Tuesday, October 18, 2022

Perginya Seorang Bidadari

 HELLO. Lebih seminggu aku menyepi…..  kali ni aku menyepi bukan disebabkan malas, tapi menyepi untuk membantu laki aku menguruskan urusan keluarga dia. Post terakhir aku hari Isnin minggu lepas, tak sampai dua jam aku selesai mengarang blog, kami terima panggilan dari kakak laki aku mengatakan ibu diaorg baru sahaja pergi meninggalkan diaorg buat selama-lamanya. Satu pemergian yang sangat tak dijangka, kerana yang sakit terlantar adalah ayah mertua. Memang aku dengan laki aku terkejut terkedu masa tu. Sampai ke hari ni aku macam masih tak percaya yang  ibu mertua aku dah meninggalkan kami semua. Walaupun dia ibu mertua, tapi bagi aku dia tetap seorang ibu. Ibu yang sangat menyayangi anak-anak dia. Seorang isteri yang setia menguruskan suami yang uzur walaupun dia sendiri pun sudah tua. Di hari-hari terakhir hayat dia masih setia menguruskan makan minum seorang suami yang uzur. Arwah pergi  dengan sangat mudah, tanpa sebarang kesakitan seakan lena dalam tidur yang panjang. Segala urusan pemergian arwah berjalan dengan sangat mudah, cepat dan lancar diuruskan oleh anak-anak, cucu-cucu, sanak saudara dan jiran tetangga yang terdekat. Pemergian arwah sangat ditangisi ramai, terutamanya suami dan anak-anak arwah. Damailah wahai Bidadari, kami yang ditinggalkan akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di taman syurga.

“Ya Allah berilah keampunan kepadanya dan rahmatilah dia, berilah kesejahteraan kepadanya dan maafkanlah dia, terimalah dia dengan penuh kemuliaan, luaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air batu, bersihkan dia dari segala kotoran sepertimana dibersihkan baju putih dari segala kotoran. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya sekarang, pasangan yang lebih baik dari pasangannya sekarang, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia dari azab kubur dan dari azab neraka.”

Amin. aku aiyu abu.

Monday, October 10, 2022

Monday Blues

 HELLO. Pagi ni laki aku bangun dengan penuh ceria sebab dia tau dia tak payah pergi kerjaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚  So xde MONDAY BLUES pagi ni hehehe…. Kalau tak pagi Isnin mesti menung bila bangun sebab tak puas rehat katanya huhuhu…. Pagi ni celik je mata terus offer untuk pergi tapau breakfast dekat gerai kegemaran kitaorg. Yesss… pagi ni tak payah masak, just bancuh air je. Korang bercuti kat mana minggu ni? Ke sama macam aku lepak kat rumah je hehehe….  Dok rumah pun ok je, boleh rehat-rehat layan Netflix. Badan pun tak penat driving, jalan-jalan bagai πŸ˜„. Laki aku biasa la, makan tido makan tido…. Merehatkan badan dia yang penat bekerja huhuhu…. Takpe bagi chance dia rehat puas-puas, bukan selalu dia dapat long wikend untuk rehat macam ni. Tambah pulak workload dia banyak sekarang, asyik kena OT pastu pergi balik kerja pulak naik motorsikal dalam musim monsun….. Asyik kene kena hujan je la huhuhuhu…… Kesian dia, jadi aku biar je dia tidur puas-puas πŸ˜†. Aku macam biasa la, takde beza pun wikend dengan wikdays. Masak kemas rumah layan kucing tu je la kerja aku hehehehe…. Takde penat mana pun. Kucing aku dua ekor ni pun sama macam tuan dia, makan tido main tu je la kerja diaorg hahahaha. Aku rasa 70% masa kucing-kucing aku ni tido je la…. Untung jadi kucing 😝. Okay dah nak tengah hari, aku nak gi masak lunch & dinner. Kalau laki aku ada kat rumah aku masak skali harung je lunch & dinner. Tapi kalau hari laki aku kerja, aku masak petang sebelum laki aku balik. Lunch aku makan biasa-biasa je, sebab aku sorang. Kadang tak masak lunch pun kalau aku makan breakfast berat. Skali skala kalau teringin aku masak la lunch lauk yang laki aku tak suka tapi aku suka hehehehe…. Semuanya bergantung pada mood & napsu makan aku 😜. Bila laki aku ada rumah aku masak je la lauk yang dia nak. Aku ni jenis tak memilih makan, semua aku bedal. Jadi takde masalah untuk aku makan ikut selera laki aku hihihi…. Sekian membebel, aku nak gi bersilat kat dapur. Toodles. AKU AIYU ABU.

Kucing aku Chumi; dah penat merathon satu rumah baru boleh tido. Bukan setakat lari kat lantai, kat dinding pun dia boleh berlari 😎


Friday, October 7, 2022

Long Weekend

 HELLO. Isnin minggu depan cuti, jadi hujung minggu ni panjang la sikit. Esok pantai mesti penuh sebab orang datang bercuti 😁. Harapnya cuaca pun cantik la, kalau tak kesian kalau orang datang jauh-jauh tapi asyik hujan je…… tak dapat la lepak pantai. Tapi takpe, kalau tak dapat menikmati pemandangan, nikmatilah makanan yang sedap kat Penang ni. Sini syurga makanan, semua ceruk ada tempat makan sedap hehehe….Aku tak tau la apa program laki aku minggu ni, mungkin lepak tido je kot sebab dia asyik dok balik lambat je minggu ni, pastu hampir setiap hari balik basah kuyup sebab kena hujan. Asyik dok mengadu badan lenguh-lenguh je. Tapi dia dok sebut jugak nak makan nasi kandar dengan kari kepala ikan hehehehe…. Harap jadi la, dapat la aku cuti memasak 😝. Biasa la, suri rumah ni mana pernah cuti, aktiviti aku berjalan seperti biasa walaupun hujung minggu atau pun cuti umum. Sekali sekala tak payah masak tu dah kira macam cuti la bagi aku. Aku dapat betul-betul cuti kalau kitaorg pergi holiday. Tu memang masyuk la untuk aku, sebab time tu memang betul-betul bole makan tido je hehehehe…. Laki aku kalau pergi holiday, dia bukan bawak pergi merayap pun. Memang kitaorg akan lepak hotel je, kalau keluar pun untuk jalan-jalan cari makan. Kalau nak meronda tu memang tak la, kalau nasib baik bawak ronda pun kejap je. Sekadar melayan permintaan aku untuk cuci mata tengok tempat  rekreasi, tapi sekadar sampai - tengok - dah jom balik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Kalau bole turun kereta pun xpayah. Tapi aku xde hal pun, dapat membuta kat hotel pun dah cukup heaven. Tak perlu risau nak masak kemas bagai. Tu dah kira best sangat dah untuk seorang suri rumah. Walaupun kitaorg tak pergi bercuti weekend ni, harap laki aku blanja makan sedap-sedap. Kurang la sikit aku masuk dapur hehehehe….. Selamat bercuti & have a nice weekend uollz. Toodles. AKU AIYU ABU.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...