aktiviti makan-makan hari sabtu minggu lepas. Asyik makan je aku dengan En.Balak ni hahahaha…. Hidup berdua macam ni oooiiii….. Sejak covid dah kurang aktiviti merayap dengan tengok wayang. Lepas PKP dah mansuh, kitaorg banyak keluar makan-makan je. Ikut mood En.Balak la, kalau dia teringin nak makan kat luar aku follow je la. Best okey tak payah masak dengan basuh periuk and pinggan mangkuk. Ko duduk order makan bayar balik 😝. 

Lepas sarapan dengan kawan En.Balak dekat gerai roti bakar tu kitaorg terus balik rumah. Tengah hari tu, En.Balak cakap dia tak lapar so tak payah masak. Tapi aku masak jugak nasi goreng petang tu, sebab ada nasi lebih malam sebelum tu yang aku simpan konon nak goreng untuk makan pagi. Jadi sabtu tu kitaorg lunch lambat la, balik breakfast tu memang la kenyang sampai ke tengah hari sebab macam-macam kitaorg bedal kat gerai roti bakar. 

Tapi dah ke petang sikit mesti la lapar jugak kan…. Nasib baik aku goreng nasi, jadi ada jugak benda nak dimakan 😁. Lepas makan nasi goreng tu, tiba-tiba En.Balak ajak gi makan Sup Hameed untuk dinner. Aku ON je la bila dia ajak makan kat luar hehehehe…. Aku rasa En.Balak kempunan sebab tak dapat kari kambing pagi tu. Sebab pagi sabtu tu pelan asal nak makan roti jala cicah kari kambing, tapi sebab bila sampai kedai tutup tu yang kitaorg gi gerai roti bakar. Agaknya En.Balak teringin jugak nak makan kambing, tak dapat kari kambing dapat sup kambing pun jadikkkkk….. Sup Hameed ni memang terkenal dengan sup kambing dia. Memang sedap sup kambing dia, meleleh air liur aku bila teringat balik πŸ˜†


Terkenang kesedapan sup kambing ni…..πŸ˜‹

Set sup kambing ni datang dengan roti. Tapi kalau korang nak makan dengan nasi pun boleh.

Petang tu dalam pukul 6 lebih kitaorg gerak gi Sup Hameed. Sampai tu kitaorg tengok meja semua penuh, nasib baik lepas kitaorg parking kereta ada orang dah bangun nak gi bayar. Lega tak perlu berdiri tunggu meja. Sebenarnya ada je meja kosong kat dalam kedai, tapi kitaorg suka duduk kat luar lapang sikit. Aku suka Sup Hameed ni sebab bukan setakat sup dia sangat sedap,  servis dia pun laju. Ko order kejap je dia dah hantar air dengan makan sume. Untuk pengetahuan korang, kitaorg siap tapau 2 bungkus untuk sambung makan kat rumah pulak πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Harap hujung minggu ni kedai roti jala tu buka la, kesian pulak kat En.Balak dok kempunan nak makan kari kambing kat kedai roti  jala tu. Ok takat ni la dulu bebelan aku untuk hari ni. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Toodles. Aku.Aiyu.Abu.





Monday, March 14, 2022

Roti Bakar; Union St. Georgetown Penang

 HELLO. Monday blues sungguh aku hari ni. Dah nak pukul 5 baru sibuk nak taip post hahahahaaaaa….. suri rumah tangga pun boleh monday blues kau 😝. Sebenarnya keletihan sebab pagi tadi aku busy mengemas rumah. Lepas Zohor tadi aku tertido sampai pukul tiga lebih huhuhuhu…. Kalau ikutkan malas aku nak menaip petang ni, tapi sebab Jumaat minggu lepas aku ponteng jadi hari ni aku gagahkan jugak la merepek kat blog aku ni. Baru hari Khamis minggu lepas aku semangat nak kembali merepek kat blog ni, skali petang Jumaat tu En.Balak balik awal bawak kari kepala ikan 😜. Aku pun apa lagi, cancel niat blogging terus mengketedarah kari kepala ikan….. masyukkkkkk. 

Aku pun kononnya postpone la plan nak blogging tu ke hari sabtu, sebab En.Balak bagi tau nak bawak Zumbo gi service. Jadi ada la masa aku nak jengah blog time dia keluar gi service Zumbo. Sekali ada member En.Balak datang cuti Penang ajak breakfast skali. Hahaha…. Terus cancel service Zumbo, kitaorg kalau bab makan ni mesti diutamakan tambah pulak kalau ada kawan-kawan atau sedara yang datang. Makan ramai-ramai kan seronok. Asalnya plan nak breakfast roti jala kat Teluk Bahang, sekali bila sampai tutup pulak kedai nya…. Selalunya kalau kedai tutup sekarang ni sebab ada kes positif atau orang kedai tu positif. Harap hari minggu depan buka la kedainya, teringat kesedapan kari kambing dia. Kedai roti jala ni memang favourite aku, sedap wei roti jala dia. Ada rezeki aku cerita pasal kedai roti jala ni next time. Dah tengok kedai roti jala tutup aku cakap kat En.Balak pergi makan roti bakar je la…. Maka patah la balik kitaorg ke Georgetown.

Gerai roti bakar ni pun antara port breakfast favourite aku dengan En.Balak. Kedai ni terletak depan Maybank Union Street. Tak jauh pun dari Penang 3D Trick Art Museum. Boleh jalan kaki je…. Gerai ni buka dari pagi sampai ke petang, jadi tak semestinya korang datang time pagi je. Aku suka gi lewat sikit, pukul 10.30 pagi ke atas sebab sebelah gerai ni ada gerai pasembur sedap. Gerai pasembur ni buka lambat sikit, kalau gi lambat sebelum balik boleh aku tapau pasembur untuk lunch pulak hihihi….. Set roti bakar dengan telur separuh masak ni memang best. Aku rasa roti bakar dia special sebab dia bakar dengan arang kot… Bagi aku memang best sebab roti tu garing dia just nice tambah pulak ko cicah dengan telur separuh masak tu…. Masyukkkkkk…..


Selain roti bakar,  nasi lemak, bihun & mee goreng bungkus, kuih muih pun ada. Perut stokin aku ni mana cukup makan roti bakar satu set je…. Mesti aku kena ambil menu sampingan hahahaha…. Aku selalu ambil kuih tiga ketul, En.Balak pulak biasanya dia ambil nasi lemak. Kitaorg kesini selalu kalau ada breakfast date dengankawan-kawan la…. Senang nak jumpa sebab dalam Georgetown. Kalau berdua, kitaorg suka pergi roti jala dekat Teluk Bahang. Kalau korang datang cuti-cuti Penang, cuba la breakfast roti bakar dekat Union Street ni. Sudah breakfast korang boleh terus gi 3D Trick Museum tu…. tak pun korang boleh jalan-jalan sekitar tu…. Aku suka arena situ sebab banyak bangunan lama yang canti-cantik. Aku selalu jugak la nampak orang buat wedding photoshoot sekitar kawasan tu.


Okay setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Harap besok aku kembali membebel kat blog ni. Toodles. Jumpa korang di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.






Thursday, March 10, 2022

Blog Berhabuk

HELLO. Lama sungguh blog ni berhabuk πŸ˜……. Kononnya nak berblogging tiap tiap hari, last last krik krik krik lebih sebulan….. hahahahahah….. Semuanya gara-gara si Omicron tu la. Elok je En.Balak masuk kerja macam normal, tiba-tiba je kes mendadak balik huhuhuhu…. En.Balak boleh kata selang seminggu asyik kena kuarantin sebab jadi kontek rapat. Tiap-tiap minggu lobang hidung En.Balak kena korek untuk swab test. Memandangkan polisi ofis dia kena buat RTK atau PCR, maka redho lah En.Balak serah lobang hidung dia dijolok tiap-tiap minggu. Apapun syukur alhamdulillah sebab En.Balak punya rasult sentiasa negatif. Tapi dia tetap kena kuarantin. Tiap-tiap minggu mesti ada oficemate dia yang positif. Ofis pulak asyik kena tutup untuk sanitize. Jadinya bulan lepas aku rasa En.Balak kerja kurang dari 10 hari sebab ofis dia asyik tutup dan dia pun asyik kena kuarantin je….Aku pulak bila En.Balak ada kat rumah memang tak la menjengah blog kokak ni 😝

Mentekedarah dulu sebelum jengah blog….. YUMMEH

Bila dah lama tinggal aktiviti blogging, aku pun jadi lemau nak buka blog😝 Tambah pulak laptop aku pun makin menjadi-jadi hal dia…. Biasa la laptop tua, umur pun dah lebih lima tahun. Macam-macam dah jasa dia kat kitaorg laki-bini. Memang patut pun dia bersara. Kalau nak on laptop tu aku kena sambung dulu dengan charger dalam 20 minit baru boleh tekan on… Bila on dia asyik masuk kat re-boot pastu kena tekan F1 banyak kali…. Pastu dia dok bunyi tot tet tot tetπŸ˜… Memang nazak la rupa laptop aku tu…. Mungkin sebab bateri dia memang dah out. Skrin dia pun rupa sedih sangat, bercapuk-capuk. Aku pun, bila hari En.Balak masuk kerja aku jadi malas nak buat pape…. Nak rehat je sebab kalau dia ada kat rumah aku banyak masa kat dapur masak breakfast n lunch, basuh pinggan, buat air panas pastu layan cerita Netflix pilihan dia sama-sama. Letih ooooo….. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tambah pulak dengan keadaan laptop aku yang dah nazak, memang aku malas la nak on laptop tu. Selalu hari yg dia masuk kerja tu aku sambung tengok cerita Netflix pilihan aku hehehe…. En.Balak tak minat sangat cerita pilihan aku…. So kalau dia ada kat rumah, aku tengok cerita pilihan dia je la…Yela, dia penat kerja jadi time dia ada kat rumah aku tak nak la berebut tv dengan dia. Aku kasi la dia tengok tv puas-puas. Kita orang nak keluar merayau pun tak boleh sebab kuarantin, dengan kes mencanak hari-hari lagi la aku malas nak merayau or tengok wayang. Maka kita orang pun layan Netflix je la kat rumah sambil membesarkan badan😜

Alhamdulillh bulan ni En.Balak kembali kerja macam biasa. Aku rasa sebab SOP pun dah berubah sekarang. Sekarang kalau kontek rapat pun dah tak payah kuarantin kalau takda simptom dan result swab negatif. Ofis pun tutup 2 jam je untuk sanitize kalau ada staf positif. Bulan lepas tutup satu hari. Ye la…. Korang bayang la kalau ofis asyik kena tutup lepas tu staf asyik kena kuarantin je… boleh bankrap company kalau berterusan sampai berbulan-bulan. En.Balak pun kata dia tengah banyak kerja sekarang, jadi bila asyik kena ponteng kerja memang serabut la dia…. Semoga En.Balak sentiasa dilindungi, lagi pun dia dah merasa kena Covid awal tahun lepas. Cukup la sekali je dia kena, aku yang jadi misi olok-olok ni pun sedih tengok dia melepet je….. Semoga aku pun kembali rajin blogging lima hari seminggu, gejet baru pun dah dapat (nanti aku story kat post lain 😁). Maka dah takda alasan laptop nazak payah naik blogging hehehehe….. Okayaku nak turun jap pickup parcel Shopee dah sampai hehe. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.


D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...