Thursday, March 10, 2022

Blog Berhabuk

HELLO. Lama sungguh blog ni berhabuk πŸ˜……. Kononnya nak berblogging tiap tiap hari, last last krik krik krik lebih sebulan….. hahahahahah….. Semuanya gara-gara si Omicron tu la. Elok je En.Balak masuk kerja macam normal, tiba-tiba je kes mendadak balik huhuhuhu…. En.Balak boleh kata selang seminggu asyik kena kuarantin sebab jadi kontek rapat. Tiap-tiap minggu lobang hidung En.Balak kena korek untuk swab test. Memandangkan polisi ofis dia kena buat RTK atau PCR, maka redho lah En.Balak serah lobang hidung dia dijolok tiap-tiap minggu. Apapun syukur alhamdulillah sebab En.Balak punya rasult sentiasa negatif. Tapi dia tetap kena kuarantin. Tiap-tiap minggu mesti ada oficemate dia yang positif. Ofis pulak asyik kena tutup untuk sanitize. Jadinya bulan lepas aku rasa En.Balak kerja kurang dari 10 hari sebab ofis dia asyik tutup dan dia pun asyik kena kuarantin je….Aku pulak bila En.Balak ada kat rumah memang tak la menjengah blog kokak ni 😝

Mentekedarah dulu sebelum jengah blog….. YUMMEH

Bila dah lama tinggal aktiviti blogging, aku pun jadi lemau nak buka blog😝 Tambah pulak laptop aku pun makin menjadi-jadi hal dia…. Biasa la laptop tua, umur pun dah lebih lima tahun. Macam-macam dah jasa dia kat kitaorg laki-bini. Memang patut pun dia bersara. Kalau nak on laptop tu aku kena sambung dulu dengan charger dalam 20 minit baru boleh tekan on… Bila on dia asyik masuk kat re-boot pastu kena tekan F1 banyak kali…. Pastu dia dok bunyi tot tet tot tetπŸ˜… Memang nazak la rupa laptop aku tu…. Mungkin sebab bateri dia memang dah out. Skrin dia pun rupa sedih sangat, bercapuk-capuk. Aku pun, bila hari En.Balak masuk kerja aku jadi malas nak buat pape…. Nak rehat je sebab kalau dia ada kat rumah aku banyak masa kat dapur masak breakfast n lunch, basuh pinggan, buat air panas pastu layan cerita Netflix pilihan dia sama-sama. Letih ooooo….. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tambah pulak dengan keadaan laptop aku yang dah nazak, memang aku malas la nak on laptop tu. Selalu hari yg dia masuk kerja tu aku sambung tengok cerita Netflix pilihan aku hehehe…. En.Balak tak minat sangat cerita pilihan aku…. So kalau dia ada kat rumah, aku tengok cerita pilihan dia je la…Yela, dia penat kerja jadi time dia ada kat rumah aku tak nak la berebut tv dengan dia. Aku kasi la dia tengok tv puas-puas. Kita orang nak keluar merayau pun tak boleh sebab kuarantin, dengan kes mencanak hari-hari lagi la aku malas nak merayau or tengok wayang. Maka kita orang pun layan Netflix je la kat rumah sambil membesarkan badan😜

Alhamdulillh bulan ni En.Balak kembali kerja macam biasa. Aku rasa sebab SOP pun dah berubah sekarang. Sekarang kalau kontek rapat pun dah tak payah kuarantin kalau takda simptom dan result swab negatif. Ofis pun tutup 2 jam je untuk sanitize kalau ada staf positif. Bulan lepas tutup satu hari. Ye la…. Korang bayang la kalau ofis asyik kena tutup lepas tu staf asyik kena kuarantin je… boleh bankrap company kalau berterusan sampai berbulan-bulan. En.Balak pun kata dia tengah banyak kerja sekarang, jadi bila asyik kena ponteng kerja memang serabut la dia…. Semoga En.Balak sentiasa dilindungi, lagi pun dia dah merasa kena Covid awal tahun lepas. Cukup la sekali je dia kena, aku yang jadi misi olok-olok ni pun sedih tengok dia melepet je….. Semoga aku pun kembali rajin blogging lima hari seminggu, gejet baru pun dah dapat (nanti aku story kat post lain 😁). Maka dah takda alasan laptop nazak payah naik blogging hehehehe….. Okayaku nak turun jap pickup parcel Shopee dah sampai hehe. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.


Wednesday, January 19, 2022

Hari Yang Lemau

HELLO. Aku tak tau pasaipa, hari ni lemau sungguh perangai akuπŸ˜…. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot, tu rasa lemau semacam je.... Hai la manusia, panas sangat lemau, sejuk sangat lemau. Ada je alasan aku kanπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Semalam hari cuti, ada la En.Balak kat rumah satu hari. Maka aku pun mode surirumah mithali la semalam. Kitaorang tak keluar kemana pun. Lepak kat rumah je satu hari. So #daporkokak aku pun berasap la satu hari. Pagi masak sarapan, tengah hari masak lunch, petang buat air minum petang, malam perangat lauk tengah hari πŸ˜›....  Satu hari semalam memang ke dapur je la kerja aku. 

Mungkin sebab tu kot hari ni aku lemau, semalam asyik memasak je.... Hari ni aku takde masak pape from scratch, perangat je lauk semalam. Aku kalau masak aku suka masak lebih, sebab aku suka bekukan lauk untuk hari-hari aku malas masak ataupun aku nak makan cepat. Kalau hari En.Balak kerja takda makna aku nak masak lauk complicated just untuk aku makan sesorang pun. Masak simple-simple or defrost lauk yang aku bekukan sudah.... En.Balak memang nak elak makan dinner, so hari minggu memang takde keperluan aku nak masak lauk complicated. 

Breakfast pagi tadi simple je aku masak scramble egg dengan toast. Salad sikit, buah pun yang aku dah siap potong simpan dalam esbok 😁 macam biasa la aku sarapan sambil tengok laut. Tu je la keje aku kalau sesorang kat rumah ni.

Nasi semalam aku memang sengaja aku masak lebih. Nasi pun aku suka simpan, sebab macam-macam menu boleh jadi dengan nasi sejuk ni hihihihi.... Lunch hari ni aku makan dengan lauk semalam dengan stok sambal aku. Sambal pun aku suka masak banyak-banyak simpan buat stok. Sambal ni adalah sejenis lauk yang boleh simpan lama tanpa masuk pembeku. Senang, agak-agak kebulur, semua aku perangat. Lagi satu aku bukan seorang yang suka ordar makan, kadang-kadang je aku order luar. Selalunya makanan yang aku teringin, tapi aku takde barang untuk masak. Contoh; pizza😁

Breakfast semalam; En.Balak dengan hotdog berpisah tiada😜 Tambah dia tau aku ada buat stok caramelized onion, pepagi hari dah mintak buatkan hotdog. Aku takde hal pun, bukan payah pun. wedges dengan nugget tu aku campak dalam air fryer je.... En.Balak ni memang kegemaran sungguh makanan frozen macam hotdog dan nugget. Tapi dia takde la makan hari-hari pun. Dia mintak aku buat breakfast macam ni  pun sebab dia tengok ada caramelized onion, sedap bila letak dengan burger atau hotdog.

Kalau tengok petiais aku memang penuh dengan barang frozen. Segala macam aku suka frozen. Buah pun aku frozenkan. Senang boleh simpan lama. Nak makan defrost dan panaskan balik je. Kalau buah-buah tu untuk aku guna buat iceblended. Bile buah tu dah beku, takpayah dah aku masuk ais. Alamak tetiba pulak aku teringin iceblended... Ok chow dulu, nak pi #daporkokak blend buah jap 😜. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.


Update: minum iceblened time panas-pamas ni memang masyukkk 😁
Besok aku kongsi resipi




Monday, January 17, 2022

Ferringhi Garden, Penang; Dinner Date with En. Balak

HELLO.  Since the pandemic, aku dengan En.Balak dah jarang sangat keluar dinner date. Lepas PKP dilonggarkan pun kitaorang jarang makan kat luar, banyak tapau bawak balik makan kat rumah. Ada la sekali-sekala makan kat kedai, but a romantic dinner date has been far too long since we had one πŸ˜….  Tiba-tiba takda angin takde hujan (ye la sekarang kan panas je😝) En.Balak ajak gi dinner. Padahal aku dah masak lauk daging masak lemak cili api atas request dia sendiri pagi tu. Tapi dia kata takpe jom pegi je sebab dia dah call buat reservation. Lauk tu boleh makan besoknya, But FYI, sebelum keluar dinner dia  makan lauk gulai tu sepinggan, balik dinner dia makan lagi sepinggan πŸ˜†. Penyudahnya lauk gulai tu cukup kitaorg makan breakfast esoknye je. Back to dinner date story, aku pun apa lagi hati bunga-bunga terus bersiap ala kadar je sebab nak pergi naik moto hihihihi.... Maka merempit la kami laki bini menuju ke destinasi; Ferringhi Garden. Rempit la baru romantik 😝. 

Sampai je kat restoran tu, memang kena la dengan nama dia, suasana dalam restoren  memang hijau sangat.  Cantik sangat garden dia, atas bawah kiri kanan memang penuh dengan pokok-pokok. Walaupun dia ada pasang musik, tapi tak bingit. Memang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati kehijauan dalam restoren tu 😍. Malam tu memang bunga-bunga sungguh la perasaan aku. Ye la.... sebab lama dah kan tak keluar dinner date kat tempat yang best. Makanan dia memang sedap, suasana dia best, staf restoren pun friendly dan servis dia pun cepat. Aku dengan En.Balak memang makan dengan tenang sambil sembang-sembang, gelak-gelak, enjoy the music, enjoy the ambiance and most importantly we enjoy the food πŸ˜‹

Logo dia Lobster, mungkin main specialty dia lobster kot hihihi.... Aku ada nampak Lobster dish dalam menu dia.

Kitaorng pilih untuk dine dalam garden dia.  Penuh dengan kehijauan; cantik sangat 😊 Atas tu penuh dengan pokok periuk kera

Walkway kalau korang masuk dari parking lot belakang restoren. Kalau masuk dari main road jalan Batu Ferringgi pun cantik, ada fountain; aku lupa nak ambil gambarπŸ˜… Kiri tu bahagian outdoor dining, kanan tu bahagian indoor dining. Yang indoor tu pun aku tak ambil gambar. Tapi memang cantik, mengingatkan aku suasana restoren dekat BaliπŸ˜„

Love the lush green vegetation😍

Suka sangat bila berjalan ada daun berjurai dari atas.... Aku suka sangat environment dia, dan semuanya nampak very well maintained.

Masa aku sampai ni belum malam lagi, tapi dah senja la. Maghrib pun belum time ni. Nak solat senang je sebab masjid Batu Feringgi kat sebelah ni tak sampai 10 langkah  pun... 

Aku order Lime ice blended rasenye, En,Balak order fresh orange. Ice blended aku memang best. Menarikkan gelas dia, senang nak minum. Masa air sampai, En.Balak ingat gelas tu nak terbalikπŸ˜†

Kalau restoren ni full pack pun tetap privacy nak makan sebab ada  pokok-pokok antara meja.

Aku tak ingat apa nama yang aku order ni, kalau tak silap aku grill chicken with mushroom πŸ˜€. But let me tell you the dish was serve beautifully to my liking 😍. Well cook chicken, sos dia rasa sangat balance, bawah chicken tu ada fresh basil. Salad dia fresh dan aku suka la sebab dia ada letak arugula kegemaran aku, and the vinaigrette was perfect. Not too sour, not too salty and nicely season. Dia punya bake potato pun nicely cooked and very well seasoned. I enjoy the dish so much and compliment to the chefπŸ’“πŸ’“πŸ’“

En.Balak pilih set buger. Aku nampak dia pun enjoy makan buger dia. Apa aku boleh kata fries dia memang perfact. Sebab yang tu je aku cilok dari En.Balak πŸ˜† Burger dia memang nampat gourmet, maybe next time aku order yang pulak. En.Balak cakap sedap. 

En.Balak tau bini lately suka minum coffee.... Dia orderkan aku Affogato untuk dessert😁... The coffee smells amazing.

Aku memang enjoy sangat dinner date ni dengan En.Balak. Mungkin sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni kan... Ye la.... hampir dua tahun kot tak makan ni sebab Covid-19 punya pasal πŸ˜…. Mari aku kongsikan sedikit info berkenaan restoren ni:

Nama;
Feringghi Garden Restaurant

Lokasi;
34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang

Waktu Operasi;
5 petang - 10 malam

Halal Status
Tiada sijil Halal sebab ada menyediakan minuman alkohol dipremis.
Makanan disediakan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal dan mempunyai sijil halal.
Jadi aku syorkan korang menjamu selera mengikut budi bicara sendiri.
link review dari HaveHalalWithTravel
 
Sosial Media;
instagram ; ferringhigarden
facebook ; ferringhigarden

Masa En.Balak call untuk buat reservation tu dia ada tanya pasal status halal, jadi staf restoren memang dah explaine dekat En.Balak yang diaorang memang takde sijil Halal sebab ada menyediakan minuman Alkohol, tapi dapur diaorang memang menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf halal. Jadi kalau korang datang cuti-cuti Penang dan berminat nak dine dekat sini, korang dine at your own discretion la ye.... Korang jangan kecam aku pulakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Kichen restoren ni memang open. Korang boleh tengok sendiri diaorg sediakan makanan. Memang bersih dan professional. Anggaran untuk seoarang makan dalam RM70 - RM80. Bergantung pada menu yang korang pilih la. Kalau korang tak ambil dessert mungkin rendah lagi. Aku rasa restoren ni akan jadi antara tempat fav dine-in dengan En.Balak dekat Penang ni 😁. Jumpa Lagi di blog post seterusnya. Aku Aiyu Abu.

D.I.Y Rak Topi Keledar

 HELLO. Hari ni aku nak berkongsi cara aku D.I.Y rak untuk letak koleksi topi keledar laki aku. Koleksi topi keledar laki aku tak banyak pun...