Monday, September 26, 2022

Cendol Songkok Tinggi, Kg. Jiboi Negeri Sembilan

 HELLO. Hujung minggu ritu aku balik kampung laki aku ziarah parents dia, dan kebetulan laki aku pun ada jemput kenduri. Nasib baik la bukan musim cuti sekolah, maka perjalanan balik kampung tu lancar & takde kesesakan lalu lintas. Laki aku pun happy je memecut kereta sambil berangan dia bawak felali πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik kampung, walaupun hakikatnya kaki aku ni dok asyik tekan imaginary break πŸ˜… Kitaorg ni kalau takde halangan pape, sebulan sekali memang akan balik kampung laki aku tu. Sebabnya laki aku nak uruskan beli barang dapur untuk mak mertua aku. Tapi kalau kitaorg tak dapat balik ada je adik beradik dia yang lain tolong belikan, cuma selalunya laki aku la yang uruskan. Laki aku ni kalau balik kampung dia, memang tak sah la kalau tak mencari cendol. Boleh kata laki aku dan cendol berpisah tiada, memang makanan peberet dia. Hari-hari bedal cendol wei, selagi tak balik Penang. Balik hari tu kitaorg pergi makan dekat Cendol Songkok Tinggi di Kampung Jiboi.



Kebetulan balik hari tu panas lit lit… memang masyuk la masing-masing mentekedarah cendol. Aku memang peberet cendol pulut. Cendol Songkok Tinggi ni antara spot cendol yang glamor la jugak di Negeri Sembilan. Rasa dia memang kene dengan tekak aku sebab tak terlalu manis & santan dia tak de la pekat sangat. Dari segi harga memang mampu milik, semangkuk masih lagi RM 2 kalau tak silap aku. Lupa sebab bukan aku yang bayar😜.


Dari pagi ke petang memang sentiasa penuh je gerai cendol ni. Memang orang suka lepak dekat situ, sebab tempat dia redup bawah pokok-pokok dalam suasana kampung. Memang best la spot dia, siap ada live music tau.


Selain dari pelbagai hidangan cendol, miuman & makanan lain pun ada. Cuma cendol tu specialty diaorg la. Aku dengan laki aku ni mana pergi memang kerja makan je la πŸ˜‚. Sebab tu la kitaorg laki bini tak pernah kurus. Memang hobi kitaorng agaknya. Okay la, setakat ni je la bebelan aku untuk hari ni. Dah nak pukul 6, aku nak kene masuk dapur dah. Laki balik kerja jap lagi nak MAKAN 😝. Toodles. AKU AIYU ABU .


Friday, September 23, 2022

‘Lift Is Sweet’


HELLO. Gelas kegemaran aku, jumpa dekat Mr.DIY. Aku nak beli yang kosong takde corak, masa aku nak beli gelas yang takde corak tu tinggal satu je. Bila  aku nak bayar gelas tu takde barcode jadi cashier tak boleh nak scan harga. Diaorg chek dekat store room pun dah takde yang baru. So nak tak nak aku terpaksa la ambil yang design typo ni πŸ˜†. Ada je design lain yang lagi cantik, tapi memang cari yang jenis transparent & yang ni je boleh ngam muat dekat cup holder kereta aku. Tujuan utama aku beli untuk memudahkan aku minum bekal air masa driving. Tapi dekat rumah pun aku guna jugak sebab aku suka buat smoothies & iceblended.Walaupun gelas ni bukan jenis thermos, tapi sejuk dia tahan lama la jugak. Tiap kali aku guna gelas ni, aku mesti terpikir macam mana la design typo ni boleh approves untuk production? Mungkin memang design intend to be ‘Lift Is Sweet’ instead of ‘Life Is Sweet’. Yela…. Bila ko angkat gelas tu untuk minum rasa manisπŸ˜†. Nasib baik la aku ni bukan jenis perfectionist atau OCD, asalkan bendanya meet the function yang aku nak whatever rupa dia aku tak heran pun. Sekian kisah gelas kegemaran aku. Toodles. Aku Aiyu Abu.

Thursday, September 22, 2022

Ohhhh Angan Angan….

HELLO. Sedar tak sedar dah nak masuk setahun aku bermastautin di Pulau Pinang ni. Cepat sangat masa berlalu. Blog ni pulak dah enam bulan aku tak jenguk langsung πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜……. Konon nya sebelum ni payah sebab laptop dah nak kapoot, tapi dah dapat gajet baru pun sama jugak…. Harom kelaut jugak, berangan je lebih aku ni. Tak tahu la kenapa, tapi asyik kelaut je mood aku ni sejak dua menjak ni. Nak kata sibuk sangat, tak punnnn…. Lapang je masa aku sehari-hari. Keluar rumah pun jarang sangat sekarang. Nak kemana-mana pun aku rasa jauh je…. Laki aku ajak keluar pun aku malas. Tah la…. Nak kata aku tak suka duduk Penang ni, tak jugak. Aku suka je duduk Penang ni sebab banyak tempat makan best. Tapi lately aku asyik teringat rumah aku kat Sungai Buloh tu je. Rumah sendiri kan, mana tak rindu. Tapi aku rasa, buat aku lagi rindu sebab kedai-kedai yang aku suka semua dekat je. Nak beli barang dapur dekat, nak beli barang baking dekat, nak beli barang menjahit dekat….Ehhhhhh…. Semua dekat la. Duduk Penang ni, semua kedai tu jauh-jauh 😩😩😩…. Memang ke laut la mood aku bila nak buat something, tapi barang takde sebab kalau nak keluar jauh sangat aku nak kene drive. Maka penyudahnya aku duduk diam-diam kat rumah tengok Netflix dengan belek tab je la.



Kononnya beli tab untuk senang nak blogging, tapi penyudahnya blog pun dah enam bulan aku bior berabuk…  Aku siap beli  cover satu set dengan keyboard mouse, konon senang nak menaip blog. Tapi harom sunyi sepi jugak blog aku ni. Nasib baik la aku beli iPad yang paling murah, set cover tu pun aku beli yang China je…. Tak ambil keyboard Apple pun, sebab keyboard original tu saja dah harga aku boleh beli handphone seketoi πŸ˜…. Setakat aku seorang suri rumah, yang chikai-chikai pun dah cukup. Aku pilih beli tab dari beli laptop baru sebab aku rasa aku dah takde keperluan sangat untuk pakai laptop, sebab aku pun dah tak kerja. Kalau ada keperluan nak pakai laptop, aku pinjam je laki aku punya. Dulu-dulu dia selalu pinjam laptop aku, now giliran aku la pulak. Dia ada beli laptop baru masa zaman work from home dulu. Sekarang laptop dia pun dah naik habuk 😜. 

Bagi aku pakai tab ni senang, ringan nak dibawak kemana-mana. Lagi satu aktiviti mem-browsing internet  & socMed sedap sikit sebab skrin besauπŸ˜†. Biasa la wei…. Bila umor dah makin lanjut ni dapat tengok skrin besau rasa selesa la sikit. Handpone aku tu guna buat call & whatsApp je…. Lagi pun semua Apps dekat Phone aku tu dah tak boleh update dah sebab Phone dah nak masuk enam tahun….. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Jangan gelakkan aku wei, aku ni memang seorang yang setia. Aku memang jenis yang tak upgrade gajet selagi tak kapoot. Selagi boleh pakai aku akan pakai. Tab ni pun aku harap aku boleh pakai lama, sebab last iPad mini aku tu pun aku pakai dalam lima tahun jugak. Memang aku pakai sampai kapoot tak boleh nak on. Masa aku hantar aku nak repair, diaorg cakap kos dia mahal bole beli tab baru sebab waranty pun dah habis time tu. Aku pulak, memang pakai lasak sebab tab aku selalu jatuh πŸ˜…. Salah aku la jugak, tapi kira okey la walaupun selalu jatuh tahan  lima tahun & skrin dia tak pernah rosak. Orang repair tu cakap motherboard aku dah rosak sebab tu tak boleh on. So aku decide untuk scrap je tapi aku tak beli pun tab lepas tu. Aku harap iPad baru ni boleh bertahan lama dan semoga aku rajin jugak update blog 😝. Ehh panjang pulak aku membebel. Semoga jumpa lagi di blog post seterusnya kalau aku mood aku tak ke laut dalam.AKU AIYU ABU.


D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...