Monday, January 17, 2022

Ferringhi Garden, Penang; Dinner Date with En. Balak

HELLO.  Since the pandemic, aku dengan En.Balak dah jarang sangat keluar dinner date. Lepas PKP dilonggarkan pun kitaorang jarang makan kat luar, banyak tapau bawak balik makan kat rumah. Ada la sekali-sekala makan kat kedai, but a romantic dinner date has been far too long since we had one πŸ˜….  Tiba-tiba takda angin takde hujan (ye la sekarang kan panas je😝) En.Balak ajak gi dinner. Padahal aku dah masak lauk daging masak lemak cili api atas request dia sendiri pagi tu. Tapi dia kata takpe jom pegi je sebab dia dah call buat reservation. Lauk tu boleh makan besoknya, But FYI, sebelum keluar dinner dia  makan lauk gulai tu sepinggan, balik dinner dia makan lagi sepinggan πŸ˜†. Penyudahnya lauk gulai tu cukup kitaorg makan breakfast esoknye je. Back to dinner date story, aku pun apa lagi hati bunga-bunga terus bersiap ala kadar je sebab nak pergi naik moto hihihihi.... Maka merempit la kami laki bini menuju ke destinasi; Ferringhi Garden. Rempit la baru romantik 😝. 

Sampai je kat restoran tu, memang kena la dengan nama dia, suasana dalam restoren  memang hijau sangat.  Cantik sangat garden dia, atas bawah kiri kanan memang penuh dengan pokok-pokok. Walaupun dia ada pasang musik, tapi tak bingit. Memang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati kehijauan dalam restoren tu 😍. Malam tu memang bunga-bunga sungguh la perasaan aku. Ye la.... sebab lama dah kan tak keluar dinner date kat tempat yang best. Makanan dia memang sedap, suasana dia best, staf restoren pun friendly dan servis dia pun cepat. Aku dengan En.Balak memang makan dengan tenang sambil sembang-sembang, gelak-gelak, enjoy the music, enjoy the ambiance and most importantly we enjoy the food πŸ˜‹

Logo dia Lobster, mungkin main specialty dia lobster kot hihihi.... Aku ada nampak Lobster dish dalam menu dia.

Kitaorng pilih untuk dine dalam garden dia.  Penuh dengan kehijauan; cantik sangat 😊 Atas tu penuh dengan pokok periuk kera

Walkway kalau korang masuk dari parking lot belakang restoren. Kalau masuk dari main road jalan Batu Ferringgi pun cantik, ada fountain; aku lupa nak ambil gambarπŸ˜… Kiri tu bahagian outdoor dining, kanan tu bahagian indoor dining. Yang indoor tu pun aku tak ambil gambar. Tapi memang cantik, mengingatkan aku suasana restoren dekat BaliπŸ˜„

Love the lush green vegetation😍

Suka sangat bila berjalan ada daun berjurai dari atas.... Aku suka sangat environment dia, dan semuanya nampak very well maintained.

Masa aku sampai ni belum malam lagi, tapi dah senja la. Maghrib pun belum time ni. Nak solat senang je sebab masjid Batu Feringgi kat sebelah ni tak sampai 10 langkah  pun... 

Aku order Lime ice blended rasenye, En,Balak order fresh orange. Ice blended aku memang best. Menarikkan gelas dia, senang nak minum. Masa air sampai, En.Balak ingat gelas tu nak terbalikπŸ˜†

Kalau restoren ni full pack pun tetap privacy nak makan sebab ada  pokok-pokok antara meja.

Aku tak ingat apa nama yang aku order ni, kalau tak silap aku grill chicken with mushroom πŸ˜€. But let me tell you the dish was serve beautifully to my liking 😍. Well cook chicken, sos dia rasa sangat balance, bawah chicken tu ada fresh basil. Salad dia fresh dan aku suka la sebab dia ada letak arugula kegemaran aku, and the vinaigrette was perfect. Not too sour, not too salty and nicely season. Dia punya bake potato pun nicely cooked and very well seasoned. I enjoy the dish so much and compliment to the chefπŸ’“πŸ’“πŸ’“

En.Balak pilih set buger. Aku nampak dia pun enjoy makan buger dia. Apa aku boleh kata fries dia memang perfact. Sebab yang tu je aku cilok dari En.Balak πŸ˜† Burger dia memang nampat gourmet, maybe next time aku order yang pulak. En.Balak cakap sedap. 

En.Balak tau bini lately suka minum coffee.... Dia orderkan aku Affogato untuk dessert😁... The coffee smells amazing.

Aku memang enjoy sangat dinner date ni dengan En.Balak. Mungkin sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni kan... Ye la.... hampir dua tahun kot tak makan ni sebab Covid-19 punya pasal πŸ˜…. Mari aku kongsikan sedikit info berkenaan restoren ni:

Nama;
Feringghi Garden Restaurant

Lokasi;
34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang

Waktu Operasi;
5 petang - 10 malam

Halal Status
Tiada sijil Halal sebab ada menyediakan minuman alkohol dipremis.
Makanan disediakan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal dan mempunyai sijil halal.
Jadi aku syorkan korang menjamu selera mengikut budi bicara sendiri.
link review dari HaveHalalWithTravel
 
Sosial Media;
instagram ; ferringhigarden
facebook ; ferringhigarden

Masa En.Balak call untuk buat reservation tu dia ada tanya pasal status halal, jadi staf restoren memang dah explaine dekat En.Balak yang diaorang memang takde sijil Halal sebab ada menyediakan minuman Alkohol, tapi dapur diaorang memang menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf halal. Jadi kalau korang datang cuti-cuti Penang dan berminat nak dine dekat sini, korang dine at your own discretion la ye.... Korang jangan kecam aku pulakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Kichen restoren ni memang open. Korang boleh tengok sendiri diaorg sediakan makanan. Memang bersih dan professional. Anggaran untuk seoarang makan dalam RM70 - RM80. Bergantung pada menu yang korang pilih la. Kalau korang tak ambil dessert mungkin rendah lagi. Aku rasa restoren ni akan jadi antara tempat fav dine-in dengan En.Balak dekat Penang ni 😁. Jumpa Lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

Friday, January 14, 2022

Throwback Jalan-Jalan Dataran Langkawi

HELLO. Tak tau pasai pa, hari ni dok teringin nak gi cuti-cuti Langkawi πŸ˜… Dulu pantang tengok tiket flight murah ja, mesti book untuk ke Langkawi. Bulih kata tiap-tiap tahun balik LangkawiπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Last aku cuti-cuti Langkawi tahun 2017. Next year tu tak pi pasai tahun tu laki aku bawak pi oversea. 2019 pulak cuti kat Penang je, pasal plan 2020 nak cuti oversea lagi. Biasa la, #rakyatmarhean macam aku ni mana mampu pi luar negara tetiap tahun pun. Dapat backpack oversea selang setahun pun dah syukur sangat dah. Untuk pi travel tahun 2020 tu tiket dah beli time tu.... Tapi apa kan daya, Covid-19 punya pasal burn la tiket nyerrrr....😭 Sejak tu, memang tak pi mana dah... Nak balik kampung pun payah sebab tak boleh rentas negeri 😞 Aku ajak la En.Balak gi cuti-cuti Langkawi lagi sebab dah takdak PKP, skali dia cakap dah duduk Penang buat apa nak pi Langkawi lagi.... Pulau jugak kan ni πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Hurmmmm.... aku throwback gambar je la jawabnya. Apa la agaknya rupa Langkawi skarang ni ek? Ni helang kat dataran tu masa last aku pegi 2017. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu. 






Thursday, January 13, 2022

Pengalaman Seram Suam Kuku

HELLO. Hari ni aku nak berkongsi pengalaman seram suam kuku sepanjang aku mendiami rumah sewa aku yang lama. Lepas aku kawin, lama jugak la aku duduk rumah sewa sebelum tinggal rumah sendiri. Yela.... bila dah beli rumah sendiri pun, berzaman jugak aku tunggu nak siap dan dapat kunciπŸ˜… Dah dapat pindah masuk rumah sendiri, tinggal tak berapa lama dahhhh suami aku En.Balak ajak pindah Penang pulak sebab dia dapat tawaran kerja yang lagi baik 😭😭😭 Tak pasal-pasal kene tinggal menyewa balik huhhuhuhuu..... Rumah sendiri pulak terpaksa disewakan. Nak buat macam mana, dah takdir kehidupan aku REDHO je la😌 

Berbalik kepada pengalaman seram suam kuku aku sewaktu aku tinggal di rumah sewa yang aku duduk sementara aku nak tunggu rumah sendiri siap. Rumah tu adalah jenis apartmen mampu milik lima tingkat. Takde lift, tapi rumah sewa aku tu tingkat satu jadi aku dengan En.Balak tak kisah la apartmen tu takde lift pun. Kawasan memang padat, nak cari parking memang berebut la. Tapi masa kitaorang cari rumah sewa tu, rumah tu la kondisi paling baik dan harga mampu milik. Kawasan rumah tu memang dekat untuk aku ke mana sahaja. Nak ketempat kerja dekat, tempat beli barang dapo dekat, nak gi shopping atau keluar dating pun dekat. Yang paling best, bawah rumah tu memang ada segala jenis kemudahan, kedai runcit, kedai makan, dobi semua ada la. Surau pun dekat blok sebelah je. Jiran-jiran pun best. Owner rumah pun baik sangat. Bak kata omputeh, on paper everything was absolutely perfect πŸ˜€ 

Masa mula-mula aku pindah masuk rumah sewa aku tu, aku takde la perasan apa-apa yang pelik kat dalam rumah tu. Aku rasa biasa-biasa je. Yang aku perasan, orang yang duduk tingkat atas ni selalu bising. Selalu berlari-lari dalam rumah. Selalu ada bunyi benda jatuh. Bunyi macam guli jatuh la, duit syiling jatuh la... ehhh macam-macam benda la selalu jatuh atas lantai rumah atas tu...Selalu melompat-lompat dalam rumah. Kadang-kadang bunyi macam tengah seret kotak. Ceiling rumah aku tu memang bising la. Aku dengan En.Balak takde la syak pape masa tu. Pada pikiran kitaorang, orang yang duduk rumah atas ni memang suka buat bising la.... 

Tapi lama kelamaan, makin menjadi-jadi pulak. Pukul tiga pagi pun boleh dok macam-macam bunyi jugak. Kitaorang macam pelik pulak, tak reti tido ke orang atas niπŸ˜… Lagi best, selalu dengar macam orang atas bertukang dalam rumah. Tengah paku dinding la... mengergaji kayu la... Aku masa tu pikir, diaorg buat renovation kot.... Ko bayang la,pukul 3 pagi pun dok menukul dan mengergaji kayu lagi dalam rumah πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Yang bestnya... bertahun-tahun tak habis renovation lagi 😝 Hari-hari la kitaorg hadap bunyi bising dari rumah atas tu sepanjang kitaorg duduk situ... 

Sampai satu tahap En.Balak naik pergi rumah atas tu dengan tuan rumah kitaorg, kononya nak bincang elok-elok la dengan orang atas. Sebenarnya takda apa pun diaorg buat kat atas tu. Masa tu kau paham-paham sendiri lahhh ye.... Hasil pembacaan aku dekat internet, sebenarnya bunyi tu bukan dari jiran atas pun..... bunyi tu sebenarnya dari dalam rumah kita sendiri. Jiran yang duduk depan umah aku tu pun cakap, semua rumah kat situ memang dengar benda yang sama. Dia yang duduk situ dari hari pertama dapat kunci pun dah terbiasa dah dengan bunyi-bunyi bising tu... Dalam pada kata lain, dah lali. Jadi kitaorang abaikan je la segala bunyi bising yang kitaorg dengar tu.... Dah takde tuduh-tuduh jiran atas buat bising dahπŸ˜…

Itu bab bunyi bising, lagi satu kadang-kadang aku ada perasan ada sesuatu yang memerhatikan aku kat dalam rumah tu. Kalau aku duduk tengok tv dekat sofa, aku perasan macam ada sesuatu je dekat dapur aku tengah pandang aku. Bendanya aku tak pernah nampak betul-betul, cuma aku rasa macam ada kelibat berdiri dekat dapur dan tengah pandang aku. Tapi aku takde buat papepun, aku abaikan je segala perasaann aku tu. Malas aku nak cari gaduh πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Korang bayangkan, lepas lebih kurang 6 bulan aku duduk situ, En.Balak kena hantar bertugas luar negara oleh company dia masa tu. Aku hadap semua bunyi dan penampakan yang tak berapa nak nampak tu sesorang je selama hampir 2 tahun kitaorang PJJ. Nasib baik la aku kerja masa tu, jadi aku takde la hadap semua tu 24jam sehari sorang-sorangπŸ˜… Apapun aku bersyukur, sebab ganguan tu biasa-biasa je... takde la horer yang malampau. Tak pernah la aku di ganggu secara terang-terangan sangat. Setakat jatuh barang, barang beralih tu aku abaikan je...... 

Benda yang paling jelas adalah kesan pada dinding rumah aku. Mula-mula tu aku tak perasan sangat. Tapi bila aku tukar warna dinding rumah aku tu baru aku nampak dengan jelas marking yang dia nak buat tu😜 Ada satu dinding dalam rumah tu sentiasa ada kesan bercapuk. Setiap kali aku bersihkan, timbul balik. Macam-macam petua bersihkan kesan capuk dinding aku cuba, tapi kesan capuk tu asyik je timbul je balik... Yang peliknya kesan capuk tu dekat satu tempat je, dekat dinding aku letak sofa. Situ je... tampat lain semua takde. Mula-mula aku pikir mungkin sebab cat murah kot. Jadi aku decide untuk cat balik rumah tu... Aku pun masa tu dah boring dengan warna cat yang sedia ada tu. Lagi pun cat tu dah lama dan ada kesan-kesan kotor. Walaupun rumah sewa, aku cat jela... Sebab kita duduk, mesti la kita nak nampak cantik jugak kan... kita jaga je macam rumah kita sendiri. Maka aku pun beli cat mahal... RM30++ jugak la seliter. Sebab aku baca kat internet, orang rakemen brand cat tu untuk masalah kesan capuk. Aku pun cuba la....

Ni warna asal rumah sewa aku. Nampak tak kesan capuk-capuk dekat dinding tu? Dinding belakang sofa aku ni je  ada kesan capuk ni. Kalau aku lap, keringkan dia hilang kejap lepas tu timbul balik πŸ˜…Ada yang kata berus la.... lap dengan cuka la... macam-macam la aku cuba. Kesan capuk ni hilang kejap je, lepas tu timbul balik. Dinding ni je.... Nak kata sebab aku cuci dinding dengan air , tak jugak. Ada dinding dekat dapur aku pernah aku tertumpah kari. Aku besihkan pakai air je, hilang je kesan kari tu. Lepas tu takde pun cat dekat dinding tu jadi becapuk macam ni.

Ni masa aku dalam proses mengecat warna baru.... Kawasan yang aku lorek tu je yang sentiasa bercapuk. Tempat lain tak pernah bercapuk. Warna asal rumah sewa aku ni hijau macam gambar kat atas tu dengan dinding lain warna kuning. Bila cat dah nampak luntur, aku cat dinding ni warna hijau emerald kemudian dinding lain semua aku tukar putih. Bila aku tukar je warna hijau ni, baru la nampak jelas apa yang ada pada kesan capuk tu......



Bila kali pertama capuk-capuk ni timbul kat dinding lepas aku cat warna baru, aku agak terkejut jugak la.... Mula-mula tu aku ingatkan En.Balak yang buat, sebab masa tu dia dah balik Malaysia for good dan kerja dengan company lain pulak. Aku siap marah dia pekejadah main cap-cap tangan dekat dinding ni... Blurr dia kejapπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Opkos la dia menafikan semua pertuduhan... Dia kata takde kerja la dia nak buat semua tu. Aku siap ukur tangan dia ok... Memang saiz tak sama la... kesan tapak tangan tu besar dan panjang runcing... Jari aku dengan En.Balak ketot dan montel 😝 Dan yang paling best ada satu aku jumpa kesan tapak tangan tu dekat penjuru dinding yang bertemu dengan siling rumah. Cat hijau yang aku pakai ni jenis yang bole lap.... Setiap kali aku bersihkan dinding, lepas tu muncul balik kesan tapak tangan ni.... Aku macam biasa abaikan je la..... Hahahaha... Malas aku nak gaduh atau membebel dekat tah ke hape benda yang duduk jugak dalam rumah tu....

Aku kurang pasti la korang nampak tak tapak tangan sebelah aku tu.... (mahap la gambar tak pakai lengan panjangπŸ˜… lepas tu takde orang nak tolong aku ambil gambar) Kasan tapak tangan tu memang besar. Tapi dalam gambar ni kurang jelas sebab payah nak ambil angle bila aku la model dan aku la jugak photographerπŸ˜†

Lagi satu aku perasan adalah kucing-kucing aku. Kadang-kadang elok je diaorang tengah tido or duduk relax-relax buat hal sendiri, tiba-tiba je diaorang akan lari berterabur lintang pukang kearah aku kemudian datang duduk depan aku dan pandang ke satu arah je. Kadang kearah dapur, kadang ke pintu masuk rumah, kadang ke penjuru siling rumah. Kadang-kadang tu siap buat kucing tengah marah tu. Setiap kali jadi terkejuk berlari tu, mesti diaorang akan datang dekat aku dan duduk macam diaorang tengah kepung aku tapi bukan pandang aku la, pandang kearah luar. Tah apa yang diaorang nampak aku tak tau laπŸ˜… Kalau En.Balak takde dekat rumah, kucing-kucing aku tu memang akan sentiasa duduk dekat dengan aku je. Kucing hitam aku yang dalam gambar pertama tu adalah kucing pertama yang kitaorang bela. Masa aku bela dia sekor je, asal pukul 3 pagi je mesti bising nak tido dengan kitaorang. Masa tu aku ingatkan dia takut tido sekor-sekor dia. Jadi aku carikanlah dia kawan-kawan. Bila ada kawan pun sama je, asal pukul 3 pagi je sibuk nak masuk tido dengan kitaorg. Penyudahnye aku tutup je pintu bilik diaorg. Malam sebelum aku tido, aku pastikan kucing-kucing aku pun masuk tido dalam bilik diaorg sendiri. Kalau tak pukul 3 pagi pakat buat koir depan pintu bilik akuπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Itulah pengalaman seram suam kuku aku masa tinggal dekat rumah sewa lama aku. Nak kata horer sangat tu tak la, mungkin aku ni jenis buat bodo je walauapapun yang jadi dalam rumah tu. Nak pindah-pindah pun aku malas, sebab location memang best. Aku malas nak angkut barang sana sini. Penat la pindah-pindah rumah ni. Sebab masa aku beli rumah, developer tu cakap lepas 2 tahun bole dapat kunci. Skali hambik ko, dekat 4 tahun baru siap. Maka aku setia la duduk rumah sewa tu sampai rumah aku sendiri siapπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Malas aku nak pindah-pindah banyak kali. Apa jadi dalam rumah sewa aku tu aku buat tak tau je..... Setakat ni je la cerita suam kuku aku. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...