Thursday, January 12, 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

 


HELLO. Lama sudah aku tak berceloteh kat blog aku ni….. Sedar tak sedar dah masuk bulan Januari tahun 2023 pun kita. Suku akhir tahun 2022 dilalui dengan beberapa peristiwa sedih. Biasa la kehidupan ni penuh dengan pengalaman turun naik untuk mematangkan kita. Kadang kita gembira, kadang kita sedih dan ada masa kita kecewa. Apa pun aku tetap bersyukur dengan kehidupan yang aku ada. Bagi aku setiap kekurangan hidup aku ni ada kelebihan yang tersendiri ๐Ÿ˜.

Sepanjang hujung tahun lepas cuaca agak tak menentu….. kejap hujan kejap panas, tapi banyak hujan la. Cuaca pun memang sentiasa suram je. Kalau tengok berita pun Malaysia ni banjir je sana sini. Semoga dimudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Sejak masuk tahun baru aku tengok cuaca semakin pulih, matahari pun dah kembali menceriakan pemandangan rumah aku ni. Ada jugak la hujan dua kali kalau tak silap aku, tapi tu pun sebelah petang je la. Most of the time hari-hari aku sejak masuk tahun baru ni memang indah dah ceria. Langit dan laut membiru, pokok-pokok dan bukit-bukit hijau mata memandang ๐Ÿ˜„.

Pada sesapa yang rasa nak datang healing dekat Penang, ni la masa dia uolz…. Cuaca cantik suasana pun dah tenang๐Ÿ˜Ž Sepanjang bulan 12 tahun lepas, jem weiiiii nak berjalan dalam pulau ni…. Biasa la kan cuti sekolah. Walaupun hujan badai, ribut taufan semua tetap bersemangat datang bercuti. Yela, bila lagi nak jalan-jalan dengan anak-anak kan? Time cuti sekolah je la baru boleh bawak satu family bercuti. Tu belum kira yang datang untuk jemputan kenduri kendara. Kalau yang ada datang balik hari pun, tetap akan  ambil peluang untuk jalan-jalan lepas balik kenduri.

Aku perhati je la jalan jem dari atas rumah aku ni…. Sampai ke tengah malam aku tengok jalan tepi pantai tu jem. Aku nak keluar dengan laki aku pun malas sebab tak nak hadap jem hihihi….. aku dengan laki aku pun plan bercuti bawak ke tahun ni. Memandangkan kitaorg xde komitmen anak sekolah, jadi boleh la kitaorg pergi holiday diluar musim cuti sekolah๐Ÿ˜. Jadi pada sesapa single mingle tu, kalau rasa nak holiday kat Penang ni aku cadangkan datang la bulan ni, tempat-tempat yang viral tu semua dah lapang sikit. Baru la syok korang nak bergambar ๐Ÿ“ท. Nak pusing-pusing pulau pun tak makan masa sangat sebab jalan dah clear. 

Dah la, aku nak pergi jemur kain. Panjang pulak aku berceloteh, konon nak short entry untuk wish tahun baru kat blog ni. Dah aku melalut ke lain pulak. SELAMAT TAHUN BARU 2023. Orang lain dah dua minggu lepas wish aku baru hari ni terhegeh-hegeh nak wish ๐Ÿคฃ. Well better late than never. Semoga tahun 2023 membawa lebih keceriaan dan kesejahteraan untuk kita semua. Toodles. AKU AIYU ABU.


Friday, October 21, 2022

Blog Yang Menyepi….

 HELLO. Sepi sungguh blog ni sejak dua minggu ni….. Aku pun tengah xde mood lagi. Laki aku tok sah  cerita la…. Kalau aku cakap aku ni terkejut, laki aku mesti la 1000 kali ganda terkejut dari aku ๐Ÿ˜ญ Perginya seorang ibu untuk selama-lamanya, anak mana yang tak sedih ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Pagi-pagi aku tengok dia cuba jugak kuatkan semangat untuk keluar pergi kerja. Boleh nampak mata dia bergenang air mata masa aku salam dia pergi kerja. Semalam aku masak lauk favourite dia, tak bertambah pun makan. Selalu mesti bertambah, aku ada jugak belikan dia donut pun dia tak makan. Padahal donut pun favourite dia jugak…. Nampak la dia cuba kawal sedih dia tu, kalau menangis pun xdepan aku. Menangis sorang-sorang dia je, tapi aku boleh dengar dari dalam bilik. Aku biarkan je, takde aku kacau dia. Memang aku pesan, kalau nak menangis jangan tahan-tahan. Menangis je sepuas hati, apa yang dah di takdirkan memang kita tak boleh ubah dah…. Aku cuma pesan jangan lupa doakan arwah setiap hari. 

Besok kitaorg  balik kampung laki aku semula, abang dia yang sulung nak buat tahlil. Lagi pun ayah mertua aku sekarang tinggal dengan dia, diaorg dah sepakat adik beradik. Masa arwah ibu mertua masih ada, along berulang setiap hari untuk tukar pampers ayah mertua aku. Jadi bila arwah dah takda, memang dia cakap ayah mertua aku dia nak jaga dirumah dia. Jadi dia pun xpayah dah nak berulang alik, lagi pun xde adik beradik yang boleh duduk rumah mertua aku buat masa sekarang. Ramai yang masih berkerja, kakak ipar aku yang duduk satu taman dengan rumah mertua pulak kebetulan dua anak dia bersalin serentak jadi dia pun nak kene jaga cucu-cucu dia. Ayah mertua aku memang dah uzur dan bedridden, jadi perlukan pemantauan 24 jam. Tak boleh tinggal seorang diri, kalau tak sapa nak uruskan makan minum dia. 

Sebenarnya kali terakhir kitaorg balik ujung bulan lepas sebelum arwah meninggal, kitaorg ajak arwah duduk dengan kitaorg kat Penang. Tapi arwah cakap taknak, ye lah kitaorg faham orang tua mesti la dia selesa duduk rumah sendiri. Penang pun jauh, dan anak cucu dia pun ramai yang duduk dekat dengan dia. Ayah mertua aku pun memang sedih sangat sekarang, masa ambulance sampai untuk bawak dia ke rumah along pun berderai air mata keluar. Kalau ikutkan dia xnak keluar dari rumah tu, tapi nak buat macam mana buat masa sekarang memang takda yang boleh tinggal dekat situ dengan dia. Sayu sangat bila tengok keadaan dia, asal terjaga je dari tidur mesti menangis mengenangkan arwah isteri. Tak berhenti-henti mendoakan arwah. Semoga semua ditabahkan hati atas kehilangan arwah.

Lauk yang aku masak semalam, baru semalam aku start memasak. Kalau tak laki aku bungkus je lepas dia balik kerja. Dia pun nak aku rehat, sebab memang kitaorg penat sangat. Sebelum balik aku tolong kakak-kakak ipar aku kemas rumah mertua. Sebelum kitaorg balik memang kitaorg pastikan rumah mertua aku tu bersih. Tu pun belum habis kemas sepenuhnya, kitaorg sempat bersihkan tingkat bawah je. Banyak fokus kat bahagian dapur je, sebab kitaorg nak packing pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk disimpan. Bahan masak & makanan semua hantar ke rumah akak ipar, yang mana perlu buang kitaorg buang. Yang lain-lain tu kakak-kakak ipar aku cakap diaorg nak kemas kemudian, buat slow-slow. Kemas bahagian bawah tu pun ambil masa banyak hari jugak, aku dengan laki aku tolong la selagi kitaorg tak balik Penang. Rumah tu xde la dibiarkan kosong, malam-malam ada je anak sedara yang bujang-bujang tido situ lepas diaorg balik kerja. 

Hari ni aku panaskan je lauk yang aku masak semalam, banyak aku masak sebab nak habiskan ayam yang ada. Lagi pun, besok pepagi hari aku nak balik kampung laki aku semula, minggu depan la pulak baru balik Penang semula. Jadi baik aku habiskan apa yang boleh dimasak. Semoga perjalanan pergi balik kitaorg lancar, risau jugak ni sebab minggu ni minggu cuti panjang. Sekolah pun cuti minggu depan. Harap xde la jem sangat jalan. Laki aku plan nak gerak awal pagi besok, harap dapat la sampai awal. Boleh tolong-tolong akak ipar aku masak untuk tahlil malam besok. Panjang pulak aku membebel hari ni, banyak hari sangat tak menaip gamaknya hehehehe…. Aku nak gi kemas baju untuk balik kampung besok. Toodles. AKU AIYU ABU.


Tuesday, October 18, 2022

Perginya Seorang Bidadari

 HELLO. Lebih seminggu aku menyepi…..  kali ni aku menyepi bukan disebabkan malas, tapi menyepi untuk membantu laki aku menguruskan urusan keluarga dia. Post terakhir aku hari Isnin minggu lepas, tak sampai dua jam aku selesai mengarang blog, kami terima panggilan dari kakak laki aku mengatakan ibu diaorg baru sahaja pergi meninggalkan diaorg buat selama-lamanya. Satu pemergian yang sangat tak dijangka, kerana yang sakit terlantar adalah ayah mertua. Memang aku dengan laki aku terkejut terkedu masa tu. Sampai ke hari ni aku macam masih tak percaya yang  ibu mertua aku dah meninggalkan kami semua. Walaupun dia ibu mertua, tapi bagi aku dia tetap seorang ibu. Ibu yang sangat menyayangi anak-anak dia. Seorang isteri yang setia menguruskan suami yang uzur walaupun dia sendiri pun sudah tua. Di hari-hari terakhir hayat dia masih setia menguruskan makan minum seorang suami yang uzur. Arwah pergi  dengan sangat mudah, tanpa sebarang kesakitan seakan lena dalam tidur yang panjang. Segala urusan pemergian arwah berjalan dengan sangat mudah, cepat dan lancar diuruskan oleh anak-anak, cucu-cucu, sanak saudara dan jiran tetangga yang terdekat. Pemergian arwah sangat ditangisi ramai, terutamanya suami dan anak-anak arwah. Damailah wahai Bidadari, kami yang ditinggalkan akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di taman syurga.

“Ya Allah berilah keampunan kepadanya dan rahmatilah dia, berilah kesejahteraan kepadanya dan maafkanlah dia, terimalah dia dengan penuh kemuliaan, luaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air batu, bersihkan dia dari segala kotoran sepertimana dibersihkan baju putih dari segala kotoran. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya sekarang, pasangan yang lebih baik dari pasangannya sekarang, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia dari azab kubur dan dari azab neraka.”

Amin. aku aiyu abu.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...