Wednesday, January 12, 2022

Arked Tanjung Dawai, Kedah

HELLO. Blog post aku hari ni adalah sambungan dari post aku pergi makan di Pak Mud Cafe, Merbok. Selesai makan tengah hari suami aku dan kawan-kawan dia decide nak lajak ke Tanjung Dawai pulak. Sebab kalau tengok Google maps dah tak jauh sangat dah dari Merbok tu. Tak sampai setengah jam pun. Alang-alang dah tak jauh tu, apa salahnya ronda-ronda negeri Kedah sekejap kan. Semasa perjalanan ke Tanjung Dawai ni, handphone aku tak digunakan untuk pandu arah, maka boleh aku ambil gambar sikit buat kenangan ๐Ÿ˜ Jemput la jamu mata korang dengan gambar-gambar dari seorang #photographerkokak 

Perjalanan ke Tanjung Dawai.

Tenang je pemandangan sepanjang jalan ni. 

Satu-satunya pemandangan padi yang aku sempat ambil. Memang cantik sangat sebab padi tengah masak. Memang kena sungguh nama Kedah Jelapang Padi. Kiri kanan sepanjang jalan semua padi ๐Ÿ˜

Walaupun gambar ni termasuk tinted cermin kerata aku, tetap nak post jugak sebab aku suka tengok pokok kiri kanan tu lawa๐Ÿ˜ Lagipun ni satu je yang aku berjaya snap view ni. Aku bukan bole  nak ambil gambar banyak sangat pun. Nanti suami aku bising kacau dia nak bawak kereta๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Hari Ahad tu memang cuaca cantik, langit biru awan berkepul-kepul. Parking kereta pun terasa lawa sebab cuaca cantik ๐Ÿ˜†

Arked Tanjung Dawai. Bahagian bawah semua kedai makan, tingkat atas baru ada jual-jual barang. Aku takde shopping pape pun. Naik ke atas pun tak hehehe... Yela kata nak menyinggah jamu mata je kan๐Ÿ˜Ž Jadi aku jamu mata dengan pemandangan pun cukup la.

Kitaorang lepak minum kat kedai dalam arked ni je sambil-sambil ambil angin. Memang best sebab arked tu terletak betul-betul tepi pantai.

Aku order laici kang je buat basah tekak. Hari panas memang sedap minum ais ๐Ÿ˜. Nak order makan perut tengah kenyang lagi.

Suami aku dengan kawan-kawan dia order ABC

Jeti Tanjung Dawai dekat sebelah arked ni je.

Kalau tak silap aku dekat sebarang tu Pantai Merdeka. Tengah aku ambil gambar ni, ada dua ekor fauna tengah berenang-renangkat gigi air tu. Korang nampak tak?๐Ÿ˜† Tak nampak sila scroll lagi kebawah, aku ada zoom dengan lebih dekat.

Nampak tak fauna tu? Ada kat balik logo aku....  Nak tengok lagi dekat scroll lagi ke bawah ๐Ÿ˜

Haaa.... nampak jelas dah kan... Seronok pulak dia bercanda di tepian pantai๐Ÿ˜…

Kalau korang nak kenal, ni la namanya biawak. Boleh pulak dia enterframe kat blog aku ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Selain aku dapat tengok pemandangan kat Kedah Ahad lepas, boleh jugak aku tengok fauna tanpa dirancang๐Ÿ˜

Dengan penampakkan biawak-biawak tadi, maka berakhir la daytrip aku ke Negeri Kedah Darul Aman. Sebenarnya masa on the way balik tu kitaorg jumpa jentera padi tepi jalan. Tapi aku tak boleh la nak ambil gambar, sebab hala balik handphone aku kembali digunankan untuk tengok Google maps. Kalau tak boleh aku tepek seketul gambar jentera tuai padi untuk korang yang tak pernah tengok rupa dia macam mana. Ada rezeki aku #jalanjalancucimata ke Kedah aku share lagi ye. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Sesi jalan-jalan aku Sabtu dan Ahad:


Tuesday, January 11, 2022

Ikan Bakar Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah

HELLO.  Hari ni aku nak sambung lagi sesi #jalanjalancarimakan weekend hari tu ๐Ÿ˜† Mana laa... kitaorang lakibini ni tak gendut, kalau bab makan kemana saja sanggup pergi hahahahahahha... Al-kisah masa suami aku melepak dengan kekawan dia dekat Anjung Indah; Balik Pulau, Penang hari Sabtu tu, timbul pulak idea diaorang nak pergi makan ikan bakar hari Ahad esoknya tu.... Aku sebagai #isterisolehah mengikut je kemana suami ajak pergi๐Ÿ˜œ Aku mesti la suka kan, sebab aku tak payah masak dan dalam pada masa yang sama boleh makan sedap. Jadi hari Ahad tu destinasi utama kitaorang adalah Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah. 

Hari Ahad tu aku bangun awal uruskan kucing-kucing aku, bagi diaorang lepak kat balkoni  kejap sebelum kitaorg keluar. Kucing-kucing aku ni, kalau kitaorg keluar rumah diaorg memang aku letak dalam bilik diaorg je. Aku takde sangkar kucing, bilik diaorang tu macam sangkar la... sekurang nya ruang diaorg besar la dari duduk dalam sangkar. Kalau aku ada kat rumah, diaorang bebas je dalam rumah ni satu hari. Tapi kalau aku takde kat rumah, memang aku pastikan diaorang duduk dalam bilik. Kalau tak huru hara la satu rumah ni diaorg kerjakan. Kalau depan aku semua behave je, membuta je kerja. Tapi kalau aku takde habis satu rumah diaorg kerjakan๐Ÿ˜…. Dah selesai aku uruskan kucing-kucing aku, aku buat sarapan sikit. Pagi tu kitaorg sarapan simple je, kopi  instant dengan roti bakar. Simpan perut nak makan ikan bakar punya pasal ๐Ÿ˜

Hari Ahad tu memang cuaca cerah dah cantik. Memang hari yang best untuk keluar bersiar-siar. Keluar dari jambatan Pulau Pinang tu, kitaorang brenti kejap dekat stesen minyak tunggu kawan-kawan suami aku. Sempat la aku pekena Sundea Cone McD sementara nak tunggu semua berkumpul. Pukul 10 lebih jugak la baru semua sampai. Perjalanan ke Merbok ambil masa dalam satu jam 30 minit dari tempat kitaorg berkumpul ni. Memandangkan handphone aku digunakan untuk tengok Google maps sepanjang perjalanan tu, maka tak dapat la aku nak ambil gambar pemandangan negeri Kedah jelapang padi yang cantik. Huhuhu... Memang lawa pemandangan sepanjang jalan tu sebab padi tengah masak. Harap ada rezeki lagi #jalanjalancari makan ke negeri Kedah lepas ni, boleh la ambil gambar untuk kenangan.

Kitaorag sampai Pak Mud Cafe ni lebih kurang pukul 12 tengah hari. Memang sedang elok la untuk makan tengah hari. Perut pun dah keroncong sebab makan sikit je sarapan pagi tu๐Ÿ˜… Masa aku sampai ni memang kebetulan cafe ni tengah kosong. Tapi elok je aku duduk, satu bas brenti untuk makan. Orang pun mula ramai datang untuk makan dan bungkus. Memang tak brenti la orang keluar masuk cafe ni. Nasib baik kitaorg sampai awal sikit, kalau tak mau menunggu nak dapat meja makan dan ikan bakar.

Hidangan tengah hari yang menyelerakan ๐Ÿ˜‹

Ikan bakar ni sedap sangat. Ikan dia memang segar. Sekor besar ni baru RM15. Panas-panas lagi baru lepas bakar. Sos bakar dia memamg thorrrbaiiiikkk. Meleleh air liur aku teringat kat ikan bakar ni. Ikan yang aku ambil ni ikan talapia kalau tak silap aku. Ada je ikan lain. Sotong  dan udang bakar pun ada. Semua diaorag bakar fresh ikut permintaan.

Aku tak ambil lauk lain pun. Mula tu aku nak ambil sayur campur.... skali terpandang ulam raja ni segar dan lebar daun dia, geram pulak aku tengok. Macam-macam ulam kampung diaorag sediakan untuk korang pilih. Ulam-ulam yang dah dicelur pun ada. Aku memang suka pegaga, kalau jumpa yang ni memang aku tak pandang ulam lain dah. Air asam dengan sambal belacan tu aku ambil untuk share dengan suami aku. Air asam dengan sambal belacan dia memang rasa sedap sangatttttt.... 

Suami aku dan lauk kicap berpisah tiada๐Ÿ˜† Dia ambil extra lauk ayam bakar dengan hati ayam masak kicap. Yang ni semua pun kitaorg share jugak. Semua sedap habaq hang๐Ÿ˜

Selain lauk bakar, ada jugak lauk-lauk makan tengah hari lain dekat kedai Pak Mud ni. Aku je tak ambil gambar sebab aku tengah lapar dan memang aku dah set dalam kepala otak ni nak makan ikan bakar je kan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Tapi makanan dekat kedai ni memang sedap dan harga berpatutan. Aku makan berdua dengan suami aku, total semua RM33 je termasuk air. Selesai makan tengah hari, aku ingatkan suami aku and the geng nak terus balik. Eh skali, diaorang sembang nak lajak ke Tanjung Dawai pulak. Sebab dah tak jauh sangat dah dari Merbok ni. Tu aku sambung kemudian la ye... Penat dah menaip ni hahahahaha.... Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Cerita berkaitan sesi jalan-jalan aku Sabtu Ahad;

Arked Tanjung Dawai , Kedah

Anjung Indah; Balik Pulau, Penang

Monday, January 10, 2022

Anjung Indah; Balik Pulau, Penang

HELLO.  Hujung minggu hari tu korang buat apa?  Hujung minggu aku kali ni suami aku ajak merayau cuci mata sambil isi perot๐Ÿ˜† Sabtu ahad kitaorang keluar merayau. Aku kalau suami aku ajak jalan-jalan aku suka je, ye la.... lima hari aku terperuk kat rumah, mesti la aku suka kalau suami aku ajak keluar. Tambah pulak bukan aku yang kena drive, lagi la aku suka๐Ÿ˜€

Kita mulakan hari sabtu dengan sarapan yang menyelerakan๐Ÿ˜Hari hujung minggu aku kalau breakfast memang menu berat la... Sebab suami aku ada, jadi nak masak pun semangat sikit heheheee... Tapi ada je weekend yang suami aku tapau ataupun kitaorang sarapan kat luar. Bergantung pada request suami aku la.... Minggu ni aku masak, sebab aku rasa macam dah lama tak masak breakfast hujung minggu. Asalnya suami aku request breakfast ala western, nak hotdog, nuget dengan scramble egg. Memandangkan ada nasi lebih, aku buat jela nasi goreng letak telur banyak. Jadi la breakfast fusion east meet west๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Suami aku kalau dengan nasi goreng memang dia takkan tolak. Hotdog dengan nuget tu tetap aku masak jugak la, sebab dia dah sebut. Bila makan berteman ni baru seronok nak makan berat-berat macam ni. Kalau aku sorang-sorang dekat rumah, biskut kering dengan air kopi pun cukup dah.

Tengah hari pulak aku masak nasi dengan lauk ikan masak kicap. (Masak kicap lagi, padahal baru je berapa hari lepas aku buat lauk daging masak kicap๐Ÿ˜… Tapi nak buat macam mana, dah suami aku suka lauk kicap aku layan je la... lagi pun senang nak masak) Tapi aku tak snap gambar manu makan tengah hari tu. Biasa la, masa suami aku ada kat rumah aku bukan layan talipon sangat. Lagipun, aku siap masak tu dah nagam-ngam pukul 1, kitaorang pun terus lunch sambil layan Netflix sama-sama. Petang sikit, dia tanya aku ada nak pergi mana-mana ke? Aku cakap lepak kat rumah je la, sebab aku takut suami aku penat. Ye la... wikend sebelum tu kan kitaorg balik kampung ziarah ipar aku. Skali dia cakap jom la pergi Anjung Indah, lepak situ dengan budak-budak ofis dia. Aku orang dah offer jalan-jalan, onzzz je... ๐Ÿ˜

Anjung Indah ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat ni sebenarnya dia macam tempat RnR atau Pitstop kecik la dekat jalan dari Georgetown ke Pekan Balik Pulau. Kalau ikotkan pitstop tu tutup (tak tau la tutup terus atau tutup sementara. Tapi kalau korang Google, dekat Google maps tu dia akan tulis Anjung Indah; Close), dan tempat yang aku lepak ni sebelah pitstop tu. Dekat situ ada beberapa kedai, tapi yang buka dua kedai je. Satu kedai makan dan satu kedai serbaneka kecik. Lokasi Anjung Indah ni terletak atas bukit, jadi tempat ni popular untuk tengok sunset ataupun matahari terbenam. Majoriti orang datang untuk ni la... Lagi satu, kedai makan yang ada dekat situ famous dengan menu ayam pasu diaorg. Aku tak pernah cuba, sebab setiap kali datang kitaorg dah kenyang makan. Kalau lepak situ kitaorg selalu order makan ringan-ringan je... Tapi budak satu ofis dengan suami aku tu cakap sedap ayam pasu tu.... Next time la aku order๐Ÿ˜

Dekat kawasan parking kereta ada signage I ๐Ÿ’“ BALIK PULAU ni. Lama aku menunggu orang clearkan kawasan ni untuk aku ambil gambar. Biasa la hujung minggu ramai orang keluar bawak family jalan-jalan kan... Aku mampu ambil gambar signage je la.... suami aku bukan nye nak layan aku posing sana sini๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Dia pun tengah lepak dengan kawan-kawan dia. Sebenarnya dekat tepi jalan besar tu pun ada signage besar ANJUNG INDAH. Tapi aku tak ambil, sebab masa dalam kereta, talipon aku digunakan untuk tengok maps, jadi tak dapat la aku nak snap gambar. Biasa la, Penang ni baru lagi bagi kitaorg, pergi mana-mana mesti tengok Google Maps je ๐Ÿ˜…

Kedai Ayam Pasu Balik Pulau yang famous.

Pemandangan atas bukit yang cantik. Sapa yang suka selfie dan bergambar memang seronok la lepak kat sini ๐Ÿ˜ Tapi kalau korang nak lepak sini, korang datang awal sikit sebab kalau dah nak senja memang panas giler sebab mengadap matahari terbenam. Makin lewat, makin ramai orang kat sini, sebab semua tunggu nak tengok sunset.

Pemandangan Balik Pulau dari atas bukit.


Memandangkan aku masih kenyang, aku order laksa je. Rasa laksa ni memang sedap dan puas hati makan. Licin aku hirup kuah dia.

Signiture drinks dekat kadai ayam pasu tu; Teh Madu. Suami aku cakap sedap.

Cuaca dah mula panas terik.

Datang sini jangan lupa bawak sunglass, terik oooiiiii... matahari dia kalau pukul 6 keatas.

Makin senja, makain ramai orang. Semua datang nak tengok sunset.

Kalau korang datang cuti-cuti Penang boleh la masukkan Anjung Indah ini dalam senarai sightseeing korang. Bukan kene bayar pun brenti kat sini, sebab dia pitstop area je kan..... Dah puas korang shopping dan makan nasi kandar kat Georgetown, petang korang singgah la tengok sunset dekat sini. Bawah ni links untuk google maps:

Anjung Indah, Balik Pulau

Aku tak pernah tunggu sampai matahari terbenam. Sebab Balik Pulau ni jauh jugak la... Dalam sejam jugak la perjalanan nak ke Anjung Indah ni dari rumah aku. Kalau aku balik lambat sangat kebuluran pulak kucing-kucing aku tunggu aku bagi wet food kat rumah. Budak-budak bebulus tu memang menunggu dinner time sebab malam je diaorg dapat makan wet food. Kalau aku lambat balik, memang membebel la diaorg bila aku sampai rumah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Sesi #jalanjalancarimakan aku tak berakhir  lagi, esoknya tu kitaorang sambung lagi pergi makan ikan bakar pulak ๐Ÿ˜ Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Sambungan sesi jalan-jalan:

Ikan Bakar Pak Mud Cafe; Merbok, Kedah

Arked Tanjung Dawai, Kedah

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...